Rupanya ada lapan jenis pokok-pokok hiasan dalam rumah yang dapat membantu membersihkan udara dan mengurangkan habuk. Malah bukan sahaja mudah dijaga, jika diletakkan di bilik tidur pula ia mampu membuatkan tidur jadi lebih lena.

Nak tahu jenis-jenis pokok yang sesuai diletakkan di bilik tidur, baca perkongsian oleh Puan Huda Zainal ini.

“Kajian NASA menunjukkan pokok hidup mampu membersihkan udara dalam rumah dan mampu bertindak sebagai agen ‘relaxing’.”

“Pokok hidup dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan dalaman rumah namun mampu mengurangkan karbon dioksida dan habuk. Dan sesetengah pokok hidup mampu meningkatkan kualiti tidur.”

“Memandangkan udara bilik tidur merupakan antara kawasan tercemar dalam rumah dan kita menghabiskan satu pertiga hayat dengan tidur, maka udara yang bersih dalam bilik tidur sangat penting.”

8 jenis pokok hidup yang terbaik dan mudah dijaga dalam bilik tidur serta mampu untuk bantu tidur dengan lena.

1. Areca Palm

Areca palm mampu membersihkan udara dalam bilik tidur dan mampu meningkatkan kelembapan dalam udara dan memberi kesan supaya mudah bernafas.

Menurut penulisan artikel ‘Joy Of Plants’, areca palm sangat bagus untuk yang kerap selsema, bersin dan sinus.

Udara Bersih & Tidur Lebih Lena,Bila Letak Pokok-Pokok Ini Dalam Bilik

2. Aloe Vera

Menurut dalam kajian NASA, Aloe vera antara pokok yang banyak membebaskan oksigen pada waktu malam.

Lebih tinggi oksigen dalam udara mampu meningkatkan kualiti tidur. Paling penting, pokok aloe vera sangat mudah dijaga.

Udara Bersih & Tidur Lebih Lena,Bila Letak Pokok-Pokok Ini Dalam Bilik

IKLAN

3. Ivy Plant

Satu kajian yang di buat oleh American College of Allergy, Asthma dan Immunology mendapati pokok ivy mampu menyingkirkan kotoran dalam udara sebanyak 94% dan mampu menyingkirkan kulat bawaan udara sebanyak 78% dalam tempoh hanya 12 jam.

Sangat bagus untuk individu yang kerap bersin diwaktu malam sehingga mengganggu tahap kualiti tidur.

Udara Bersih & Tidur Lebih Lena,Bila Letak Pokok-Pokok Ini Dalam Bilik

4. Garbera Daisy

Garbera bukan hanya mampu membersihkan udara namun menaikkan seri bilik. Warna-warni garbera daisy mampu tingkatkan emosi yang positif dalam diri.

Emosi yang positif sebelum tidur memberi kepuasan ketika tidur.

Udara Bersih & Tidur Lebih Lena,Bila Letak Pokok-Pokok Ini Dalam Bilik

5. Jasmine

Jasmine bukan hanya mampu memberi haruman yang wangi. Namun menurut ‘Psychologist di Wheeling Jesuit University’, bau haruman jasmine meningkat tahap kualiti tidur.

IKLAN

Udara Bersih & Tidur Lebih Lena,Bila Letak Pokok-Pokok Ini Dalam Bilik

6. Lavender

Sukar untuk tidur, bergolek kiri kanan namun masih belum mampu tidur. Haruman lavender sangat membantu kerana haruman lavender merupakan agen penenang kepada otak.

Lebih tenang, maka lebih mudah untuk tertidur.

Udara Bersih & Tidur Lebih Lena,Bila Letak Pokok-Pokok Ini Dalam Bilik

7. Snake Plant

Pokok hidup yang paling popular bukan hanya kerana mudah dijaga namun kerana kebaikan yang diberi pada manusia.

Menurut buku Houseplant yang ditulis oleh Steinkopf, snake plant bukan hanya membebaskan oksigen tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida dan menapis toksin beracuna dalam udara seperti formaldehyde, trichloroethylene dan benzene.

IKLAN

Udara Bersih & Tidur Lebih Lena,Bila Letak Pokok-Pokok Ini Dalam Bilik

8. Peace Lily

Pokok bunga lily bukan hanya membersihkan udara, namun mampu menyingkirkan toksin dan meningkatkan kelembapan udara.

Sangat bagus untuk yang menghadapi kesukaran bernafas, kerap selsema, bersin dan sinus.

Udara Bersih & Tidur Lebih Lena,Bila Letak Pokok-Pokok Ini Dalam Bilik

Habis #PKPB ni jom serbu nursery pokok. Kita shopping pokok-pokok hidup untuk dalam bilik tidur. Ingat kualiti tidur mampu mempengaruhi kesihatan dan memberi mood yang baik pada diri.

Huda Zainal
Wish list shopping.

Baca Lagi Di Sini: Rendam Pokok Kecil Dalam Air, Tak Perlu Siram. Cantik Buat Hiasan Rumah

MW: Menarik bukan! Jadi bolehlah mempertimbangkan letak pokok-pokok ni dalam bilik tidur. Barulah udara jadi lebih bersih, kurang habuk dan tidur pun lebih lena nanti.

Sumber: Huda Zainal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI