Dunia hiburan dan digital diserikan lagi dengan usaha Usanita Sdn Bhd melalui cabangnya, Usanita Entertainment, apabila ia memperkenalkan UTV – sebuah platform penstriman (OTT) baharu yang bukan sahaja menyajikan hiburan, tetapi juga menyentuh hati dan menyatukan jiwa.
Dijangka dilancarkan secara rasmi hujung Mei ini, UTV hadir dengan tagline “Stream For You” dan menawarkan pengalaman tontonan yang peribadi, inklusif dan penuh makna – seiring dengan keunikan rakyat Malaysia yang pelbagai latar budaya, nilai dan cerita.
UTV bukan sekadar satu lagi platform hiburan, tetapi ia dibina sebagai ruang untuk meraikan kisah-kisah autentik, suara-suara yang tulus, dan karya-karya asli – khususnya dari bakat tempatan, termasuk wanita-wanita kreatif yang mahu menonjolkan potensi mereka dalam industri ini.
Kandungan Lebih Menyerlah
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, UTV lahir dari impian untuk menyediakan pentas digital yang membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni tanah air – baik pelakon, pengarah, penulis mahupun pembikin kandungan kreatif – untuk menyerlah dan membawa karya mereka kepada khalayak yang lebih luas, termasuk wanita-wanita inspirasi yang punya cerita tersendiri untuk dikongsikan.
Ads
“Kami percaya Malaysia kaya dengan kisah yang mampu menyentuh hati, memberi inspirasi dan menyatukan. UTV diwujudkan bukan hanya untuk menayangkan kandungan hiburan semata-mata, tetapi juga untuk mendidik, memperkasakan suara masyarakat dan membuka lebih banyak ruang buat wanita – agar mereka tampil yakin dan dihargai dalam dunia hiburan digital,” ujar beliau penuh semangat.
Lubuk Drama Tempatan
Antara kandungan yang bakal ditawarkan UTV termasuklah drama bersiri tempatan, telefilem, filem-filem asli, dokumentari, rancangan bual bicara, serta pelbagai program gaya hidup dan belia – semuanya dikurasi bagi memenuhi selera penonton moden yang mencari sesuatu yang dekat di hati dan memberi nilai.
Lebih menarik, Usanita Entertainment turut menampilkan pengarah dan penerbit tersohor tanah air, Erma Fatima, sebagai Channel Advisor – sebuah peranan penting untuk memastikan setiap naskhah di UTV tampil berkualiti tinggi dan mampu bersaing di peringkat lebih luas.
Ads
Sempena pelancaran UTV, dua persembahan eksklusif turut diumumkan hasil kerjasama Usanita Entertainment x Mask Team – iaitu An Evening With Nadeera Zaini pada 30 Mei 2025 (Jumaat), dan Hael Husaini Antonim Night pada 31 Mei 2025 (Sabtu). Kedua-duanya bakal berlangsung di NERO Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), dari jam 8:30 malam hingga 10:30 malam.
Persembahan ini dijangka menyentuh emosi dan menjanjikan pengalaman muzikal yang istimewa – mendekatkan seni dengan penonton yang menghargai kehalusan karya tempatan.
“Melalui persembahan sebegini, kami ingin mencipta momen yang lebih peribadi antara artis dan peminat. Ia juga sebagai penghargaan buat semua yang terus menyokong industri hiburan tanah air, terutama wanita yang menjadi tunjang kekuatan banyak kisah indah yang belum diceritakan,” kata Datuk Adzliana lagi.
Ads
Kedua-dua pengumuman bermakna ini dibuat dalam suasana penuh meriah di Majlis Sambutan Aidilfitri Usanita Sdn Bhd yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur, dengan kehadiran ramai selebriti tanah air seperti Fattah Amin, Scha Alyahya, Nora Danish, Aina Abdul, Erma Fatima, Datuk Rossa dan ramai lagi.
UTV adalah satu permulaan baharu – bukan sahaja untuk hiburan digital, tetapi untuk memperjuangkan lebih banyak suara wanita, kisah-kisah yang menyentuh hati, dan karya yang memberi inspirasi.
Bila Syawal makin hampir, rasa teruja tu memang tak boleh disorok. Hati mula terbayang-bayang nak susun semula perabot, tukar langsir, atau tambah sentuhan baru supaya rumah nampak lebih segar dan selesa untuk sambut tetamu. Tapi… dalam kita sibuk fikir hiasan rumah, bajet raya dan keperluan keluarga pun tetap kena jaga, kan?
Jangan risau, ibu-ibu! Tahun ini ada berita gembira dari Astro Rewards khas buat anda sekeluarga. Menerusi kempen Dekorasi Raya Borak Seeni, anda berpeluang memenangi hadiah dekorasi rumah bernilai RM57,000 daripada Fella Design — tanpa perlu keluarkan duit poket sendiri pun!
Rumah Kemas, Raya Pun Bertambah Meriah
Bayangkan bila tetamu datang, mereka terus rasa selesa masuk ke ruang tamu yang cantik dan kemas. Sofa baru yang empuk, wing chair yang elegan, bangku storan yang bukan saja cantik tapi juga praktikal — semua ni bukan lagi mimpi!
Dan siapa tahu, mungkin anda adalah pemenang bertuah yang dapat semua ni sempena raya tahun ni?
Cara Nak Sertai? Mudah Sangat, Tak Sampai 5 Minit Pun!
Tak perlu belanja besar atau beli barang mahal. Hanya ikut langkah mudah ini:
Muat turun aplikasi My Astro App (MAA)
Klik pada banner “Dekorasi Raya Borak Seeni”
Tekan butang ‘Redeem’ dan isi maklumat peribadi anda
Siap! Anda dah pun masuk dalam senarai peserta. Pemenang akan diumumkan dalam aplikasi dan dihubungi terus oleh pihak Astro. Senang, kan?
Kemeriahan Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang berlangsung di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya baru-baru ini turut dimeriahkan oleh Jalen sebagai salah satu daripada 100 vendor yang mengisi acara tersebut.
Menariknya, Jalen menampilkan pelbagai produk berkualiti tinggi yang menarik minat pengunjung, termasuk produk makanan dan perasa yang menjadi pilihan ramai. Semasa Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang berlangsung di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya, Jalen Sdn Bhd mempamerkan pelbagai produk makanan berkualiti tinggi.
Antara produk yang ditawarkan termasuk kicap soya, sos cili, sos tomato, sos perisa tiram, cordial berperisa, cuka tiruan, sos lada hitam serta taucu.
Kehadiran Jalen di karnival tersebut bukan sahaja mempromosikan produk mereka, tetapi juga menyokong usahawan wanita tempatan dalam memacu ekonomi negara.
Pengunjung berpeluang untuk mencuba dan membeli produk Jalen, serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenama tersebut. Karnival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti talkshow inspirasi bersama usahawan berjaya dan selebriti, persembahan artis popular, serta pelbagai pertandingan yang menambah kemeriahan acara yang berlangsung selama tiga hari itu.
Memacu Ekonomi Wanita
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024, dianjurkan oleh Mingguan Wanita dan Nona dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta MyMall, berlangsung selama tiga hari di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya, bermula 8 November 2024.
Bertemakan “Usahawan Wanita Pemacu Ekonomi Negara”, karnival ini menampilkan lebih daripada 100 reruai yang mempamerkan pelbagai produk daripada usahawan wanita tempatan, termasuk produk kecantikan, makanan, dan fesyen.
Acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel dan forum keusahawanan, sesi santai bersama selebriti usahawan, serta persembahan artis tempatan.
Selain itu, platform e-dagang MyMall, yang diterajui oleh KUSKOP, menyediakan sesi taklimat untuk para usahawan tempatan, membantu mereka memahami kaedah mengembangkan perniagaan melalui strategi digital terkini.
Karnival ini bertujuan mencetuskan gelombang perubahan dalam kalangan komuniti, terutama golongan wanita, untuk mendalami ilmu dan potensi perniagaan mereka, serta memperkukuh jaringan perniagaan dalam komuniti keusahawanan wanita.
Orang ramai pastinya tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan selebriti terkenal dan barisan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel menerusi sesi Meet & Greet di bangunan Jakel baru-baru ini.
Pengunjung hadir berpeluang beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal serta Elly Mazlein. Turut memeriahkan sesi berkenan, anggota kumpulan pelawak Senariounion, selain Upin & Ipin termasuk tiktoker Sallywho.
Menurut Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara yang bermula 9 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.
“Kita berharap para pelanggan serta peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
“Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.
Jakel turut menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49.
“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.
“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...