Suka betul tengok deko ruang tamu kediaman bertemakan ‘farmhouse rustic’ ini. Pemiliknya, Norpadilah Binti Afandi bijak menggunakan bahan yang ada di sekeliling kediaman untuk mengubah ruang tamu asal ke tema diinginkan.
Hampir kesemua deko dan DIY di ruang tamu dibuat sendiri. Walaupun ada baby umur setahun lebih, tak halang ibu ini untuk bertukang. Hebat kan!
“Nak kongsi serba sikit perjalanan transformasi ruang tamu saya dari warna pumpkin kepada tema farmhouse rustic. Makan masa hampir dua tahun juga untuk kumpul material sebab hampir semua DIY sendiri.”
Modal hanya beli langsir ( sebab masa tu PKP, kedai kain semua belum boleh operasi ), cat, kayu batang penyapu buat rod langsir, besi L bracket kedai ecoshop, bantal-bantal gebu, dan karpet.
Yang DIY
Dinding batu saya buat shiplap guna pen marker saja ( sebab takde bajet )
Meja kopi box dari pallet
Meja console dari pallet
Rak dari laci terpakai
Box crate dari pallet
Hiasan-hiasan dinding dari tingkap, frame gambar lama dan daun pintu terpakai.
“Sofa tu pun sebenarnya owner dia dah buang jadi saya repair semula. Sangat-sangat low bajet cuma makan masa dan tenaga since saya buat semua sorang-sorang dan ada baby umur 1 tahun 4 bulan. Tapi berbaloi lah semua kesabaran tu.
Daun pudina atau lebih dikenali mint selalu dijadikan penambah aroma menyedapkan makanan mahupun minuman. Namun, nak digunakan sedikit sahaja, bila disimpan tak tahan lama, mudah rosak dan membazir. Daripada beli, lebih baik tanam sendiri daun pudina ini di rumah.Lebih jimat dan bebas racun serangga.
Namun buat mak-mak yang dah cuba tanam daun pudina namun sering tak berjaya sebab daun kecil, tak subur merimbum dan pokoknya mudah mati, boleh cuba kaedah semai guna keratan batang yang dikongsikan Pyan Sempoi sebagai panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
Cara semai pokok pudina / mint guna keratan atau pucuk
“Start tanam guna pucuk dan keratan pada pertengahan Februari 2019. Masih hidup subur sampai sekarang. Sebulan sekali terpaksa pangkas sebab terlalu rimbun.”
“Senang ja nak tanam dan jaga pokok pudina ni..letak kat tempat yang kena panas pagi saja dan siram 1-2 hari sekali.”
Cara saya semai guna keratan dan pucuk:
1. Ranting yang sihat dan berdaun lebar.
2. Buang daun bahagian bawah, sisakan pucuk /2 helai..potong separuh daun tu.
*Potong daun separuh untuk mengurangkan pengewapan.Tapi kalau tak potong pun boleh. Cuma jangan banyak-banyak daun..2 helai cukup.
3. Cucuk ke media yang telah dilembapkan. Minimum 1 ruas (mata tunas) ditanam. 2-3 lebih baik. Media yang saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit.
4. Letak kat tempat teduh, nak sungkup/tutup boleh. Tak nak pon boleh asalkan tak kena panas/hujan sebelum tumbuh tunas baru.
5. Siram sikit-sikit jika media dah kering.
Selepas seminggu jika masih fresh, InsyaAllah akan berjaya dan hidup subur.
Hasil setelah 18 hari semai. Yang dari pucuk dah mati. Yang hidup ni dari batang bawah..nampak tak 2 daun yang dipotong separuh masih ada lagi.Masih subur walaupon dah berumur 8 bulan lebih.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, elak membazir boleh tanam sendiri daun pudina di rumah cuba kaedah dan tip yang dikongsikan ini.
Kelebihanan mengecat lantai menggunakan Epoxy Paint ini bukan sahaja merubah wajah menjadikan bilik air lebih cantik dipandang, malah dapat menyelesaikan masalah seperti bocor celahan mozek, jubin lantai kekuningan sebab karat, mozek licin dan sebagainya.
Namun demikian, ada sebabnya jika mak-mak ada merancang untuk mengecat lantai di bilik air mengggunakan Epoxy Paint, sebaiknya elak pilih warna gelap. Bukan apa, warna lantai di bilik air memainkan peranan penting dalam kebersihan dan keselamatan diri.
Ini pesanan yang dikongsikan oleh Puan Intan Lianasebagai panduan;
Sedikit nasihat buat yang ingin mengecat lantai bilik air dengan Epoxy.Kalau boleh sila elakkan menggunakan warna hitam atau gelap seperti gambar contoh ini kerana :
1.Tak Nampak Najis
Kalau ada najis tak nampak dan mungkin akan terpijak balik dan bawa keluar dari tandas.
2. Tak Nampak Binatang Berbahaya
Ada cacing,lipan atau binatang lain tak akan nampak dan merbahayakan kerana bilik air adalah tempat kesukaan mereka.
3. Kotoran Mudah Melekat
Cat Epoxy ni sangat mudah melekat kotoran (pengalaman sendiri) dan selalu sangat kena cuci.Bila dah warna gelap,ada kotoran pun kita tak nampak dan walaupun tak nampak,kotoran dah ada dilantai.
Sebaliknya, kalau bahagian dapur pula, dapur yang bagus letak warna cerah sebab mudah nampak kotoran dan kita akan cepat-cepat bersihkan.
Semoga menjadi panduan buat yang baru merancang nak buat atau yang dah buat.
Susu pekat manis boleh dikatakan barang ‘wajib’ setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Untuk membuat minuman yang bersusu, kuih muih dan sebagainya. Harga satu tin susu pekat manis ni, boleh tahan mahal jugak harganya.
Buat mak-mak yang selalu guna susu pekat manis ni, sebenarnya boleh buat sendiri je susu ini di rumah.Hanya guna 4 bahan. Cukup mudah dan lebih menjimatkan, tak perlu lagi beli di kedai.
Jom ceduk resipi susu pekat manis yang dikongsikan oleh Syazwani Bakhari ini;
“Terima kasih yang sudi berkongsi resepi *SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE* Jimat, tak payah beli dah hat dalam tin lepas ni. Selamat dan dijamin bersih. Sekali buat dapat banyak pula tu.”
Bahan-Bahan:
1 cawan air panas
½ cawan marjerin
2½ cawan gula halus
300g susu tepung
Cara Membuat:
1.Masukkan air panas, gula, marjerin dan susu tepung ..blend je semua sampai halus.siap!
p/s: Kalau kurang manis campur gula lagi kalau cair letak lagi susu tepung. Adjust ikut nak takat mana, cayaq ka pekat.
Selamat Mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Senang je rupanya nak buat susu pekat manis sendiri di rumah. Tak payah lagi nak beli kat kedai malah lebih jimat!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...