Urutan Mudah Ini Mujarab Kempiskan Masalah Perut Buncit

Masalah perut buncit buatkan wanita hilang keyakinan diri. Bukan sedikit wanita yang mengalaminya, sekarang ini jumlahnya makin ramai. Urutan mudah ini berkesan kempiskan perut buncit.

Ramai orang yang dah dapat berat ideal namun perut buncit selalu menghantui jiwa. Nak pakai baju idaman memang boleh Namun bila perut buncit selalu cacatkan penampilan tu. Dalam semua part badan, perut la yang lambat turun.”

Ikut 6 langkah urutan mudah yang dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan, Spa Trainer at World SPA Therapy & Consultancy ini.

Lepas ini taklah tersangkut zip seluar lagi.”

 

Urutan Mudah Ini Mujarab Kempiskan Masalah Perut Buncit

6 Langkah Urutan Mudah Perut Jadi Kempis

1. Rendam tuala dalam air panas dan perah perlahan lahan serta lap seluruh perut.

2. Masak sedikit minyak sunflower bersama sedikit serbuk halia. Dan suam suam guna minyak tersebut sapu seluruh perut.

3. Urut perut dengan tapak tangan secara putaran lawan jam selama beberapa minit. Teknik ini di namakan Alternate Palm.

4. Guna penumbuk dan urut putaran kecil secara lawan jam. Teknik ini di namakan Alternate Circle Knucle. Buat beberapa minit.

5. Guna scrapper atau guasa atau alat bantuan urut sambil lurut ke bawah
beberapa minit.

6. Guna pembalut plastik dan balut seluruh perut. Biarkan semalaman. Esok pagi bangun mandi terus. Lagi bagus lepas balut dengan plastik pakai bengkung.

Buat la setiap hari untuk dapat kesan yang positif. Paling bagus buat sebelum tidur.

 

Urutan Mudah Ini Mujarab Kempiskan Masalah Perut Buncit

Mana Nak Cari Semua Bahan Atas Tu

√    Serbuk halia boleh beli di mydin atau pasaraya.

√    Minyak sunflower juga beli di pasaraya atau mydin. Paling murah jenama sunlico @naturel.

√    Scrapper atau guasa atau alat bantuan urut boleh beli di kedai MR DIY @ Magic Boo.

√    Pembalut Plastik boleh guna plastik balut makanan. Boleh beli di pasaraya atau MR DIY.

√    Siapa dah buat minyak warisan atau minyak herba yang cikgu kongsi sebelum ini, boleh guna minyak tersebut. Lagi power. Bagi yang ada minyak boreh lagi lah bertambah tambah kepowerannya.

Selamat mencuba urutan mudah kempiskan perut buncit ini.

Sumber/Foto : Facebook Sarifa Redzuan II

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI