Siapa sangka pada umur 73 tahun, seorang wanita dari India selamat melahirkan cahayamata pertamanya baru-baru ini. Meskipun telah memasuki usia warga emas, hasrat dan impian untuk bergelar ibu tak pernah padam mahupun putus asa. Usaha dan kegigihan pasangan suami isteri ini untuk menjadi mak dan ayah, akhirnya menjadi kenyataan.
Lahir Bayi Kembar
Seorang wanita berumur 73 tahun di negeri Andhra Pradesh, selatan India selamat melahirkan sepasang bayi kembar perempuan kelmarin, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).Menurut wanita tersebut, bergelar seorang ibu merupakan saat yang paling membahagiakan dalam hidupnya.
“Kedua-dua kembar perempuan itu masing-masing seberat 1kg lahir menerusi kaedah pembedahan ceaserean. Ibu dan kedua-dua bayinya berada dalam keadaan sihat,” kata pakar yang merawat wanita berkenaan, Dr. Umar Shankar kepada BBC.
Bayi kembar perempuan yang sihat dan selamat dilahirkan. Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
Buat Rawatan IVF
Wanita itu, Mangayamma Yaramati berkata, dia dan suaminya yang berusia 82 tahun sentiasa inginkan anak. Bagaimanapun, Mangayamma gagal hamil sehinggalah dia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro IVF.
“Kami berasa sungguh gembira,” kata suaminya, Sitarama Rajarao. Menurut Sitarama, isterinya hamil selepas dua bulan menjalani rawatan IVF.
Ads
“Kami sudah banyak kali mencuba dan berjumpa ramai doktor dan ini adalah detik paling gembira dalam hidup saya,” kata Mangayamma.
Wanita itu menambah, dia berasa dipinggirkan oleh masyarakat setempat dan kerap kali tidak diundang dalam majlis sosial kerana tidak berstatus ibu.
“Mereka menggelar saya wanita mandul,” katanya.
Ads
Mangayamma Yaramati dan suaminya Sitarama Rajarao ketika mengadakan majlis ‘baby shower’ . Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
Keadaan Kesihatan Dipantau Setiap Hari
Dr Shankar berkata, pesakit ini telah dijaga dengan ‘cara saintifik’
“Semasa wanita ini menjalani rawatan, kami mempunyai tiga kumpulan doktor.Ada yang menjaga kesihatannya, ada yang menjaga status pemakanannya dan ada yang menjaga keadaan kehamilannya.Ketiga-tiga bahagian ini dipantau setiap hari,” ujarnya.
Mangayamma telah mengalami menopause 25 tahun yang lalu. Telurnya telah diambil daripada penderma dan disuburkan dengan sperma Rajarao menerusi IVF.
Ads
“Nasib wanita ini bertuah kerana dia hamil dalam percubaan kali pertama, Januari awal tahun ini,” ujar Dr Shankar
Mangayamma mungkin wanita tertua yang hamil di dunia.Berdasarkan sijil kelahiran dia lahir pada tahun 1946.
Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
MW: Dengan kuasa tuhan dan kecanggihan teknologi perubatan sekarang, tiada yang mustahil untuk mendapat cahaya mata, paling penting tidak berputus asa. Tahniah buat wanita ini, akhirnya berjaya bergelar ibu walaupun telah lanjut usia.
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak, Sarjan Amal Nurlidar Ramli, 42 meninggal dalam keadaan tragis ketika pulang dari kerja semalam.
Motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah lori gilis yang mengalami kegagalan brek ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam mengakibatkan tubuhnya terperesok di bawah lori dan menemui ajal dalam keadaan trajis.
Ibu Tiga Anak Digilis Lori Simen Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat
Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang Khamis, arwah yang juga anggota Penjara Malaysia Sungai Udang, disahkan maut di lokasi selepas tersepit di bawah lori dan mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan termasuk muka dan kaki.
Arwah yang juga anggota Penjara Malaysia Sungai Udang, disahkan maut di lokasi selepas tersepit di bawah lori dan mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan termasuk muka dan kaki.Lori simen ini mendakwa mengalami kegagalan brek sebelum merempuh arwah yang sedang berhenti di lampu isyarat. Gambar media sosial.
Kegagalan Brek Jadi Punca
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kegagalan brek lori simen berkenaan.
“Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz sedang berhenti di lampu isyarat. Sebuah lori simen dipandu lelaki berusia 49 tahun datang dari arah sama dan dipercayai mengalami masalah brek.
“Lori itu cuba mengelak ke bahu jalan namun tetap merempuh motosikal mangsa lalu menggilisnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Di media sosial, rakan yang mengenali arwah menyifatkan arwah seorang sahabat yang sangat baik dan sentiasa memudahkan urusan orang lain.
“Arwah seorang yang sangat mudah untuk bantu orang, tidak banyak berkira dalam kerja dan selalu senyum pada semua orang. Berehatlah sahabat di alam sana. Urusan di duniamu telah tamat. Tinggal kami pasti akan menyusulmu nanti. Semoga Allah menerima segala kebaikanmu dan bersama dengan orang-orang beriman.
Dalam perkongsia terahir di media sosialnya, arwah Amal Nurlidar Ghazali menulis tentang keperluan berehat seketika dari kerja yang mungkin membawa maksud “rehat” selama-lamanya.
“Kerja tanpa henti bukan tanda rajin. Ia tanda keletihan yang sedang dikumpul dalam diam.
“Ramai yang rasa bersalah bila ambil masa untuk berehat. Takut dikata malas. Takut nampak tak produktif. Tapi hakikatnya, badan manusia bukan mesin.
“Rehat itu bukan pilihan, ia satu keperluan.
“Bila kita ambil masa untuk berhenti sekejap tarik nafas, senyum, pandang langit, regangkan badan sebenarnya kita sedang mengisi semula tenaga, memperbaiki fokus, dan menjaga kesihatan mental.
“Rehat bukan bermaksud kita tak buat kerja. Ia bermaksud kita bersedia untuk buat kerja dengan lebih baik,”kongsiny di media sosial miliknya.
Dalam pada itu, polis memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kenderaan lori simen terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan teknikal di Puspakom. Saringan air kencing terhadap pemandu mendapati keputusan negatif dadah. Suspek akan direman hari ini di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membantu siasatan lanjut,” katanya lagi.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahu.. sebaknya mendengar berita yang dikhabarkan kakak balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal dunia dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Kata kakak Nour Shafinar Harun, Sha Qalif dalam facebooknya, dikatakan adiknya baru mengetahui dirinya hamil selepas dua hari pemergian arwah suaminya.
Maklumnya lagi, seandainya arwah masih ada. Tentulah ini menjadi berita yang sangat menggembirakan untuknya. Namun, arwah adik iparnya, Mejar Zahir tak dapat mengetahui berita kehadiran cahaya mata baru ini semasa hayatnya masih ada.
Di sini cinta Balu dan arwah bersemadi..
Doakan Inat Kuat Demi Janin Yang Dikandung
Tulisnya,
Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya. Untuk adik ku.. Inat tabah lah atas apa yang telah terjadi.. redha.
Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru. Balu positif hamil. Kalau arwah ada mesti dia happy sangat-sangat tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi..
Arwah tinggalkan penggantinya.. semoga Inat kuat demi janin yang dikandung ya.
Izzul landing katil daddy buat kali terakhir.
Inilah Kenangan Untuk Anak Bongsu Mejar Zahir, Izzul
Untuk Izzul (anak bongsu arwah) ini ada lah kenangan untuk Izzul ye.. nanti besar ingat ye sayang, daddy pergi sebagai wira.
Disinilah Tempat Arwah.. Izzul dan kenangan Daddy
Sebak sekali apabila Sha turut berkongsi gambar-gambar kenangan di kediaman yang pernah diduduki adik dan adik iparnya itu.
Mengemas barang Arwah untuk dibawa pulang ke Ipoh.
Mess tempat Arwah menginap
Balu Allahyarham Mejar Zahir Mulakan Hidup Baru Di Ipoh
Sebagaimana yang dilaporkan di media, isteri Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya ini akan membawa anak-anaknya ke Ipoh untuk memulakan hidup baru.
Sebelum ini pun, Allahyarham suaminya pernah meminta isteri menetap di Perak dekat dengan rumah ibu bapa.
Mengikut perancangan Nour Sharinar dan tiga orang anaknya, Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6 dan Izzul Zakly, 6 bulan bakal berpindah ke Ipoh pada November nanti.
Buat kali terakhir berada di sini kata Balu Arwah.
MW : Mendoakan semoga balu Allahyarham Mejar Zahir diberi kekuatan dan kekentalan hati menghadapi ujian tuhan yang getir ini. Semoga urusan keluarga ini dipermudahkanNya.
Penyanyi bersuara merdu, Amira Othman, 32, bakal melangkah ke gerbang pernikahan pada Ahad ini bersama lelaki pilihan hatinya, pelakon popular Fattah Amin.
Dalam debaran menjelang hari bahagia, Amira menyifatkan Fattah sebagai seorang lelaki yang baik, namun dalam masa yang sama, dia mengharapkan kesediaan suaminya itu untuk bertolak ansur dan bertoleransi sepanjang melayari bahtera rumah tangga.
“Bagi saya, Fattah memang seorang lelaki yang baik, seorang anak yang baik. Saya yakin jika dia seorang yang baik, apa saja boleh dibawa berbincang tanpa perlu marah-marah atau emosi. Itu kunci keharmonian.”
Doa Menjadi Sandaran
Tidak mahu terburu-buru membuat andaian, Amira akui dirinya masih belum melalui fasa perkahwinan, justeru lebih berhati-hati dalam menuturkan kata. Baginya, doa orang sekeliling adalah kekuatan terbesar saat ini.
“Alhamdulillah, ketika ini saya masih membuat persiapan. Saya mohon doa daripada semua agar segala urusan dipermudahkan. Mungkin semua ini adalah berkat doa kalian.”
Amira dan Fattah turut mengumumkan tarikh penyatuan mereka pada majlis sidang media pelancaran single duet baharu Rasa & Takdir, nyanyian Amira bersama adiknya, Irfan Haris, di Imperial Lexis, semalam. Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mereka yang hangat diperkatakan sejak hujung tahun lalu.
Lebih istimewa, Amira menegaskan dirinya enggan menjadikan pengalaman lalu sebagai beban yang membantutkan langkah ke fasa baharu.
“Tak adil kalau kita biarkan trauma menghalang perjalanan hidup. Saya percaya pada takdir. Allah sebaik-baik perancang. Perkahwinan ini pasti ada turun naik, tetapi itulah perjalanan menuju syurga.”
Lagu Rasa & Takdir, Sebuah Simbolik
Menariknya, pelancaran single duet bersama Irfan seakan bertepatan dengan perjalanan hidup Amira sendiri. Lagu yang tertangguh sejak 2023 itu akhirnya diluncurkan pada waktu yang dirasakan paling sesuai.
“Kadang-kadang kita rancang, tapi tak jadi. Mungkin inilah masa terbaik. Lagu ini seolah-olah mengingatkan kami bahawa hidup ini aturan Tuhan. Kita rancang lain, Dia aturkan yang lebih baik.”
Menuju Hari Bahagia
Di sebalik senyuman dan cahaya bahagia yang jelas terpancar, Amira hanya mengharapkan agar rumah tangga yang bakal dibina bersama Fattah dipenuhi rahmat dan keberkatan.
Baginya, cinta bukan sekadar rasa, tetapi juga takdir. Dan dalam takdir itu, wujud doa, usaha, dan pengharapan.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.