Mungkin disebabkan nak bajet, ada sesetengah orang berkira nak belanja anak isteri makan sedap-sedap. Apa lagi nak hadiahkan sesuatu.
Namun sebenarnya inilah salah satu jalan kilat untuk kaum suami buka pintu rezeki dalam keluarga, tak kedekut nak bahagikan perut anak bini walau kadang duit dalam wallet pun dah nipis!
Andai kata ada yang masih termenung memikirkan bab rezeki yang perlahan, jemput baca perkongsian Pelukis Kaligrafi Eksklusif, saudara Ahmad Affzan Abdullah. Pengalaman ceritanya cukup manis untuk kaum suami di luar sana renungkan…
Belanja Anak Isteri Makan
Satu malam, aku bawa keluarga pergi makan di kedai. Biasanya begitulah bila aku dapat tempahan khat. Beri duit pada Mak dan belanja anak isteri. Maklumlah, aku bukannya bergaji tetap.
Sedang kami membelek menu, anak aku tiba-tiba nak order set yang agak mahal.
“Kita pilih yang lainlah ya. Itu mahallah. Yang lain pun sedap juga,” kata isteri aku memujuk.
Beliau isteri yang baik, selalu menjaga situasi ekonomi kami sekeluarga. Sentiasa urus bajet.
Aku fikir, tak mengapalah. Untuk anak isteri makan ini, aku tak berkira sangat. Aku yakin setiap yang kita nafkahkan, pasti Tuhan akan bagi ganjaran.
“Dia nak yang mana?” aku tanya.
Isteri aku menunjukkan gambar set makanan yang anak aku suka itu.
“Tak apalah. Order je. Sekali sekala.”
Sukalah anak aku dapat makanan yang dia nak. Kami pun makan dengan girang.
Dapat Rezeki Tanpa Disangka-sangka
Esok pagi, aku dapat mesej Whatsapp.
“Zan, akak nak order khat sempena birthday suami akak.”
Alhamdulillah, aku pun cepat-cepat balas.
“Nak saiz berapa besar kak? Biasanya kalau di rumah, saiz 3×2 kaki dah ok.”
Selepas buat congakan (agaknya), pelanggan tadi bersetuju untuk tempah saiz 3×3 kaki.
Ads
“Ok, nanti kejap lagi akak bank-in duit.”
Tiba-tiba malam itu, beliau mesej lagi.
“Zan, tak jadilah saiz 3×3. Suami akak nak saiz 4×3 kaki pula. Berapa harganya tu?”
Wah, tambah saiz. Pucuk dicita ulam mendatang. Aku pun bagi harga pada beliau. Nampaknya beliau pun macam dah setuju.
Syukur, aku cadang saiz kecil, pelanggan nak yang lebih besar. Jarang juga jumpa begini. Selalunya memang aku cadangkan yang kecil sebab takut pelanggan ada bajet yang terhad.
Malam itu, beliau masukkan deposit ke dalam akaun aku. Alhamdulillah, lega rasanya bila dapat satu lagi tempahan. Macam kau lega dapat gaji bulan-bulan.
Esok pagi, pada pukul 8.27, aku dapat mesej.
“Zan, sorry sorry. Tukar saiz lagi. Kali ni last. Nak saiz 5×4, melintang.”
Pelanggan yang sama menghantar mesej buat kesekian kalinya.
“Abang akak kata alang-alang, nak saiz besar terus. Rezeki anak bini awak, Zan.”
Allahu.
Aku teringat set makan yang anak aku suka tempoh hari. Teringat belanja keluarga makan-makan di luar.
Ads
Sedikit saja aku korbankan demi kegembiraan anak-anak dan isteri, Tuhan beri balasan dalam bentuk ini. Daripada saiz 3×2 kaki asalnya, pelanggan terus ‘upgrade’ ke saiz 5×4 kaki.
Mungkin Ada Yang Terlupa Tapi Inilah Realitinya
Kawan-kawan,
Kita ini kadang-kadang terlupa. Untuk diri sendiri, untuk jamu kawan-kawan sekolah, boleh saja kita berbelanja lebih dari biasa.
Tiap malam main futsal, beli PS4, beli rokok, beli gajet, beli segala peralatan untuk hobi kita. Semuanya boleh.
Namun isteri dan anak-anak, makan ala kadar sahaja. Itu pun bercatu.
Berkira.
Anak nak makan sedap sikit, kita kata jangan membazir. Cari ikan yang paling murah di pasar. Jimat.
Ads
Isteri pakai baju yang 10 tahun sudah pun, kita tak mahu tukar baru. Katanya, orang lelaki pakai baju tak tukar-tukar pun, okey saja.
Ya, selalunya dengan isteri dan anak-anak, kita selalu bagi alasan berjimat. Kalau dengan orang lain, boleh pula berbelanja.
Prioriti. Kadang-kadang kita lupa yang mana perlu didahulukan.
Aku tidak kata, setiap hari kena belanja anak isteri makan sedap-sedap atau beli baju banyak-banyak. Tidak. Ikut kemampuan masing-masinglah.
Aku pun bukan selalu makan di luar. Waktu dapat projek besar atau tempahan khat lebih sikit, aku kongsilah kegembiraan itu dengan keluarga.
Bila ‘sejuk’, duduk di rumah makan apa yang ada juga. Waktu perlu berjimat, aku berjimatlah. Jangan pula ada duit, tapi gaya kau ikat perut itu sampai menyiksa keluarga.
Aku juga tidak maksudkan supaya kau boros berbelanja. Asal anak kau nak mainan saja kau terus beli walaupun kau berhutang sana sini. Isteri kau nak gelang emas berkoyan-koyan pun kau sanggup pinjam duit dari along. Ini sudah silap.
Yang aku maksudkan ialah jangan berkira untuk keperluan asas mereka. Makan, minum, selesa tempat tinggal, pendidikan, pakaian, beli ubat. Kalau ada duit lebih, guna untuk keperluan mereka dahulu berbanding orang lain.
Kemudian kau kena betulkan juga mentaliti. Belanja anak isteri ini bukan tips untuk jadi kaya. Apa yang Tuhan beri balik pada kau, itulah yang terbaik. Niatkan untuk dapat pahala dan reda Tuhan. Mungkin Tuhan tidak balas dengan duit, tapi balas dengan rezeki lain.
Aku cerita ini sebagai contoh yang kau mudah nampak, supaya kita semua sedar yang Tuhan itu Maha Kaya. Dia boleh beri rezeki dari jalan yang tak terduga dan dalam apa jua bentuk sekalipun.
Yang penting jangan berkira dengan ahli keluarga. Dahulukan mereka, insya-Allah banyak ganjaran yang Tuhan akan beri sebagai ganti.
“Dan apa pun yang engkau nafkahkan maka itu dianggap sebagai sedekah bagimu hingga kepada suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)
“Tidaklah engkau menafkahkan satu nafkah yang dengannya engkau mengharap wajah Allah kecuali engkau akan diberi pahala dengannya hingga kepada satu suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.” (Hadith riwayat Muslim).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sekat whatsapp isteri bila bertengkar, Raffi Ahmad kongsi rahsia rumahtangga. Elak gaduh jadi besar. Setiap orang mempunyai cara terdiri mengelak pergaduhan dengan pasangan. Ya, tidak hari-hari rumahtanga dilalui manis, adakala pertengkaran wujud.
Disarankan oleh Rasulullah SAW, jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring. – [HR Abu Daud 4151]. Bahkan seseorang yang sedang marah disarankan mengambil wudhu untuk meredakan kemarahannya.
Bagi suami isteri, pasti masing-masing mempunyai cara tersendiri bila pertengkaran terjadi dalam rumahtangga.
Dikongsikan oleh selebriti Raffi Ahmad, dia mempunyai cara tersendiri elak gaduh dalam rumahtangga.
Dia mengakui tidak selamanya dia dan isteri, Nagita Slavina terlihat romantis seperti dipaparkan di media massa dan mereka juga bertengkar seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun keduanya memiliki cara yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Nagita Slavina mengakui dia gemar menulis whatsapp panjang-panjang untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hatinya. Dia gemar menumpahkan perasaan kesalnya itu melalui tulisan berbanding bergaduh depan-depan.
Tapi malangnya segala curahan hati dan kekesalan TIDAK DIBALAS walau dia menulisnya panjang-panjang, katanya yang berkongsi kisah ini di saluran YouTube Trans TV Official beberapa hari lalu.
Namun Raffi Ahmad mempunyai sikap berbeza. Dia mengambil pendekatan untuk menyekat whatsapp isterinya dan langsung tidak membalas atau melayan emosi marah isterinya itu. Ia satu cara mengelak pertengkaran jadi lebih besar dan melarat.
Ini kerana jelas Raffi dia ada banyak benda lain hendak difikirkan. Bukan saja shoting, meting, kerja dan lain lagi dan bila balik ke rumah, hal itu akan diselesaikan. Sumber :- Liputan6
Kalau tengok orang lain, semuanya bahagia dan penuh dengan kegembiraan. Beruntungnya wanita itu. Lepas itu, mulalah bandingkan dengan diri kita dan fikir adakah kita cukup bahagia cara kita. Kadang-kadang terfikir kenapa kita tidak seperti dia.
Tak perlu mengeluh, resah mahu pun sakit hati. Sebab kita sebagai mak-mak pun mampu bahagia dengan cara kita. Mungkin, cara orang lain itu, dia jadi bahagia. Tapi, kita dengan cara kita inilah membuatkan kita rasa bahagia.
Sebenarnya, tak susah pun untuk jadi wanita terbahagia atau nak bahagia cara kita. Perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop boleh mak-mak hadam dan dapat membuatkan kita bahagia dengan cara kita. Percayalah!
1. Buat apa Allah suruh buat. Tinggal apa Allah suruh tinggal.
Nescaya Allah angkat darjat kita. Kita buat untuk Allah. Tapi automatik Allah angkat kedudukan kita di mata manusia. Allah sayang. Manusia hormat. Malaikat doakan. Apa lagi yang kita mahu kalau sudah terangkatnya nilai kita di langit dan bumi.
2. Anak-anak adalah tugas utama.
Apa pun kita buat, anak adalah prioriti. Jika mampu buat semua tanpa tinggalkan masa dengan mereka, silakan. Golden age anak-anak gunakan sebaiknya. Selepas dah selesai tempoh itu, Insya Allah tugas-tugas kita sebagai ibu kemudiannya akan jadi mudah.
3. Baca buku.
Ini kajian. Wanita dan ibu yang banyak membaca kurang marah, kurang lupa, kurang bosan, lambat menopause, cepat tangkap, cepat selesai masalah, kreatif, pandai kawal emosi, ceria, bijak dan tenang.
4. Cari hobi.
Tak payah sakit hati suami tak layan kat rumah sebab suka main handphone dari layan isteri. Dia taknak layan kita, kita cari hobi sendiri. Tanam pokok. Buat kek. Masak. Menjahit. Basuh bilik air. Jangan buang masa kalau orang tak nak buang masa dia pada kita.
5. Jauhi kawan dan tenaga negatif.
Kalau nak tenaga kita maksimum, minda kita optimum, jauhi parasit. Parasit ni banyak jenis. Kita sendiri kena kenal pasti. Pandai-pandai limit. Yang penting jauhi pergaduhan dan perbalahan.
6. Berlebih kuranglah.
Orang lambat hantar makanan, tak nak kawan, kutuk belakang dan depan atau orang cari pasal. Maafkan dia. Tak apa. Tuhan kita dan Tuhan dia lihat semua.
7. Hidup dengan hidup kita.
Orang beli, kita nak. Bila orang dapat pangkat, kita mahu. Begitu juga orang jadi begitu, kita teringin. Tengok orang pergi sana sini, kita idam. Percaya satu ini. Masa kita akan sampai. Cuma belum je lagi. Buat kerja kita macam biasa.
8. Jangan balas perbuatan buruk orang.
Orang nak sangka buruk, fitnah, buat cerita, benci, buat hal tanpa sebab, takpa. Tak payah balas, serang dan tak payah jawab. Orang macam ni sakit. Hati dia ada penyakit. Kita nak sihat kan? Jangan buat apa-apa yang boleh dijangkiti sakit yang sama. Lari jauh.
9. Kenal pasti masalah besar dan kecil.
Stand up for yourself. Kalau benda kecil boleh lepaskan, lepaskan. Jika benda besar kena selesaikan, siapkan. Tapi sentiasa dengan cara paling bijaksana. Sebab jika tak, yang malu tu kita semula.
10. Ingat setiap hari, hari mati.
Entah kejap lagi, malam karang. Supaya kita tak buat jahat pada sesiapa dan buat paling baik untuk sesiapa. Katalah kita mati hari tu, kalau orang tak menangis pun moga tidak ada sesiapa kata lega kita dah takda.
11. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Apa pun orang buat. Tak apa. Kalau kita salah, minta maaf pada orang. Bergolek pegang kaki sambil meraung pun, tak apa. Buatlah sampai orang tu maafkan. Tapi kita punya bahagian, maafkan siap-siap. Orang pemaaf ni Allah akan besarkan hatinya dan tenangkan jiwanya.
12. Kerja rumah takkan pernah habis.
Sentiasa ada. Sapu sini, sepah sana. Nak masak teringat baju. Bila nak rehat teringat pokok belum siram. Nak makan teringat baju belum lipat. Tak pernah siap. Larat buat. Tak larat tinggal. Lagi-lagi jangan buat sambil marah. Habis ungkit semua. Suami, anak, kucing, jiran tetangga semua tak tolong. Janganlah. Rugi.
13. Rendahkan ekspektasi.
Suami kena layan saya macam permaisuri. Suami dia bagi gelang, suami saya tak bagi apa. Anak saya dah hantar sekolah mahal, tapi kenapa tak cakap orang putih juga. Saya buat baik, orang tak balas yang sama. Jangan pernah berharap sebab hidup ni bukan begitu. Buat baik sebab kita nak jadi orang baik.
Kita semua layak jadi wanita terbahagia.
Dengan cara kita.
#kaknis
MW: Betul tu, kita bahagia dengan cara kita sendiri. Tak perlu bandingkan dengan orang lain.
Bagi sebahagian pasangan suami isteri, handphone antara barangan peribadi yang boleh dikongsi dan tiada rahsianya.Isteri tahu password, bebas boleh buka handphone suami dan begitu juga sebaliknya.Namun ada juga pasangan yang begitu berahsia dan tak suka berkongsi, walaupun dah berkahwin bertahun-tahun lamanya.Anggap ia kekal barangan peribadi.
Suami Nekad Saman
Seorang lelaki yang berang selepas isterinya membuka dan membaca WhatsaApp miliknya secara sembunyi, telah nekad menyaman wanita itu.
Kejadian berlaku di Arab Saudi selepas lelaki itu sedar pergerakannya dipantau secara sembunyi oleh isterinya selama sembilan bulan.Lelaki berkenaan menganggap tingkah laku isterinya itu sebagai salah satu jenayah siber.
Salin Data
Dilaporkan wanita berkenaan sudahpun menyalin semua data termasuk klip video dalam aplikasi WhatsApp milik suaminya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana mahu menjaga aib, namun memilih untuk berpisah dengan suaminya.
Lelaki itu pula enggan berpisah dan memilih untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara aman.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ditempat awam, kerana dikhuatiri akan digodam dan data peribadi akan diceroboh dengan lebih mudah.
MW: Setuju ke, handphone pasangan adalah barangan peribadi yang tak boleh dikongsi, dibuka tanpa izin? Tapi secara rasionalnya, jika tiada yang ‘pelik-pelik’ atau tak buat hal, tiada apa pun yang perlu dirahsiakan.
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.