Tumbuk pemandu wanita, anggota tentera ditahan Polis. Seorang anggota tentera telah ditahan pihak berkuasa selepas terlibat dalam insiden menumbuk seorang wanita yang memandu kereta di Jalan Persiaran Senawang 4, dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.
Tumbuk Pemandu Wanita, Anggota Tentera Ditahan Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan berhubung insiden tersebut.
“Penahanan telah dibuat dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan mangsa yang berumur 28 tahun, menyebabkan lebam di rusuk kanan serta bengkak di bahagian belakang kepala,” katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.
Beliau turut menjelaskan bahawa kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana pelaku disyaki menyebabkan kerosakan ke atas kenderaan milik mangsa.
Rakaman kejadian yang tersebar di TikTok menunjukkan suspek bertindak agresif terhadap mangsa selepas dipercayai berang anaknya dilanggar kereta yang dipandu wanita terbabit. Lelaki tersebut dilaporkan telah menumbuk kepala wanita itu dua kali. Adik kepada mangsa turut mendakwa bahawa kakaknya ditendang di bahagian perut.
Mohamad Hatta memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 10.15 malam dan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia serta dua pejalan kaki – seorang wanita berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia 7 tahun.
“Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia dalam perjalanan dari Mydin Senawang menuju ke arah Senawang, dan ketika tiba di lokasi kejadian, dua pejalan kaki itu tiba-tiba melintas jalan.
Ads
“Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, pemandu tersebut tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran,” katanya.
Lelaki tersebut dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu gagal mengawal kemarahan bertindak menyerang pemandu wanita berkenaan.
Beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua pejalan kaki mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk mendapatkan rawatan.
Kes turut disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Ads
Dalam pada itu, pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkenaan insiden ini yang boleh menimbulkan ketegangan serta menyeru agar semua pihak mematuhi undang-undang.
Tambahnya, masyarakat juga dinasihatkan supaya lebih berwaspada ketika melintas jalan dan berhati-hati di kawasan sesak bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Usahawan terkenal, Asyraf Khalid, baru-baru ini melancarkan jenama daging premium pertamanya, AK Meat, yang menawarkan pelbagai pilihan daging Wagyu berkualiti tinggi.
Pelancaran AK Meat ini disebabkan kecintaan Asyraf terhadap daging Wagyu, yang menjadi kegemarannya sejak 15 tahun lalu, ketika menyambung pengajiannya di Melbourne, Australia.
“Kenapa Wagyu? Sebab bagi saya, tiada daging lain yang boleh menandingi rasa dan kualiti Wagyu.
“Kelembutan daging yang meleleh di mulut dan rasa yang luar biasa menjadikannya pilihan utama saya dan kalau nak tahu saya hanya makan daging wagyu sahaja.
“Ia bukan sekadar makanan biasa, tetapi merupakan pilihan utama dalam setiap hidangan saya terutamanya masakan steak. Tak kisahlah daging wagyu itu dari Australia atau Jepun,” kata Asyraf.
Pada pelancaran AK Meat Khamis lalu, turut hadir para selebriti yang juga merupakan keluarga Asyraf iaitu ibu tirinya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, serta isterinya Tya Arifin selain rakan perniagaan dan teman rapat lain. Pada majlis itu, Asyraf telah menyajikan steak daging wagyu dengan membelanjakan sehingga RM30,000 buat tetamu-tetamu yang hadir.
Tambah Asyraf, keputusannya untuk mengambil langkah berani dalam melancarkan AK Meat kerana daging Wagyu premium ini bukan sekadar berkaitan perniagaan semata-mata tetapi juga untuk berkongsi nikmat daging kegemarannya itu dengan masyarakat.
“Setiap hidangan AK Meat adalah lebih daripada sekadar makanan, ia adalah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pelanggan saya.
“Jangan keliru, AK Meat bukan sebuah restoran, tetapi ia adalah perniagaan daging premium yang dipesan secara dalam talian dan kemudian dihantar terus ke rumah. Beberapa lori AK Meat juga akan berada di masjid-masjid tertentu dan boleh dibeli terus dari sana,” ujarnya.
Sementara itu, Asyraf turut berterima kasih kepada rakan niaganya iaitu Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan pasukan DAEM, yang telah banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan impian beliau.
Selain menawarkan produk daging premium, Asyraf menegaskan bahawa AK Meat kini bersedia untuk menjadi jenama pilihan utama dalam pasaran daging premium di Malaysia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam episod kali ini, program Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise meneruskan misi menyantuni insan-insan yang diuji dengan kesempitan hidup.
Kali ini, perjalanan membawa mereka ke Melaka, menyelami kisah seorang bapa tunggal yang cekal serta sebuah keluarga yang berjuang menghadapi dugaan kesihatan yang berat.
Abdul Rahim Wahab, seorang duda yang kehilangan isteri tercinta, kini memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya. Hidupnya bagaikan roda yang sentiasa berputar, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tanpa pekerjaan tetap, Abdul Rahim bergantung hidup terhadap hasil laut dan melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Namun, cabaran hidupnya tidak terhenti di situ. Dua daripada anaknya merupakan pemegang kad OKU, menjadikan tanggungjawabnya lebih berat berbanding insan biasa.
Walaupun diuji dengan kesusahan, Abdul Rahim tidak pernah mengeluh. Baginya, anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Kesabarannya dalam membesarkan mereka yang istimewa menjadi bukti keteguhan seorang ayah dalam mendepani kehidupan yang tidak menentu.
“Arwah isteri meninggal dunia pada tahun 2022 ketika umat Islam bergembira menyambut Hari Raya. Walaupun sudah hampir tiga tahun berlalu, segalanya berlaku dalam keadaan yang mengejutkan.
Namun saya bersyukur, dapat melaksanakan tanggungjawab menjaga arwah ketika dia sakit sehingga ke akhir hayat,” ujar Abdul Rahim berkongsi sedikit momen Istimewa bersama isterinya bersama pengacara, Haze Huzir.
Kehidupan seharian Abdul Rahim banyak berkisar mengenai anak-anak terutamanya dua anaknya dikategorikan sebagai orang kelainan upaya, sekaligus menuntut waktu dan perbelanjaan yang besar dalam mengharungi pelbagai aspek kehidupan.
“Anak sulung mempunyai masalah pembelajaran dan kategori lembam, manakala anak kedua pula mempunyai masalah penglihatan. Sebagai bapa sudah semestinya saya ingin melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan. Namun apakan daya, Allah datangkan ujian ini kepada saya,”ujar Abdul Rahim lagi.
Selain dua orang anak yang memiliki kad OKU, abdul Rahim turut dikurniakan seorang anak perempuan yang kini mencecah usia 17 tahun. Namun, perjalanan hidup yang penuh dugaan dan ujian memberi tamparan hebat untuk remaja ini meneruskan Pelajaran apatah lagi selepas ibunya meninggal dunia.
“Semasa ibunya sakit, anak perempuan saya menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat. Namun dia ‘hilang motivasi’ untuk belajar selepas kematian ibunya.
Harapan untuk melihat dia meneruskan cita-cita arwah ibunya tidak kesampaian apabila dia enggan meneruskan pelajaran. Kini, dia bekerja di taska dan tidak ambil SPM disebabkan tiada semangat selepas kematian ibunya,”ujar Abdul Rahim pasrah.
Kali ini, kunjungan penaja, Perfume Paradise ke kediaman Abdul Rahim turut membawa kejutan meraikan hari lahir bapa kepada tiga anak yang kebetulan jatuh pada hari penggambaran dilakukan.
Pihak penaja yang diwakili oleh Nur Afiqah Amran, pengasas Perfume Paradise bersama Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari turut menyampaikan beberapa sumbangan untuk meringankan beban keluarga ini serta memberi sedikit sokongan dan motivasi untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.
Riak wajah terharu tergambar di wajah insan ini yang banyak menanggung kesedihan dalam dirinya demi membesarkan anak-anak yang lebih memerlukan perhatian dari dirinya.
Selain menziarahi keluarga Abdul Rahim, kru Kongsi Kasih dan Perfume Paradise turut berkesempatan bertemu dengan Mhd Amin Md Ali, seorang pesakit buah pinggang tahap akhir yang perlu menjalani rawatan dialisis setiap dua hari sekali.
Hidupnya yang bergantung kepada rawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia tetap tabah menghadapi ujian yang mendatang.
Penyakit buah pinggang kronik adalah keadaan yang menyebabkan fungsi buah pinggang merosot secara perlahan-lahan dari masa ke masa. Pada peringkat akhir, buah pinggang gagal berfungsi sepenuhnya, menyebabkan pesakit bergantung kepada rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.
Keadaan ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk tekanan darah tinggi, diabetes, dan penyakit genetik. Selain kesan fizikal yang melemahkan, pesakit juga berdepan dengan beban emosi dan kewangan dalam menjalani rawatan berterusan.
Bersama isterinya, Shafaah, pasangan ini menetap di rumah waqaf sewa di bawah seliaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Kesukaran hidup yang mereka hadapi benar-benar menyentuh hati, apatah lagi dengan keadaan kesihatan Mhd Amin yang semakin meruncing. Namun, dalam keterbatasan, mereka tetap berusaha menjalani kehidupan sebaik mungkin.
Melalui episod kali ini, Kongsi Kasih dan Perfume Paradise bukan sekadar menyantuni mereka yang memerlukan, tetapi turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini.
Lebih daripada itu, program ini membawa mesej bahawa dalam kesusahan, pasti ada sinar harapan jika kita saling membantu dan prihatin terhadap sesama insan.
Setiap episod Kongsi Kasih mengajak kita merenung erti sebenar keikhlasan dan pengorbanan. Semoga kisah-kisah ini menjadi inspirasi buat semua untuk terus menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang dalam kesusahan.
Jangan lupa saksikan Kongsi Kasih musim ke 4 setiap jumaat jam 7 malam.
Kongsi Kasih Musim ke-4 kini lebih wangi dengan Perfume Paradise.
Anak yatim dibelasah bapa pelajar, penjaga rumah amal TBQ buat laporan polis. Tindakan tidak berhati perut seorang lelaki gara-gara anaknya dikacau di sekolah, seorang kanak-kanak yatim berusia 7 tahun menjadi mangsa belasah lelaki tersebut.
Insiden ini didedahkan oleh Herman Sudil yang juga pengasas kepada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal di media sosialnya semalam. Malah dirinya turut berkongsi wajah kanak-kanak itu yang menangis dipukul orang dewasa termasuk memaklumkan mempunyai bukti anak ini menangis disepak.
Menyuarakan hal ini di facebooknya, menurut Herman bapa pelajar itu tidak sepatutnya menghukum dengan menyepak anak yatim ini hanya kerana perlakuan kanak-kanak di sekolah.
“Budak lelaki melasak itu biasa namun menjatuhkan hukuman sebegini (menyepak) adalah perbuatan tak betul sama sekali.Kalau pun kenakalan seorang budak,biar sekolah uruskan bukan disepak sesuka hati kerana kanak-kanak dikacau.
“Berani kau sepak 3 kali sampai terhentak ke tembok #anaktbq yang umur 7 tahun ini sebab dia kacau anak engkau kat sekolah? Apa pun kenakalan budak kat sekolah, biar pihak sekolah yang uruskan. Bukan bapak lebih besar dan fizikal kuat sepak pelajar itu,”katanya yang tak akan menarik balik laporan polis sudah dibuat olehnya berhubung insiden ini.
Dalam pada itu, dirinya turut menjelaskan, sudah meminta semua saksi yang melihat anak jagaan mereka dibelasan agar membuat laporan polis.
“Bapa pelajar ini siap mengugut kalau anak jagaan TBQ mengacau anaknya lagi. Dia dulu kecik-kecik tak main gaduh-gaduh atau nakal dengan kawan kelas ke? Normallah budak lelaki macam tu. Report kat pihak sekolah bukan ambil tindakkan macam negara ini tiada undang-undang.
“Bayangkan kalau setiap mak bapak pergi sekolah belasah budak kecik yang kacau anak mereka, macam mana? Cuba anak kau pulak nakal, aku datang sepak 3 kali. Boleh terima?
“Ini anak yatim yang JKM hantar sebab ada kes. Punya payah TBQ Amal nak kasi dia normal balik jadi macam kanak-kanak biasa sebab kes trauma yang beliau lalui. Tiba-tiba engkau nak pukul budak ni macam tiada orang tua jaga dia?
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.