Wahai Ayah, Peluklah Anak Suap Mereka, Bila Sayang Lembut Nanti Jiwanya

Berapa ramai di kalangan ayah yang nak peluk dan dakap anak remaja lelakinya. Tolak ego itu jauh-jauh wahai ayah, peluklah anak. Sebab walau nampak kasar, jiwa anak lelaki ini ‘halus’ sebenarnya.

Sentuhan kasih sayang, pelukan seorang ayah itulah nanti yang akan melentur sifat baik dalam diri mereka. Inilah yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew ketika berdepan dengan para remaja dalam siri ceramahnya.

Terkejut Bila Ditolak Kasar Pelajar Tingkatan 5

Perghhh.. terkejut sangat bila kena tolak dengan pelajar tingkatan 5.

Terkejut juga mula-mula. Dan dia cakap sangat kasar bunyinya. Rupanya dia paling gengster kat sekolah tu.

Bila ke depan dia sound saya, “Kau jangan macam-macam, nanti kena kang.” dan buat main-main.

Tapi saya terus tanya tentang ayahnya.

Dia anak sulung. Tanya, “Selalu kena marah ke?”

Ya ustaz, selalu kena marah.”

Kau nakal kot..” dia angguk-angguk.

Ayah Sibuk Tak Sedar Anak Sulung Dan Kedua Dah Ke Tepi, Bawa Diri

Saya teruskan cerita pada pelajar lain. Betapa happy dan terlalu syukur masa dapat anak pertama. Tapi sebab sibuk saya kurang beri perhatian pada anak sulung dan nombor dua.

Masa dekat rumah sekejap. Nak peluk kakak dan abang. Adik kecil datang berlari berebut nak ayah. Tak sedar anak no. 1 dan no. 2 dah ke tepi dan bawa diri.

IKLAN

Saya tahu anak saya saya rindu ayahnya.

Walau saya nak dia cepat besar jadi daie. Tapi satu perkara mereka cuma anak-anak yang rindukan mak ayah mereka.

Kita dah besar ni pun sama. Rindu pelukan ayah.. rindu mak.. masa berlalu sedar-sedar anak sulung dan nombor dua dah tidur.

Saya pergi dekat katilnya dan cium mereka. Anak sulung saya akan tersedar dan menangis. Dia akan peluk saya.

Ayah sayang Safiyyah. I love u anakku. Ayah selalu doa Safiyyah. Maafkan ayah yer wahai anakku.”

Begitu juga anak kedua. Mereka ingat ayah maknya tak sayang sangat mereka. Mereka tak tahu betapa setiap hari hidup ini memikirkan tentang mereka. Kerana kesibukan diri selalu terabai mereka. Kadang-kadang marah mereka terlebih-lebih.

Kadang terbayangkan anak besar. Dia menangis kata, “Ayah kakak dah besar..”

IKLAN

Sorry nak. Ayah sibuk tak sempat peluk kakak..tak sempat peluk abang..”

Saya cakap pada adik yang tolak saya tadi, “Maafkan ustaz yer adik. Maafkan ayah adik yer.. doakan dia.. dia sayang adik tapi dia salah tak beri masa dan didik adik dengan baik.”

Tiba-tiba dia menangis.

Saya terus peluknya. Dia menangis di bahu saya.

Dari pagi sampai petang dia sebak jer. Masa balik dia kejar saya dalam kereta. Masuk kereta dan menangis.

Katanya, “Ustaz dulu ayah selalu marah-marah saya. Sekarang saya dah besar. Saya lawan ayah saya. Kami bergaduh. Ustaz,saya rindu ayah saya..” Allahuakbar.. terus saya sebak.

 

IKLAN

Wahai Ayah, Peluklah Anak Suap Mereka, Bila Sayang Lembut Nanti Jiwanya

Suap Dan Peluklah Anakmu Wahai Ayah

Siapa sangka kenangan pahit dalam dakwah ini menjadi kenangan paling indah.

Pelajarannya buat ayah di luar sana berilah masa dan peluklah isterimu. Peluklah anak-anakmu. Sebab itu sunnah kita usap kepala anak yatim beri mereka kasih sayang.

Itulah ubat sedikit bagi hati mereka. Berilah masa untuk anak. Suap dan peluk mereka..

Syukur sangat dapat teman bapak saya di kebun. Ada babi masuk sebab tepi tu tak pagar sangat.

Ayah umur dah dekat 80. Masih kuat sihat. Syukur pada Allah.

Setiap kali peluk bapak mesti dia sebak. Nak menangis. Kami dididik oleh arwah mak kasih sayang.

Bapak saya masih rindu arwah mak. Dulu bapak saya ni garang giler.. siapa sangka hari ini kami dakwah sama-sama.. solat sama-sama.. makan sama-sama.. berkebun sama-sama.. dan saling berpelukan menangis.

Hargailah anakmu.. hargailah ibubapamu

Sumber/Foto : Ebit Lew

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI