Kemesraan Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza seringkali menjadi perhatian umum. Setelah berkahwin, Memey tidak lagi aktif dalam industri seni dan memilih untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan rumah tangga.
Sebagaimana pasangan lain, Norman dan Memey juga selesa bertolak ansur dalam menguruskan rumah tangga. Sudah tentu bagi Norman sendiri, urusan rumah tangga harus dikongsi bersama dan bukannya menyerahkan bulat-bulat kepada isteri. Tinggalkan amalan-amalan orang lama yang meletakkan segalanya di bahu isteri.
Pasangan bahagia ini turut mengakui bahawa biarpun karektor keduanya berbeza tetapi perbezaan itu yang melengkapkan mereka. Sebagaimana Norman yang merupakan seorang suami yang agresif, Memey pula sebagai isteri menjadi penenang bila berdepan dengan satu-satu masalah dalam rumah tangga.
Tinggalkan Amalan Konservatif, Isteri Bukan Orang Gaji
“Tip kepada suami di luar sana, sebagai suami kita perlu give and take dengan pasangan. Jangan jadi seperti kebanyakan suami zaman dahulu, lepas makan pinggan tak angkat. Kita kena tinggalkan amalan zaman konservatif yang telah berlalu.
“Dari semasa ke semasa cuba perbaiki diri bila rasa diri terlalu dominan, kita kena lebih fleksibel. Isteri bukanlah orang gaji, sayangilah mereka selagi mereka masih ada di depan mata”- Norman Hakim.
Ada sebabnya Norman memberi pesanan sedemikian.
Borak Kelamin Episod 9
Tugasan dalam rumahtangga tidak pernah akan habis. Kadang kadang seorang isteri dianggap macam “superwoman’ & boleh buat semua benda, tapi tak semestinya semua isteri perlu lakukan semua kerja.
Solusinya, suami perlu membantu dalam sama sama menjalankan tugasan dalam rumahtangga. Terutamanya bila dah ada anak yang ramai & isteri perlu menjadi suri rumah sepenuh masa. Seperti tetamu jemputan minggu ini, Norman Hakim & Memey Suhaiza tampil berkongsi pengalaman dalam pengurusan hal hal rumahtangga.
Cerita Dalam Kain pula membawakan kisah seorang wanita bekerjaya yang mengalami masalah untuk menguruskan rumahtangga selepas tamat tempoh perkhidmatan bekerja & dikhabarkan pula pembantu rumahnya perlu pulang ke kampung lalu telah menyebabkan berlaku pertelingkahan antara beliau dan suami dalam pembahagian tugasan menguruskan rumah tangga.
Saksikan Borak Kelamin, membincangkan tentang topik Isteri Bukan Orang Gaji, Isnin 26 April jam 9 malam, di Astro Ria & On Demand. Ulangannya pada Jumaat, jam 12 tengah hari di saluran yang sama.
Baca Juga Di sini:
Suami Sama-samalah Pikul Kerja Rumah, Dulu Raja SEHARI Sekarang Macam Orang Gaji
Sikap Tolak Ansur Dipergunakan, Layanan SUAMI Kepada ISTERI Umpama Orang Gaji
Isteri Ditukar Jadi Orang Gaji Selepas Berkahwin, ‘Tak Boleh Sakit, Apalagi Mengadu Penat’
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI