Manusia itu tidak layak dinilai dari luarannya, meremang dengar punk berselawat syaikhona. Pepatah mengatakan, jangan menilai manusia dari luarannya. Don’t judge a book by it’s cover. Walau diminta tidak menilai orang sewenang-wenangnya namun hati kecil kita sering berprasangka pada satu-satu hal.

Nampak sesuatu yang teruk atau buruk pada penampilan, kita terus mengecam. Sedangkan manusia itu berpeluang menerima hidayah Allah jika hatinya dijentik untuk berubah.

Manusia itu tidak dinilai dari luarannya

Satu konten mengalunkan ayat-ayat al-Quran dan pengalunnya diberikan sedikit imbuhan (duit) dipelopori dua anak muda di @ayaibrahimchannel dari Indonesia ternyata mampu mengubah pandangan pada mereka yang suka menilai orang dari luar.

Ini kerana di platform channel itu, mereka akan mengangkat plakad dari tepi jalan dan bertaruh siapa yang mampu menyambung 30 juzuk Al-Quran secara rawak. Dan hasilnya sangat menakjubkan kerana ramai yang mampu menyambung ayat Quran ini, seolah Al-Quran itu ada di dada mereka walau penampilan luar hanya biasa-biasa saja.

Tapi apa paling mengagumkan ialah keberanian seorang pemuda punk bertatu penuh yang mengalunkan selawat syaikhona dengan suara yang sangat merdu.

Video ini telah ditonton lebih dari 26.5 juta yang rata-rata meremang bulu roma saat mendengar alunan selawat ini dilakukan. Ternyata, orang yang dilihat seolah tiada masa depan, orang jahat (kerana penampilan tatunya penuh seluruh tubuh), lidahnya masih basah dengan alunan selawat yang ditujukan kepada guru yang pernah mengajarnya.

@ayaibrahimchannel Sambung Ayat Anak Punk Penuh Tattoo @vickyjessi #ayaibrahim #sambungayat ♬ suara asli – Aya Ibrahim

 Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Sejahat & Teruknya Seorang Bapa Kandung, Dia Berhak Jumpa Anaknya, Mak Janganlah Pisahkan!

Jangan Buat Jahat, Kedekut Dengan isteri, Dah Senang Bahagiakan Bukan Tambah Isteri

Jangan ‘Seronok’ Bercerita Hal Peribadi Di Media Sosial, Ada ‘Mata Jahat’ Memerhati, Berhentilah!

Bagi yang ramai yang tertanya-tanya apakah selawat syaikhona, ia adalah selawat yang dicipta khas oleh pelajar pondok Pesantran Al Qudriyah iaitu Miftah Rahman.

Ia menggambarkan kesyukuran mereka terhadap ilmu yang dicurahkan oleh para guru sekaligus ucapan terima kasih yang amat mendalam di hati. Ia ditujukan khas buat ulama terkenal, KH Ma’ruf Irsyad, seorang pengasas Madrasah Qudsiyyah, Kudus, Jawa Tengah yang telah meninggal pada Oktober 2020.

Jika ramai tertanya-tanya maksud selawat ini, berikut lengkap dengan Arab, latin dan terjemahannya dalam bahasa Indonesia.

IKLAN

Syaikhonaa
Guru Kami

مَعَ السَّلاَمَةَ فِی أَمَانِهْ شَيْخَنَا
Ma’as salaamah fii amaanih Syaikhonaa
Selamat jalan semoga dalam keselamatan wahai guruku,

اَللهُ رَبِّ ارْحَمْ مُرَبِّی رُوْحِنَا يَا رَبَّنَا
Allahu Robbi-rham murobbii ruuhinaa (Ya Robbanaa)
Ya Allah Tuhanku, rahmatilah pendidik jiwa kami (wahai Tuhanku)

يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ
Ya Badrotim ya badrotimmin haza kulla kamaali
Wahai bulan purnama yang indah lagi sempurna

مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ
Maaza yu’a maaza yu’abbiru ‘an ‘ulaaka maqoalii
Ketinggianmu tidak bisa terungkap dengan kata-kata

Ma’as-salaamah fii amaanih Syaikhonaa
Selamat jalan semoga dalam keselamatan wahai guruku

اَللهُ رَبِّ ارْحَمْ مُرَبِّی رُوْحِنَا يَا رَبَّنَا
Allaahu Robbi-rham murobbii ruuhinaa Yaa Robbanaa
Ya Allah Tuhanku, rahmatilah pendidik jiwa kami wahai Tuhanku

مَعَ السَّلاَمَةَ فِی أَمَانِهْ شَيْخَنَا
Ma’as-salaamah fii amaanih Syaikhonaa
Selamat jalan semoga dalam keselamatan wahai guruku

اَللهُ رَبِّ ارْحَمْ مُرَبِّی رُوْحِنَا… يَا رَبَّنَا
Allaahu Robbi-rham murobbii ruuhinaa Yaa Robbanaa
Ya Allah Tuhanku, rahmatilah pendidik jiwa kami wahai Tuhanku

صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا
Solla ‘alaikallahu robbii robbii daa’iman
Semoga Allah Tuhanku melimpahkan rahmat ke atasmu selama-lamanya

أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
Abadan ma’al ibkaari wal asoalii
Beserta siang dan malam juga selamanya

Moga kita dijauhkan dari prasangka seperti diajarkan dalam surah Al-Hujurat ayat 12.

Allah SWT berfirman, “Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya (oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

[Video] Manusia Itu Tidak Layak Dinilai Dari Luarannya, Meremang Dengar Punk Berselawat SyaikhonaKlik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI