Allahu, besar ujian dan dugaan buat 26 bakal jemaah haji apabila terkandas di Lapangan Terbang Jeddah dan diarah pulang ke tanah air.Ia susulan visa tertulis nama sendiri tetapi apabila melalui imbasan, keluar nama dan gambar orang lain.

Itu yang dihadapi 26 rakyat Malaysia kononnya menerima visa Furada sebelum terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah Isnin lalu.Susulan kejadian itu, hasrat mereka untuk menunaikan ibadat haji yang juga Rukun Islam kelima tidak kesampaian selepas tidak boleh keluar dari lapangan terbang berkenaan.

Nama Pemilik Pelbagai Negara

Seorang daripada rakyat Malaysia terbabit, Sabariah Osman, 60-an berkata, dia tidak mengetahui muka individu yang keluar selepas visa berkenaan diimbas dan mendakwa, ia di bawah nama pemilik dari pelbagai negara.

“Muka siapa pun saya tidak tahu. Imigresen di sana turut bertanyakan mengenai tarikh lahir untuk diperiksa.

“Apabila berlaku kejadian ini, kami tercengang dan hairan, tak tahu nak cakap macam mana kerana tak sangka, siapa pun tak dapat menduga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang hari ini.

Visa 26 Jemaah Haji Tak Lepas Di Jeddah, Nama Sendiri Gambar Orang Lain
Sabariah Osman, salah seorang jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah.

 

IKLAN

Nama Tiada Dalam Senarai Visa Haji

26 rakyat Malaysia yang kononnya menerima visa Furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz selepas imigresen Arab Saudi mendapati nama mereka tiada dalam senarai visa haji.

Menerusi laporan itu, mereka datang dalam satu kumpulan menaiki penerbangan komersil dari KLIA sebelum tiba di Jeddah, 7 malam kelmarin.Semua rakyat Malaysia itu tiba di tanah air 11.03 pagi hari ini menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH151.

Dalam pada itu, Sabariah berkata, ini kali pertama dia mahu menunaikan haji serta membayar pakej berjumlah RM33,000 kepada syarikat itu.Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan syarikat kerana menyifatkan agensi itu tidak menipu dan menjalankan tanggungjawabnya.

IKLAN

“Saya tak salahkan syarikat tapi rasakan perkara ini berlaku kerana silap di pihak sana (Arab Saudi),” katanya.

Mengulas lajut, Sabariah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kedutaan Malaysia di Jeddah dan Lembaga Tabung Haji (TH) yang turut bertemu mereka ketika terkandas.

Selain itu, tinjauan mendapati, wakil daripada syarikat berkenaan turut berada di KLIA dan bertemu dengan mereka yang pulang hari ini.
Usaha untuk mendapatkan lagi rakyat Malaysia yang terkandas tidak berhasil kerana ada mengelakkan diri selain tidak mahu ditemuramah.

IKLAN

Visa Furada

Sementara itu,menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, semua kuota haji adalah dengan Tabung Haji kecuali visa Furada.Visa Furada dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi dan tiada kaitan dengan Tabung Haji (TH).Sebaliknya, TH hanya menguruskan kuota haji sedia ada dan tambahan yang diberikan kerajaan Arab Saudi iaitu 33,000 kuota tahun ini.

Visa Furada adalah visa haji yang dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur secara terus kepada jemaah terpilih dan tidak diuruskan TH.Sesiapa saja boleh membuat permohonan bagi mendapatkan visa itu dan terpulang kepada kedutaan untuk meluluskan permohonan berkenaan.

MW: Semoga para jemaah bersabar dan menerima ketentuanNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sumber:Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI