Pernah berkahwin dan telah lama berpisah tidak sedikitpun menghalang hubungan baik antara Norman Hakim dan Abby Abadi untuk teruskan ukhwah yang sedia ada. Hubungan baik yang terjalin bukan sahaja antara mereka berdua malah melibatkan seisi keluarga kedua-duanya.

Apa yang lebih menarik, di hari raya ini Norman dan Abby masih lagi mengekalkan amalan tradisi pulang berhari raya untuk berkumpul bersama keluarga besar masing-masing.

“Kebiasaannya pada hari raya pertama saya akan pulang beraya di kampung saya, Kuantan, Pahang kemudian pada sebelah petang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk berkumpul bersama keluarga sebelah Abby pula.

IKLAN

“Selepas itu, kami akan berpecah untuk pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing. Macam saya pulang ke kampung Memey di Johor dan begitu juga Abby akan mengikut suaminya.

“Kami sudah terbiasa dan kalau tak berkumpul akan ada lahir satu perasaan yang janggal,” kongsi pelakon berusia 43 tahun itu.

IKLAN

Norman Hakim salah seorang selebriti yang bakal menghiasi program MW Talkshow musim baharu disamping Erra Fazira, Siti Elizad, Sherry Al Hadad dan Radin Amir yang bakal bersiaran pada 8 Julai jam 11 pagi hingga 12 tengah hari. Norman Hakim, Erra Fazira dan juga Siti Elizad bakal digandingkan untuk membicarakan topik-topik menarik menerusi slot Cerita Dalam Kain di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

IKLAN
Walau Dah Lama Berpisah Ukhwah Tetap Terjalin Antara Norman Dan Abby, Tradisi Raya Bersama Masih Diteruskan
Norman Hakim bersama barisan hos MW Talkshow yang baharu

Mingguan Wanita Talkshow musim baharu ini pastinya lebih menarik, padat dengan isu semasa dan tentunya akan membuatkan anda menjadi penoton setia pada setia Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi, hanya di Astro Prima 105 dan prima HD 121.

Foto: instagram Norman Hakim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI