Masuk saja bulan Ramadan, mak-mak tentu dah fikir nak buat biskut raya kan! Tahun ni boleh dikatakan harga biskut raya pun boleh tahan juga, jadi lebih baik buat snediri baru puas hati.
Namun, tak semua mak-mak ‘rajin’ nak buat biskut raya. Bimbang tak menjadi, keras, hangus, kembang dan sebagainya. Daripada membazir, lebih baik beli saja.
Bagi mak-mak yang baru belajar nak buat biskut raya tahun ini, boleh dapatkan panduan ini, mungkin ia boleh membantu dan jadikan biskut raya ‘terpaling’ sedap yang pernah buat, kan!
Beberapa tip yang bukan setakat untuk mak-mak amatur tapi boleh dijadikan panduan buat semua. Maklumlah, ada masanya sukatan dah betul tapi tetap tak jadi. Boleh rujuk panduan ini.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
Ads
2) Jangan gunakan telur saiz besar kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekaligus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Ads
8) Bagi biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
Ads
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak-mak yang nak buat biskut raya tahun ini ye.
Boleh dikatakan baju t-shirt menjadi salah satu koleksi yang paling banyak di rumah. Sebabnya, inilah pakaian hari-hari bila di rumah. Sejuk dan selesa.
Masalahnya, bila pakai beberapa kali, leher baju t-shirt mula mengembang dan tak elok, mulalah nampak macam baju lama.
Kalau tak nak baju t-shirt mengembang dan Kembali normal, pakar dobi ini berikan tip untuk baju Kembali normal dan nampak macam baru.
Menurut Nexcy, leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.
Contohnya gantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas, kesannya ia meregang terutama di bahagian leher.
Daripada buang, ada cara untuk pulihkan baju t yang mengembang ini dengan cara pakar dobi Nexcy dari Jepun ini
Caranya:
Langkah 1
Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
Langkah 2
Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
Langkah 3
Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T
Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Mingguan Wanita : Jangan terus buang atau langsung tak pakai, ada cara nak bagi tshirt kesayangan kembali seperti baru.
Sawi antara sayur berdaun hijau yang kita sering gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah. Jimat kos dan paling penting bebas racun dan di tanam secara semula jadi. Selain menggunakan biji benih yang kita beli di pasaran, sawi juga boleh ditanam dengan hanya menggunakan pangkal keratan batangnya.
Ini cara yang dikongsikan oleh WeekendBaker sebagai panduan;
Alhamdulillah.Sawi yang saya tanam dari lebihan masakan, ni saya dah tuai daunnya untuk masak dan saya tinggalkan beberapa daun di pokok.
Cara saya, saya tinggalkan dalam 3 inci batang lebihan masakan kemudian rendam dalam air selama 4,5 hari sampai nampak pucuk baru.Tapi saya tukar air hari-hari untuk elak air jadi busuk.
Bila dah tumbuh daun baru saya tanam macam biasa. Tapi memang takkan nampak akar ok.Gambar last adalah rendaman yang baru saya buat hari ni. Air tak perlu banyak.
MW: Mak-mak yang suka berkebun dan bercucuk tanam di rumah tu, boleh cuba tanam sawi sendiri di rumah ikut kaedah ini. Mudah sahaja, daripada batang sawi di buang begitu sahaja, boleh juga cuba semai semula.
Ada famili yang gemar makan buah nanas. Sekali beli bukan sebiji dua, mahu tiga empat biji. Bila makan, tidaklah dihabiskan semuanya. Jadi macamana cara simpan nanas tu.
Mungkin kupas sebiji, selebihnya simpan. Bila simpan macam gitu saja, ada kemungkinan nanas yang baru dibeli itu akan jadi cepat rosak.
Wanita ini, Huda Zainal berkongsi tip praktikal cara menyimpan nanas agar lambat rosak. Bagi penggemar nanas, tip sebegini amat bermanfaat untuk dirinya dan keluarga.
Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam...