Selalunya, bila membuat air teh, uncangnya akan terus di buang. Maklumlah sudah tidak boleh digunakan dan sudah hilang kepekatannya.

Walau bagaimanapun, ada juga yang tahu serbuk teh terpakai ini boleh digunakan untuk suburkan tanaman. Kalau dahulu, ada juga yang guna untuk lembutkan tangan dengan menggunakan hampas teh. Betul tak?

Sebenarnya, ada beberapa faedah lain yang boleh digunapakai dengan bahan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu. Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang petua menggunakan bahan terpakai ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Halau Lipas Dalam Kabinet, Guna Rempah 4 Sekawan Buat Uncang, Sangat Berkesan!

Resipi LENGKAP Nescafe, Milo, Kopi & Teh Ais KAW Bungkus Ikat Tepi!

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Uncang Teh Untuk Kecantikan

Lepas buat teh, jangan terus buang uncang. Ada tip kecantikan yang hanya menggunakan teh uncang saja. Senang sangat caranya.

1. Petua lembut dan haluskan tangan
Keluarkan serbuk teh dari uncang. Lumurkan ke seluruh tangan dan tapak tangan. Gosok perlahan-lahan selama 3-5 minit.
2. Petua cerahkan kulit muka, hilangkan pori terbuka & hilangkan jerawat :
Uncang yang sudah diguna itu, buka dan keluarkan serbuk teh tu. Lumurkan ke seluruh muka dan leher. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas bersih. Boleh buat setiap hari, sampai dapat result yang anda inginkan.
3. Petua hilangkan mata panda (lebam di bawah mata) :
Untuk petua ni perlukan 2 uncang teh. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika. Lekapkan pada kelopak mata. Tunggu sampai hilang sejuk uncang tu

Selamat mencuba.

IKLAN

Mingguan Wanita : Mungkin untuk petua kecantikan boleh guna cara ini. Untuk tanaman pula ada caranya tersendiri. Boleh cuba dan amalkan untuk kecantikan semulajadi.

Sumber: No Or

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

IKLAN

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI