Wajah adalah bahagian anggota tubuh kita yang pertama orang akan pandang. Bila bercakap, pasti mata kita akan tertumpu pada wajah seseorang. Memiliki kulit wajah yang halus, putih dan gebu pasti menjadi idaman semua wanita. Tak payah pakai bedak tebal, kulit dah nampak cantik. Siapa tak nak kan?
Berbeza kalau kulit bermasalah, berjerawat misalnya. Nak bercakap dengan orang pun rasa tak selesa. Terasa seolah-olah orang pandang jerawat-jerawat di wajah kita.
Selain menggunakan pelbagai produk kecantikan kulit, sebenarnya dengan menggunakan bahan-bahan alami yang ada di dapur rumah kita juga dah boleh bantu kita tampil cantik. Tinggal rajin atau tak je. Kalau malas nak buat, tak ada maknanya juga walau semua bahan ada di depan mata! MW kongsikan dua jenis masker berasaskan kunyit untuk dicuba. Wahh..lawa lah lepas ni kan?
Kunyit mengandungi pelbagai zat dan vitamin, kunyit diperkaya dengan Vitamin C selain bahan antiseptik yang dapat mencegah radang kulit akibat tumbuhan jerawat atau luka. Selain itu kunyit juga dapat memperbaiki kulit yang rosak akibat terdedah di bawah pancaran matahari.
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh tepung beras
Air secukupnya
2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan susu segar