Pelakon dan usahawan, Tya Arifin, baru-baru ini meluahkan rasa kecewa apabila usaha membawa pulang stok susu badan yang dipam sepanjang berada di London tidak kesampaian.
Dalam satu hantaran di Instagram, Tya berkongsi bahawa ketika beliau mendarat di Kuala Lumpur, dua beg miliknya yang mengandungi susu perahan tidak berada dalam penerbangan yang sama. Beliau dimaklumkan bahawa beg berkenaan hanya akan tiba melalui penerbangan seterusnya.
Tya Arifin meluahkan rasa sedih, kecewa dan kesal yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila mengetahui semua susu badan yang diperah sepanjang berada di London telah cair dan tidak dapat diselamatkan.
Ads
Perjalanan yang memakan masa hampir 15 hingga 20 jam dari hotel ke lapangan terbang, dan seterusnya ke Kuala Lumpur, menyebabkan susu tersebut tidak dapat dikekalkan pada suhu sepatutnya. Ujian ini benar-benar menguji kesabaran dan emosi seorang ibu yang selama ini gigih memastikan anaknya menerima yang terbaik.
Ads
“Disebabkan insiden beg tidak sampai seperti dijadualkan, Tya terpaksa menunggu tambahan 15 hingga 20 jam lagi untuk susu tersebut sampai ke rumah. Secara keseluruhan, lebih 30 jam masa berlalu sejak Tya meninggalkan hotel di London.
Dalam tempoh itu, semua susu badan yang diperah dengan penuh dedikasi, disimpan bersama ice pack dalam keadaan beku akhirnya cair sepenuhnya,”ujar Tya dengan nada kecewa.
Ads
Tanggungjawab Besar
Baru-baru ini, Tya Arifin berangkat ke London bersama suami tercinta, Asyraf Khalid, bagi menghadiri urusan kerja dan beberapa acara penting. Meskipun ini bukan percutian biasa, Tya tetap membawa tanggungjawab besar sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak bongsunya, Aghnia.
Sepanjang berada di sana, Tya tekun mengepam susu badan setiap hari, berusaha memastikan anaknya tetap menerima susu ibu walaupun berjauhan. Perjalanan ini bukan sekadar merentas benua, tetapi mencerminkan pengorbanan dan dedikasi seorang ibu yang tidak pernah lalai dalam amanahnya terhadap keluarga.
Dengan nada kecewa, Tya menamatkan kisah ini dengan ucapan sinis, “Terima kasih @malaysiaairlines atas pengalaman ini.” Ia bukan sekadar kehilangan fizikal, tetapi juga luahan hati seorang ibu yang telah berkorban demi anaknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu hilang 4 anak, seorang menantu sekelip mata, status whatsApp terakhir jadi petanda. Perjalanan yang sepatutnya menjadi detik menggembirakan bertukar menjadi peristiwa hitam apabila lima sekeluarga terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, tengah malam semalam.
Tragedi ini bukan sekadar satu kemalangan ngeri, ia meragut nyawa satu pasangan suami isteri muda bersama tiga adik ipar mereka, sekali gus menghancurkan harapan dan kebahagiaan sebuah keluarga yang merancang untuk berhari raya bersama sanak saudara di kampung.
Mangsa-mangsa yang maut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan dalam perjalanan ke rumah bapa saudara mereka di Jerantut bagi menghadiri kenduri korban keluarga. Mereka ialah Muhammad Ikmal Ishak, 26, pemandu kenderaan dan suami kepada Nur Arfiqah, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, isteri Ikmal dan tiga adik Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli Aziz Jaafar, 21, Mohamad Azizul, Hakimi Aziz Jaafar, 19 dan Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17
Kemalangan berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah Toyota Alphard. Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ibu kepada empat daripada mangsa, Zaini Noh, 52, menyatakan bahawa sejak awal dia sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Beliau beberapa kali melarang anak-anaknya untuk pergi, lebih-lebih lagi kerana beliau sendiri tidak sihat dan tidak dapat menyertai perjalanan itu.
“Saya cakap dengan mereka, kalau mak tak pergi, tak payahlah pergi. Tapi mereka bersungguh-sungguh sangat nak pergi.”
Namun dek keinginan untuk bersama keluarga dan menyertai kenduri korban yang dianjurkan oleh bapa saudara mereka, mereka tetap meneruskan perjalanan. Saudara-mara lain termasuk anak bongsu pasangan itu telah bertolak sehari lebih awal menaiki dua lagi kenderaan.
Kali terakhir Zaini melihat anak-anaknya ialah pada hari Selasa, apabila mereka datang mengambil barang sebelum bertolak. Mereka semua kelihatan ceria, tanpa menunjukkan sebarang petanda akan berlaku sesuatu yang buruk.
Beliau mengingati kisah yang diceritakan oleh rakan-rakan arwah anaknya, bahawa anak ketiganya, Mohammad Zulkifli, sempat membelanja 10 orang kawannya makan nasi bungkus sebelum bertolak. Tindakan itu kini menjadi kenangan terakhir yang amat menyentuh hati mereka yang mengenalinya.
“Saya tengok mereka semua ceria masa kali terakhir jumpa… saya tak sangka itu kali terakhir.”
Abang kepada Muhammad Ikmal, Muhammad Ridzuan Ishak, 33, masih terkesan dengan apa yang dilihatnya pada malam kejadian. Sekitar jam 10 malam, beliau sempat melihat status WhatsApp adiknya yang berbunyi:
“Itulah jalan pertama dan terakhir akan dilaluinya.”
Kata-kata itu yang pada mulanya dianggap biasa, rupa-rupanya menjadi petanda bahawa perjalanan malam itu adalah yang terakhir buat mereka berlima.
Ridzuan yang bekerja sendiri berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya adalah pada hari Rabu, ketika semua adik-beradik berkumpul di Taman Malar, Tambun, Perak. Ia merupakan pertemuan yang tidak disangka akan menjadi kali terakhir mereka berjumpa.
“Arwah memang periang dan sangat disenangi keluarga. Saya tergamam bila terima berita.”
Berita kemalangan diterima keluarga dalam suasana yang sangat mengharukan. Ridzuan menerima panggilan telefon daripada abang kepada isteri adiknya sekitar jam 1.30 pagi. Pada mulanya beliau tidak percaya, namun setelah mendapat penjelasan, hatinya luluh dan tidak mampu berkata apa-apa.
Sementara itu, Zaini dan suaminya menerima berita itu melalui jiran mereka yang menghubungi dan memberitahu tentang kemalangan. Namun, berita sebenar bahawa semua anaknya telah meninggal dunia hanya diketahui kemudian. Detik itu menghancurkan hati seorang ibu yang baru sahaja melihat anak-anaknya ceria beberapa jam sebelumnya.
“Jiran telefon, kata anak eksiden, tetapi dia tak cakap lagi pasal meninggal. Dah lama lepas itu baru kami tahu semua dah tak ada.”
Pada mulanya, keluarga bercadang mengebumikan jenazah di Tambun, namun atas permintaan keluarga mentua arwah, jenazah kelima-lima mangsa akhirnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan, Perak.
Solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek Bota Kanan pada hari Sabtu, dalam suasana penuh pilu. Sanak saudara, rakan-rakan dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan terakhir kepada lima insan yang pergi serentak dalam tragedi yang menyayat hati ini.
Kini, Zaini dan suaminya hanya tinggal dua orang anak, anak sulung dan anak bongsu. Walaupun berat, mereka memilih untuk reda dengan takdir Tuhan.
“Apa saya boleh kata… saya reda,” ujar Zaini dalam esak tangis yang ditahan, menunjukkan ketabahan luar biasa seorang ibu yang kehilangan hampir seluruh isi rumahnya dalam sekelip mata.
Bayi 3 bulan maut dipercayai tertindih lengan bapa yang tidak bernyawa. Allahu isteri mana tidak sedih apabila mendapati bayi bongsu dan suaminya telah meninggal dunia.
Terbaru, seperti mana yang dilaporkan Sinar Harian seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang tidak bernyawa akibat terkena serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka.
Azura Abdul Malik, 40 yang pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu Muhammad Nur Daniel Nurul Effendy mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan terkejut apabila melihat keadaan bayinya berada di bawah lengan suaminya, Nurul Effendy Ibrahim, 35, yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Saya terkejut sebab tak ada sebarang kesan darah, bila masuk ke dalam bilik tidur saya lihat kedua-dua yang berada di atas katil tidak sedarkan diri.
“Ketika itu saya mendapati suami tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya dan masa kejadian bayi saya masih bernyawa, namun keadaanya begitu lemah,” kongsi Azura.
Ibu malang itu juga terus membawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, namun malangnya anak bongsunya itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Seperti mana dilaporkan juga, suami kepada Azura telah meninggal dunia di kediamannya akibat serangan jantung.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd Supian Md. Dali panggilan kecemasan telah diterima daripada pihak hospital pada jam 9.58 pagi.
“Pasukan telah membuat pemeriksaan di kediaman sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berahaya (Hazmat) dibatalkan,” katanya seperti mana dipetik Sinar Harian.
Wanita bila stres jangan berdiam diri. Sebagai seorang wanita terutamanya mereka yang bekerjaya pastinya akan berhadapan dengan stres. Jika bukan kerana masalah di tempat kerja, anda juga tidak akan lari tekanan di rumah.
Tolonglah jangan sering menyimpan stres dalam diam. Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, solat dengan khusyuk atau journaling. Ingat, hati yang tenang mencerminkan jantung yang sihat.
Terutama bagi wanita 35 tahun ke atas, ujian tekanan darah, kolesterol dan gula darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pencegahan itu jauh lebih baik daripada rawatan. Ingatlah Jantung bukan sekadar organ, tetapi pusat kasih sayang, kekuatan dan kehidupan seorang wanita. Jaga ia seperti mana anda menjaga keluarga, kerjaya dan impian.
Sama ada brisk walk, yoga atau stretching pagi, aliran darah yang lancar akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih efisien. Cuma 30 minit sehari sudah cukup memberi impak besar!
Fokus pada makanan tinggi serat seperti oat, buah beri, sayur hijau dan ikan berlemak (salmon, sardin) yang kaya Omega-3. Elakkan makanan bergaram dan bergoreng yang mengganggu tekanan darah.
Wanita sering menyimpan stres dalam diam. Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, solat dengan khusyuk atau journaling. Ingat, hati yang tenang mencerminkan jantung yang sihat.
Tidur kurang dari 6 jam setiap malam boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Wujudkan rutin tidur yang tetap, dan jauhkan gajet sejam sebelum tidur.
5.Kawal Berat Badan Ideal Obesiti menjadi pencetus utama tekanan darah tinggi dan diabetes – dua musuh utama jantung. Kira BMI anda, dan urus berat badan dengan penuh disiplin dan kasih sayang terhadap tubuh sendiri.
6. Berhenti Merokok & Kurangkan Alkohol Rokok menyempitkan saluran darah, menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Bagi wanita, kesannya lebih agresif kerana hormon estrogen juga boleh terjejas.Lakukan Pemeriksaan Jantung Secara Berkala
7.Terutama bagi wanita 35 tahun ke atas, ujian tekanan darah, kolesterol dan gula darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pencegahan itu jauh lebih baik daripada rawatan.
Bagi mereka yang memerlukan rawatan jantung terbaru Institut Jantung Negara (IJN) telah melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pusat perubatan pertama di Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan implan perentak jantung dwiruang tanpa wayar pertama di dunia, iaitu Abbott AVEIR™DR.
Pakar Perunding Kanan dan Pengarah Klinikal Intervensi Elektrofisiologi dan Peranti Boleh Diimplan Datuk Dr Azlan Hussin berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen IJN dalam menetapkan piawaian baharu untuk menjadi peneraju rawatan jantung di Malaysia dan serantau.
“Perentak jantung dwiruang tanpa wayar ini bakal memperbaiki penjagaan pesakit sedia ada dan mencipta peluang untuk merawat lebih ramai pesakit, termasuk kanak-kanak.
“Dengan pemansuhan penggunaan wayar dan poket pembedahan, sistem perentak jantung baharu ini mengurangkan risiko komplikasi seperti jangkitan, wayar tercabut, atau salur darah tersumbat,” ungkapnya.
Pada masa yang sama Dr Azlan juga berkata komplikasi jangka panjang lazimnya antara satu hingga dua peratus, atau dalam sesetengah kes ia lebih rendah berbanding perentak jantung konvensional.
Setakat ini, 18 pesakit sudah menerima peranti baharu ini, dengan implan pertama dilaksanakan pada 27 Mei, hasil pengalaman lebih sedekad IJN dalam teknologi perentak jantung tanpa wayar, menyaksikan hampir 900 pesakit telah menjalani prosedur melibatkan teknologi baharu itu.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kenali kisah inspirasi Aunty T’s dan Rezeky Tomyam dalam siri Mencari Kedai Lejen, dua restoran penuh sejarah, resipi warisan dan semangat luar biasa yang wajib ditonton.