Wanita paling mudah masuk syurga, namun paling banyak juga masuk ke neraka. Dalam pada kita berusaha memperbaiki diri menjadi muslimah solehah yang ingin mendapat keredhaan Allah, jangan pandang remeh dengan 13 perkara yang telah disyariatkan ini.
1. Bulu Kening
Menurut Bukhari, Allah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur pada zaman jahiliyah.
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi
Allah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
Ads
7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
Ads
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.).
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Ads
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Husain ra.: Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Tegur dan pesanlah jika sayangkan ibu, isteri, adik, kakak, kaum wanita keluarga & sahabat-sahabat perempuan. Semoga dapat memperbaiki diri dan berusaha menjadi muslimah yang solehah yang diredhai Allah serta mematuhi syariatnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kebanyakan kita masih ramai kurang kesedaran tentang punca utama kebakaran yang sebenarnya datang daripada sikap diri sendiri dan sebagai jaga-jaga sila ambil perhatian dan teliti perkara-perkara di sekitar rumah yang boleh menjadi punca kebakaran secara tidak sengaja.
Jadi untuk menghindari terjadinya kebakaran, sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa punca yang menyebabkan kebakaran berlaku, jom baca perkongsian daripada AHAS…
1) OVER LOAD atau BEBAN LEBIH
Beban lebih ni berpunca dari kegunaan yg melebih-lebih. Contoh, dalam 1-1 masa, elakkan kegunaan “heater” pemanas air dan rice cooker dalam masa yg sama kt plug point atau litar yg sama. Ini akan menyebabkan over-heating akan berlaku pada kabel.
Boleh faham ke?
Kalau tak faham cuba korang angkat 3 tong gas yg korang buat masak kat dapur tu dalam masa yang sama, lepas tu berlari keliling rumah. Nanti korang faham lah apa maknanya OVERLOAD.
Ni En. AHAS bagi list antara peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi di rumah.
Elakkan penggunaan list di bawah ni pada litar yang sama dalam satu masa yang sama:
1) Peti Sejuk
2) Mesin Basuh
3) Aircond
4) Seterika
5) Water heater
6) Pembakar roti
7) Oven
8) Rice Cooker
9) Electric Jug kettle
10) Induction cooker
Macam mana nak tahu litar yang kita pakai tu litar apa? Nanti encik Ahas terangkan pada posting yang seterusnya ok..okay next.
2) SIZE KABEL TERLALU KECIL
Kabel terlalu kecil dari size standard yang dibenarkan. Kebiasaanya penggunaan bagi litar yang menggunakan beban yang tinggi perlulah menggunakan size kabel yang sesuai dengan kegunaanya.
Kalau korang buat wiring atau beli plug extension dikedai, dapatkan khidmat nasihat dahulu atas penggunaan beban apa yang nak digunakan.
Jangan lah nak jimat sangat sampai boleh dtgkan bahaya pada keluarga.
Faham ke faham?
3) KABEL BUKAN COPPER DAN MUDAH REPUT ATAU LEBIH SENANG FAHAM (KABEL MURAH)
Asal beli extension je mesti cari yang murah.. lepas tu nak banyak point yang boleh cucukkan?
Hmm.. nasihat En. AHAS janganlah abaikan keselamatan semata-mata nak jimat duit beli barang murah. Bahaya tu dik oii.
Tak pasal-pasal rumah terbakar, kan lagi banyak nak tanggung kos kerugian? Fikir dulu sebelum buat, ye?
Ok, kat bawah ni ada contoh gambar yang korang JANGAN TIRU dan tengok sendiri akibat yang berlaku sekiranya masih buat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menjalinkan perhubungan dengan pasangan yang panas baran memang membimbangkan dan boleh membahayakan diri. Sebaiknya angkat kaki dan memutuskan hubungan sebegini.
Gara-gara enggan menamatkan hubungan cinta, seorang lelaki menikam bekas teman wanitanya sebelum melarikan diri dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, Sabtu lalu.
Tikam Cermin, Toreh Tayar Kereta
Menceritakan semula kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 46, berkata, dia yang baru tiba di rumahnya berada di tempat letak kereta sebelum menyedari kehadiran bekas teman lelakinya itu.
“Dia bertindak menikam cermin pada bahagian pemandu menggunakan pisau, namun tidak berjaya. Malah, dia turut menoreh tayar hadapan dan belakang sebelah kanan menggunakan pisau.
“Dia kemudian mengambil pemadam api berhampiran lif dan memecahkan cermin hadapan kereta sehingga ia berlubang. Ketika itu, saya ada menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tikam Perut & Tangan
Sharifah berkata, dia yang panik kemudian berlari keluar dari kereta sebelum dikejar lelaki berkenaan yang menarik bajunya dan menikam di perut serta tangan.
“Selepas menikam saya menggunakan pisau, dia terus melarikan diri. Dalam keadaan menahan sakit, saya gagahkan diri untuk berjalan sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang membawa saya ke pos pengawal.
“Saya kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan dimaklumkan oleh pihak doktor terdapat lima tikaman di bahagian perut, lengan dan tangan.
“Difahamkan salah satu tikaman itu mengenai hati yang mengalami luka,” katanya yang masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Bekas Teman Lelaki Baran
Dia berkata, dia mengenali lelaki berusia 41 tahun itu menerusi aplikasi temu janji kira-kira tiga bulan lalu sebelum nekad memutuskan hubungan mereka kerana bekas teman lelakinya itu seorang yang baran.
“Kali terakhir saya bergaduh dengannya pada 26 Julai lalu disebabkan isu remeh sebelum membuat keputusan untuk berpisah. Selepas itu, dia ada memujuk untuk kembali, namun saya enggan.
“Malah, dia juga menuduh saya curang apabila masih berhubung dengan bekas suami dan sentiasa muncul di mana-mana lokasi saya berada selepas pergaduhan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Kami sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan lelaki itu masih dijalankan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jika mak ayah ada mempunyai anak yang lahir pada tahun 2013 & 2014 iaitu berumur 5 dan 6 tahun sekarang, jangan lupa untuk mendaftar anak Darjah 1 secara online yang telah bermula dari 1 Mac ini. Ini kerana tempoh pendaftaran dibuka seawal 2 tahun sebelum persekolahan. Ia bagi menentukan dan memudahkan urusan penempatan di sekolah pilihan masing-masing.
Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM ini bertujuan bagi memudahkan mak ayah untuk memohon sekolah buat anak mereka yang akan mula masuk darjah 1.
Mak ayah hanya perlu mendaftarkan nama anak secara online dan kemudiannya memilih sekolah yang anda rasakan sesuai buatnya. Namun, masih ada beberapa lagi tindakan susulan yang perlu dilakukan untuk memastikan pendaftaran berjalan sehingga selesai.
Permohonan Dibuka Mulai 1 Mac
Sistem Pendaftaran Tahun 1 secara atas talian (ONLINE) telah di BUKA pada jam 10.00 pagi, pada hari ini (1 Mac 2019). Permohonan boleh dibuat melalui : https://public.moe.gov.my/
*Selepas selesai mengisi, pastikan mencetak borang dan bawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari.
Dokumen yang diperlukan:
1. Sijil lahir anak (salinan + asal)
2. Kad Pengenalan Ibu Bapa (salinan + asal)
3. Surat Nikah/Cerai (salinan + asal)
4. Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
5. Sampul Surat Standard Dan Setem
6. Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting tentang pendaftaran tahun 1.
Tarikh Pendaftaran Dibuka : 01/03/2019
Tarikh Tutup Pendaftaran : 30/04/2019
Tarikh Pendaftaran Lewat Buka : 01/05/2019
Tarikh Pendaftaran Lewat Ditutup : 15/12/2019
Tarikh Rayuan Dibuka : 01/08/2019
Tarikh Rayuan Ditutup : 31/08/2019
Tarikh Mula Pengesahan Penempatan : 01/08/2019
Tarikh Tamat Pengesahan Penempatan : 30/09/2019
Tarikh Surat Penempatan : 01/08/2019
Tarikh Surat Rayuan : 01/10/2019
Untuk Makluman:
*Bagi ibu bapa/penjaga yang tidak mahir /tiada komputer/ buta huruf-boleh ke sekolah untuk dibantu.
* Bagi mak ayah yang telah mendaftar anak darjah 1 secara online pada tahun lepas (2018), ketika anak berusia 5 tahun, TIDAK perlu membuat pendaftaran lagi tahun ini.
*Hanya perlu membuat semakan/kemaskini borang jika ingin membuat sebarang perubahan pada maklumat. Pastikan cetak dan hantar semula ke sekolah yang dipohon untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari.
*Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem.
Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
* Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara manual di PPD selepas 15 Disember 2019 dengan mengisi borang ASBS.
* Bagi permohonan tahun 1/2020 untuk murid tanpa dokumen,mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas 15 Disember 2019.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, kongsikan juga pada mak ayah yang lain turut ada anak darjah 1 tahun depan.
Kisah menyentuh hati tentang Nur Qasehku hilang selama dua bulan akhirnya berakhir dengan berita gembira apabila remaja itu ditemui selamat di Cheras. Doa seorang ibu akhirnya dimakbulkan.