Tungku Hambat Angin, Boleh Cuba Tak Perlu Tunggu Berpantang

Mak-mak boleh saja cuba amalkan penggunaan tungku hambat angin ini. Tak perlu tunggu waktu berpantang baru nak tuam-tuam bahagian berangin tu. Ini cara tradisional yang masih diguna pakai dan bagus untuk buang angin dalam badan.

Kata, Trainer di World SPA Therapy & Consultancy, Puan Sarifa Redzuan II, “kalau perut berangin macam dicucuk-cucuk, angin tersekat. Nak buang angin dan membuang pun jem.”

Kaki sampai sejuk, badan lemak. Maka, terus buat tungku.”

Cara Sedia Tungku Hambat Angin

 

 

1. Panaskan batu.

 

Tungku Hambat Angin, Boleh Cuba Tak Perlu Tunggu Berpantang

2. Susun daun lengkuas 2 helai, Daun kunyit 2 helai dan Daun cekur 2 helai di layur sedikit dan diletakkan atas kain batik yang hendak di balut tungku.

3. Tabur sedikit lada hitam serbuk atas daun.

4. Tabur boreh jika ada.

 

Tungku Hambat Angin, Boleh Cuba Tak Perlu Tunggu Berpantang

5. Angkat batu yang telah dipanaskan ke atas susunan daun.

6. Balut dengan daun tersebut.

7. Balut dengan kain bati.

 

8. Sebelum tungku, sapu true love magical spell elixir di seluruh perut dan kawasan yang hendak di tungku

9. Mulalah bertungku. Hati hati jika terlalu panas. Letak di perut kain tuala dahulu jika 
tungku itu terlalu panas.

10.Tungku sekali di pinggang, serta kaki

11. Lepas tungku sapu true love magical spell elixir untuk kesan yang lebih baik.

Badan sedap giler! Buang angin ja ni.

Cubalah!

Tip : Amalan bertungku bukan sahaja untuk mereka yang dalam pantang. Laki perempuan boleh bertungku tau. Kaki yang lenguh, bahu ketat, tengkuk yang sakit serta pinggang yang sakit sangat sesuai bertungku ni.

MW : Haa.. kalau penat-penat balik kerja tu, boleh cuba bertungku cara ini. Kalau dapat bertungku waktu hujung minggu lagi seronok. Lebih relaks dan tak terkejar-kejar waktu.

Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II