
Isi Kandungan
ToggleCantiknya bila bergaya dengan cardigan atau baju longgar yang dipakai pada bahagian luar. Cardingan ni ‘penyelamat’ untuk para wanita dan mak-mak untuk nampak lebih bergaya, elegan malah lebih sopan.Terutamanya bila nak cepat, pakai blouse atau tshirt, dan sarungkan je cardingan dah boleh terus keluar berjalan.
Mudah je nak buat sendiri. Mak-mak yang pandai menjahit tu boleh ikut pola dan langkah demi langkah cara nak buat cardigan seperti yang diajar oleh tukang jahit dari Nurul Taylor Creation ini.
Berikut perkongsian daripada Cik Nurul Hidayah Husni sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
2 meter bidang 60 Kain Cromo Crepe
Piping
Pola Asas buat lakaran macam ni untuk (Saiz L)
Pola belakang dan depan
Cara Membuat:
1.Bahagian badan depan.Tanda 12 inci dari tepi pola. Curve freehand je. Tak payah guna pembaris.
2.Macam ni ye untuk badan belakang. Ambil je macam biasa tak payah zip.
3.Kemasan guna piping yang dah siap tu. Jahit dalam longkang.
4.Selepas itu, kebelakangkan piping dan tindih setepi.

Info Ekstra!
- Selain kain jenis cromo crepe, boleh juga gunakan kain yang jenis ‘memeri’ seperti kain chiffon untuk menghasilkan cardigan yang cantik dan beralun.
- Asasnya seperti jahit kurung moden juga. Sebab ada lengan, cuma kena lebihkan sikit dari kurung moden.
- Bahagian leher macam buat leher bulat juga turun 11 cm.Dari 11 cm tu sama Line dengan 12 inci tu.
- Belakang tak perlu zip.Jadi kain lipat dua tak perlu dibelah untuk ruangan zip.
Semoga bermanfaat!
Mak-mak yang pandai menjahit dan nak cuba kelainan, boleh cuba buat cardingan ini sendiri.Ikut pola yang diberikan dan langkah yang ditunjukkan.
Selamat Mencuba!
Sumber: Cik Nurul Hidayah Husni
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Letak Majerin Dalam Adunan, LEMPENG KELAPA Elok Tak Melekat Di Kuali

Isi Kandungan
ToggleLempeng memang hidangan tradisi ramai yang suka makan.Lebih-lebih lagi kalau ada lebihan kuah kari, asam pedas atau sardin, rasanya memang ‘ngam’ dan boleh makan bertambah-tambah.
Namun walaupun bahan-bahan nak buat lempeng ni mudah, kalau tak tahu cara yang betul, adunannya mudah melekat di kuali jika tak disapu minyak terlebih dahulu. Malah jika tak pandai sukatan pekat dan cair adunan ini, itu yang membuatkan lempeng ni keras, dan tak membulat cantik.
Nak dapatkan tekstur lempeng yang lembut, sedap, cantik membulat dan tak melekat di kuali rupanya kena tambahkan sedikit marjerin.
Tip dan resipi ini dikongsikan oleh Puan Misza Manap sebagai rujukan;
“Alhamdulillah arini buat lagi lempeng kelapa + sambal sardin. Fav anak-anak.Mintak maaf sangat-sangat sebab lambat edit resepi. Sis seller barangan online. Dari rumah je jadi busy pack dan pos parcel.”
Bahan-Bahan:
3 cawan Tepung gandum
1 biji Telur gred B
1 senduk Kelapa parut
sesudu kecil Garam
2 sudu Marjerin pelangi
Air (cair dia macam buat kueh ketayap/gulung)
Cara Membuat:
Campur semua bahan-bahan, kacau sampai sebati. Ambil bancuhan adunan dan letakkan atas kuali, biarkan sampai masak guna api perlahan.
Info Ekstra!
- Kalau dah letak marjerin sis tak sapu minyak dekat kuali, memang tak melekat.
- Sis guna pan kecil je dan guna api paling slow. Takde rahsia lain.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat
Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
MW: Jadi bila nak buat lempeng, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Jangan lupa tambahkan sedikit marjerin, jadi adunannya elok tak melekat dekat kuali tak perlu sapu minyak.
Sumber: Misza Manap
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jaga Kulit Dulu, Baru Pakai Mekap” Dr Alina Hasni Akui Wanita Sekarang Lebih Tenang Hadapi Masalah Penjagaan Wajah

Isi Kandungan
Toggle“Jaga kulit dulu, baru pakai mekap” itulah antara kata nasihat daripada Pengasas Dermalene Sdn. Bhd., Dr. Alina Hasni. Bermula sebagai doktor perubatan, kini Dr. Alina telah menerokai bisnes dermatologi dengan Dermalene.
Bertindak sebagai skin life partner atau rakan kulit anda, produk dan servis Dermalene adalah untuk membantu mereka yang kurang masa terluang, dan mahukan pelan pengurusan kulit jangka masa panjang untuk kulit mereka. Penjagaan kulit bukan sesuatu yang bersifat intensif tapi juga bersifat konsisten.
“Jaga Kulit Dulu, Baru Pakai Mekap”
Dr. Alina juga menasihati untuk wanita di luar sana agar menjaga dahulu kulit wajah sebelum bermekap.
“Protect first, then beautify. Jaga kulit dulu, baru pakai mekap. Skin first, make-up second”, ungkap Dr Alina ringkas. Bukan itu sahaja perihal kecantikan juga sebenarnya tak sama jika dibandingkan zaman dahulu dengan masa kini. Sebelum ini jika timbulnya sebutir jerawat mahupun parut di muka sudah cukup meresahkan, namun wanita zaman kini dilihat lebih terbuka menerima ketidaksempurnaan.
“Kini kita boleh melihat wanita dengan tenangnya menerima bintik-bintik di wajah, garisan penuaan yang semakin nyata kerana sudah wujudnya teknologi terkini yang dapat menawarkan solusi segera” luah Dr Alina.
Cabaran Wanita Masa Kini
Masalah wanita masa kini bukan lagi tentang masalah penjagaan wajah, namun lebih kepada pengurusan masa dan penjagaan kesihatan mental.
“Cabaran wanita zaman sekarang adalah lebih kepada bagaimana mereka membahagikan masa antara kerja dan peribadi. Ekoran itu, tekanan atau peringkat stres sentiasa berada dalam keadaan tinggi, dan sudah semestinya hal ini tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan mahupun kulit untuk jangka masa panjang. Dan di sinilah Dermalene berfungsi,” terang Dr Alina.
Ibu kepada tiga anak ini juga juga berkongsi perihal kulit kini kepada perusahaan sendiri tidak semudah disangka. Memulakan karier sebagai pegawai perubatan pada tahun 2010 selepas menamatkan pengajian dari Russian State Medical University, di Moscow. Enggan berpuas hati, dilanjutnya lagi pengajian Master dalam bidang Clinical Dermatology dari Cardiff University dalam pada masa yang sama meneruskan latihan dalam kampus d University Hospital of Wales, di mana diperakui salah satu universiti terbaik dalam dalam bidang dermatologi.
Dermalene bermula dari sebuah halaman FB yang sekadar berkongsi ilmu kulit, kerana tidak mahu terlalu selesa Dr. Alina akhirnya mengambil keputusan drastik untuk keluar dari ‘circle’ rakan niaganya lalu berazam menubuhkan perniagaan sendiri
Mahu lari daripada stereotaip ‘beauty is pain’, pusat spa rawatan kulit, Dermalene Skin Centre (Dermalene) membawa alternatif baharu dengan menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan kulit ‘non invasive’.
Rawatan ini lebih selamat dan tiada kesan sampingan di mana pesakit dirawat menggunakan teknologi medikal yang canggih untuk memulihkan kesihatan kulit, malah tiada penetrasi atau suntikan dilakukan.
Dr. Alina Hasni berkata terdapat 19 jenis rawatan yang ditawarkan dan terbahagi kepada kumpulan masalah kulit.
“Rawatan di sini sangat personalize di mana kami setiap masalah kulit punya penawar tersendiri. Apa yang penting, rawat dan ‘maintain’ kerana ia memerlukan penjagaan jangka panjang.
“Kami juga tidak mengamalkan rawatan berasaskan suntikan. Dermalene mengekalkan integriti kulit bagi memastikan ‘skin barrier’ dilindungi dan sihat. Kami menjangkakan ramai akan beralih ke rawatan ‘non-invasive’ kerana kajian dilakukan di mana daripada pembedahan plastik, pengguna beralih ke rawatan invasif seperti botoks serta filler, dan kini lebih ramai memilih alternatif yang tidak menyakitkan.
“Kami mahu pesakit menua dengan semulajadi tanpa toksin,” kongsinya mengatakan Hydrafacial antara rawatan yang paling popular di Dermalene.
Selepas 10 Tahun Tak Boleh Ubah Apa Ada Di Wajah
Dr. Alina juga menambah walaupun pemulihan selepas rawatan mengambil masa, namun ia lebih selamat untuk kulit.
“Kita harus memilih bagaimana untuk memperbaiki atau merawat kulit supaya ia menjadi lebih sihat dan berkembang dengan baik seiring dengan masa. Selepas 10 tahun, kita tak boleh ubah apa yang pernah dibuat kepada wajah,” sambungnya yang turut meraikan pembukaan cawangan ke-10 dengan Kempen Jualan Akhir Tahun dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik.
“Matlamat kami dengan acara ini adalah untuk meraikan penjagaan diri, kesejahteraan, dan kecantikan sambil menghayati semangat komuniti.
“Di Dermalene Skin Centre, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan keyakinan pada diri semula jadi anda. Slogan kami, “Kulit Anda Hanya Lebih Baik,” menggambarkan misi kami untuk meningkatkan, bukan menyembunyikan keperibadian anda. Kami memberi tumpuan kepada memberdayakan anda untuk mencapai kulit yang berseri dan sihat yang mencerminkan vitaliti dan kesejahteraan dalaman anda,” kongsinya lagi.

Sempena pelancaran ‘December to Remember’, nikmati tawaran eksklusif apabila anda mendapatkan minimum dua pakej rawatan istimewa dan berpeluang menerima tudung elegan dari jenama terkenal, Sugar Scarf.
Baca Disini : Aloe Vera Gel Bagus Untuk Perawatan Kulit Wajah & Tubuh, Begini Cara Guna
View this post on Instagram
A post shared by Skin & Wellness Centre | Pusat Rawatan Kulit & Kesihatan (@dermalenegroup)
View this post on Instagram
A post shared by Skin & Wellness Centre | Pusat Rawatan Kulit & Kesihatan (@dermalenegroup)
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Tips Penting Cili Kisar Tahan Lama Lebih 3 Minggu,Tekstur Halus Gebu & Tak Berbau Hapak!

Isi Kandungan
ToggleCili kisar sangatlah penting bagi mak-mak yang suka masakan pedas.Lebih-lebih lagi bagi mak-mak yang rajin memasak, stok cili kisar dalam kuantiti yang banyak memang WAJIB ada untuk memudahkan waktu memasak nanti. Cuma menjadi masalah bila buat cili kisar dalam kuantiti yang banyak ialah ia mudah rosak, tak tahan lama dan berbau hapak.
Ada macam-macam tips yang mak-mak boleh cuba untuk mengekalkan ketahanan cili kisar ini dalam tempoh yang lama. Yang paling penting kaedah pembuatan cili kisar ni kena betul. 3 tips penting yang kena patuhi, cuci cili yang direbus sehingga air bersih, masukkan bawang besar ketika kisar cili dan masukkan air tapisan.
Berikut perkongsian oleh Puan Ya Norma sebagai panduan mak-mak yang nak buat cili kisar agar tahan lama;
“Hari ni saya nak share rahsia cili kisar tahan lama lebih kurang 3 minggu kalau simpan dalam peti ais.Tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nanti bila menumis banyak minyak sangat dekat masakan.”
“Tips ni saya dapat dari Mak mertua saya.Bila saya praktikkan sendiri,memang betul tahan lama.Yang penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangatt dan palinggg best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu je”.
“Nampak tak hasilnya? cili tu macam agar-agar kan bentuk dia?
ok,yang ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam, memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut mcam agar-agar”.
Cara Membuat:
1. Gunting cili besar nipis-nipis untuk senang keluarkan biji.Saya gunting nipis dan serong.
2. Letakkan cili yang digunting tadi tu ke dalam bekas penapis jarang-jarang macam ni.Ketuk-ketuk sikit penapis tu bagi biji cili keluar.
3. Kemudian basuh cili yang digunting tadi tu dengan air paip kemudian letakkan dalam bekas untuk direbus cili tu.
4. Rebus sehingga mendidih ya, api dapur sederhana saja..sebab nanti kalau api kuat,air mendidih tu menggelegak jatuh ke bawah.
5. Biarkan mendidih seketika..tips saya,saya letakkan senduk tak bagi air menggelegak jatuh ke bawah.
6. Ok dah selesai tutup api dapur, tapis balik cili tadi tu kedalam penapis ni balik.
7. Ini tips penting. Kemudian basuh cili tu dengan air paip bersih-bersih sampai HILANG warna air basuhan cili tu..ala kalau tengok air basuhan dah jadi warna putih merah sikit tu maknanya dah cuci betul dah laa..jangan pula tunggu sampai warna air jadi putih, memang tak putih la sebab yang dibasuh tu cili berwarna merah.
Tips basuhan ini penting tau,ini untuk mengelakkan cili rebus dari bau hapak..tips dari MIL saya juga.
Dah settle basuh,letak dalam blender yer.
8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR.Masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender,potong-potong besar dulu yaa.jangan masukkan seketul besor tu pulakk..rosak blender nanti.
Ikut suka nak letak bawang holland ke bawang besar biasa, kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis.
9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu..agak-agak paras cili tu. Nanti bila dah kisar sekali bawang, memang jadi likat elok.

Kali ni cili kisar saya buat tak banyak,kalau cili tu paras setengah blender,saya letak bawang dalam 2 biji besar.
10. Taraaaa ini lah hasilnya, tak banyak pun sebab stok cili dah habis dah dekat rumah sebab itu lah sikit saja.
11. Nampak tak halus gebu saja hasil blender ni.
Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat.
Sumber: Ya Norma
MW: Perkongsian tips yang menarik dan bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak buat cili kisar kuantiti yang banyak tu boleh cuba tips yang dikongsikan ini.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI