
Isi Kandungan
ToggleHari raya juga merupakan hari meraikan tetamu datang ke rumah. Selain hidangan berat seperti mee goreng, nasi boleh juga sediakan pencuci mulut yang sedap dan mudah disediakan buat mereka.Mak mak boleh cuba resipi Tiramisu Teh Tarik yang dikongsikan oleh AJ Idris ini. Cukup senang dan cepat dibuat, 10 minit dah siap.
Berikut perkongsian tersebut;
Musim raya ni, kalau tetamu datang mengejut bolehlah cuba buat Tiramisu Teh Tarik sebagai hidangan penyelamat.
Selalu tiramisu dengan kopi, kan?
Meh cuba Tiramisu Teh Tarik ni pulak. Sedap dan buat pun senang sangat ni. Buat sambil pejam mata je tak sampai 10 minit.
Bahan-Bahan:
Teh tarik secawan
Satu setengah peket biskut lady finger
Setengah cawan cream cheese*
Suku cawan gula ising*
Suku cawan susu tepung*
Campur semua bahan bertanda * dalam mangkuk, gaul sebati. Tak yah mixer, saya gaul dengan sudu je.
Cara Membuat:
1.Celupkan biskut dalam teh tarik, kemudian susun biskut dalam bekas.(Jangan celup lama sangat nanti lembik).
2.Lapiskan bahagian atas biskut dengan campuran cream cheese tadi.
3.Ulang step sampai lapisan ketiga. Pada lapisan terakhir ni, lapiskan campuran keju tadi dengan banyak.
4.Lepas tu terpulang nak hias dengan apa pun. Saya taburkan serbuk coklat je.
5.Simpan dalam fridge paling kurang setengah jam kalau boleh.
Saya tak boleh, tak menyempat.
Selamat dah.

Senang, kan?
Selamat mencuba.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mudah je nak sediakan pencuci mulut ni, bahan-bahan pun tak banyak. Sesuai disediakan buat tetamu yang datang, dan paling penting sedap.
Sumber: AJ Idris
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kentang Goreng Crunchy Tak Lembik, Rendam Dalam Air Berais 5 Minit SEBELUM Goreng!

Isi Kandungan
ToggleKentang goreng ni biasanya anak-anak memang suka. Nak-nak kalau makan panas-panas dan cicah dengan sos cili mahupun mayonis.Tapi selalunya bila kentang ni kita goreng sendiri, selalu jadi lembik tak ‘keras’, rangup macam yang selalu kita beli.
Rupanya kena rebus kentang sekejap dan rendam dalam air berais selama 5 minit sebelum digoreng. Barulah kentang goreng jadi crunchy dan tak lembik!
Wanita ini kongsikan resipi dan caranya. Kena cuba!
Berikut perkongsian Puan Suhaniza Isenen sebagai rujukan;
“Anak-anak memang suka kentang goreng ni. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi lagi-lagi anak kak haney memang makan kentang goreng hari-hari.Tapi selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat”.
Haaa ni kak haney nak bagi rahsia kentang goreng tu tak lembik. Meh cuba!
RESEPI RAHSIA KENTANG GORENG CRUNCHY
Bahan-Bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak tu angkat). Kalau hirisan tu tebal kita rebus, jika tak boleh je skip step ni.
4. Angkat dan sejukkan didalam air beserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. Pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. kemudian gaul dengan tepung Bistari dan ibu roti sehingga melekat.
7.Goreng secara ‘deep fried’. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!

Nota: Boleh dinikmati dengan sos pilihan. Nak makan begitu saje pun boleh dah.
#likedanshare resepi ni kat wall ade masa boleh la buat nanti.
Anak-anak mesti suka rangup-rangup. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
Selamat mencuba!
Kak haney
Berkongsi resepi mudah
Baca Lagi Di Sini:
Saintis Dedah Cara Salah Goreng Kentang, Boleh Jadi Penyebab Kanser
Kerepek Labu Rangup Lemak Manis, Kena Jemur Sekejap Baru Goreng!
MW: Macam ni rupanya nak buat kentang goreng jadi ‘crunchy’, tak lembik lepas dah angkat. Buat sendiri lebih jimat, diyakini halal dan terjamin kebersihannya.
Sumber: Suhaniza Isenen
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Duduk Diam-Diam Kat Rumah, Mak-Mak Boleh Masak Resipi Ni Untuk Keluarga

Isi Kandungan
ToggleKetika kita semua diminta duduk diam-diam di rumah atas Perintah Kawalan Pergerakan, sebaiknya mak-mak terutamanya rebut peluang ini masak untuk keluarga tersayang. Mungkin ramai yang sudah lama tidak berpeluang memasak kerana sibuk kerja.
Nak Masak Apa ye?
Sebaik menunaikan solat subuh, pasti ramai yang sedang memikirkan apa resipi yang nak dimasak hari ini sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau minum petang. Kalau boleh nak variasi, taklah asyik makan nasi saja, bosan juga kan.
Sila cuba resipi daripada Chef Sue M. Arukin yang kami kongsikan ini. Mudah jer, janji sedap dan mengenyangkan!
Semak resipi itu di bawah ni ye…
NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu makan mentega
2 biji telur
10 ekor udang segar | bersihkan
2-3 ulas bawang putih | cencang halus
Sedikit cincangan daun bawang | hiasan
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan/cairkan satu sudu makan mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cencangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
- Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
- Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
- Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cencangan daun bawang.Sedia dinikmati.
NASI GORENG PEDAS SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 batang sosej | hiris bulat nipis
2 sudu makan cencangan daun bawang
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi
2cm belacan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
- Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
- Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk spageti/linguine | celur
2 batang jejari ketam | potong kecil
8-10 ekor udang sederhana | bersihkan
5-6 biji cili padi | hiris halus
3 ulas bawang putih | cencang halus
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cencangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan satu sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
- Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
KUETIAU SUP ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
1 paket kuetiau
2 keping dada ayam
10-12 ekor udang saiz sederhana | bersihkan
2 batang kek ikan | hiris
1 batang daun bawang cencang halus
5 ulas bawang putih | cencang halus
10-12 biji bebola ikan
1 liter air
60 gram tauge
1 cawan stok ayam | air rebusan ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.Tumis bawang putih hingga terbit wangi.
- Masukkan air, stok ayam, kepingan dada ayam, kek ikan dan bebola ikan lalu didihkan.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Biar ia mereneh.
- Keluarkan dada ayam dan hiris nipis. Ketepikan.
- Sementara itu, celur kuetiau, udang dan tauge secara berasingan.
- Untuk menghidang, letakkan kuetiau tadi di dalam pinggan, tauge dan udang. Susun hirisan ayam di bahagian atas.
- Hidangkan bersama sup yang mengandungi bebola ikan tadi dan tabur cencangan daun bawang dan cili padi.
MI KICAP BEBOLA IKAN

BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning
50 gram tauge
3 ulas bawang putih | cencang halus
2cm halia | mayang halus
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
¼ sudu kecil pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 cawan air
BAHAN-BAHAN B (SUP):
10-15 biji bebola ikan
3 cawan air
2 ulas bawang putih | cencang halus
½ sudu teh pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun bawang secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Mi kuning dan tauge dicelur berasingan.
- Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak lalu tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan air.
- Tambah pati ikan bilis, garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati.
- Tuang kuah kicap ini ke dalam pinggan berisi mi dan tauge yang telah dicelur tadi.
- Untuk membuat sup; panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air, pati ikan bilis dan bebola ikan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa. Tabur cencangan daun bawang.
- Hidangkan mi kicap tadi dengan sup bebola ikan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Lompang Labu, Bau Harum Lemak-lemak Manis Buka Selera Nak Makan

Isi Kandungan
ToggleKuih lompang labu boleh dicuba sebagai menu kuih muih untuk dihidangkan buat santapan seisi keluarga. Buah labu banyak khasiatnya. Warna kuning pada kuih lompang mampu memancing selera.
Biasanya labu kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ini. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @ fridajoincoffee ini. Pasti puas hati.
RESIPI KUIH LOMPANG LABU
BAHAN-BAHAN:
250gm labu – kukus
125gm tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
150gm gula
125ml air
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya
Bau Harum Lemak-lemak Manis Buka Selera Nak Makan
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.
2. Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.
3. Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.
4. Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan kuih lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya. Hidangkan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat dalam pelbagai warna. Setiap warna mempunyai keunikan tersendiri dalam melindungi penyakit. Bahan ini dikenali sebagai fitokimia. Fitokimia inilah yang memberikan warna yang menyerlah pada buah-buahan dan sayur-sayuran
APAKAH FUNGSI FITOKIMIA?
Selain daripada membekalkan warna yang menarik pada buah dan sayur, fitokimia juga berfungsi sebagai antioksida semula jadi yang berupaya untuk mencegah penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit jantung serta meningkatkan sistem pertahanan badan.
Fitokimia yang terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti:
*Lycopene
*Anthocyanins
*Beta-karotin
APA ADA DALAM WARNA?

Kuning/Jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning-jingga kaya dengan karotenoid yang dikenali sebagai beta-karotin. Beta-karotin akan ditukar menjadi vitamin A.
Beta-karotin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning-jingga seperti keledek, lobak merah dan labu membantu dalam peningkatan sistem pertahanan tubuh dan kesihatan mata.
KHASIAT LABU:
Kredit resipi & foto: Mak Frida @ fridajoincoffee Kementerian Kesihatan Malaysia dan myhealth.gov.my
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI