https://www.mingguanwanita.my/wajah-berseri-dengan-masker-lobak-merah-buat-lulur-badan-pun-boleh-kulit-jadi-licin-je/

Wajah adalah bahagian anggota tubuh kita yang pertama orang akan pandang. Bila bercakap, pasti mata kita akan tertumpu pada wajah seseorang. Memiliki kulit wajah yang halus, putih dan gebu pasti menjadi idaman semua wanita. Tak payah pakai bedak tebal, kulit dah nampak cantik. Siapa tak nak kan?

Berbeza kalau kulit bermasalah, berjerawat misalnya. Nak bercakap dengan orang pun rasa tak selesa. Terasa seolah-olah orang pandang jerawat-jerawat di wajah kita.

Selain menggunakan pelbagai produk kecantikan kulit, sebenarnya dengan menggunakan bahan-bahan alami yang ada di dapur rumah kita juga dah boleh bantu kita tampil cantik.  Tinggal rajin atau tak je. Kalau malas nak buat, tak ada maknanya juga walau semua bahan ada di depan mata! MW kongsikan dua jenis masker berasaskan kunyit untuk dicuba. Wahh..lawa lah lepas ni kan?

IKLAN

Wajah Putih Dengan Kunyit

Kunyit mengandungi pelbagai zat dan vitamin, kunyit diperkaya dengan Vitamin C selain bahan antiseptik yang dapat mencegah radang kulit akibat tumbuhan jerawat atau luka. Selain itu kunyit juga dapat memperbaiki kulit yang rosak akibat terdedah di bawah pancaran matahari.

 Wajah Gebu Putih, Guna Masker Campuran Kunyit…Mujarab Dan Jimat!

IKLAN

Masker Wajah Campuran Kunyit Dan Tepung Beras

Bahan-bahan:

1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh tepung beras
Air secukupnya

IKLAN

Cara membuat:

  1. Campurkan serbuk kunyit dan tepung beras dalam satu mangkuk kecil. Masukkan air dan adun hingga ia menjadi larutan yang likat.
  2. Setelah itu, sapu pada seluruh kulit wajah dengan merata, kemudian biarkan selama 30 minit hingga ia mengering.
  3. Kemudian bilas hingga bersih. Lakukan setiap hari untuk kesan optimum. Jangan malas ye…

Masker Kunyit Dan Susu

Bahan-bahan:

2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan susu segar

Cara membuat:

  1. Satukan serbuk kunyit dan susu segar dalam satu mangkuk kecil.
  2. Adun hingga menjadi larutan yang likat.
  3. Oles pada seluruh kulit muka dan leher secara merata.
  4. Biarkan hingga kering lalu cuci dengan air suam. Sapu sekali sehari untuk kesan sepenuhnya. Selamat mencuba!

https://www.mingguanwanita.my/wajah-berseri-dengan-masker-lobak-merah-buat-lulur-badan-pun-boleh-kulit-jadi-licin-je/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI