Isteri Ditukar Jadi Orang Gaji Selepas Berkahwin, ‘Tak Boleh Sakit, Apalagi Mengadu Penat’

Sungguhlah.. perkahwinan itu sebenarnya untuk apa? Isteri itu untuk apa? Sebagai peneman hidup, atau orang gaji yang boleh disuruh-suruh bila-bila masa. Penat isteri tak pernah suami nak hadam, siap dituduh mengada-ngada pula.

Membaca catatan BroOhsem, Akhtar Syamir ini banyak benarnya. Tolong lah wahai suami, fikirlah sedalamnya anda mengahwini isteri anda untuk apa.

Isteri Untuk Jadi Orang Gaji

Sudikah kau menjadi orang gajiku?”

Saya bagi situasi. Anda fikirkan logik dia. Dikongsi dari pm.

Suami jarang bagi nafkah. Bila bagi, selalu minta balik. RM10, RM10, RM20. Nampak kecil tapi bila kerap, nafkah yang diberi tu umpama dipulangkan semula dah. Duit yang diberi kena sentiasa ada apabila diminta.

Isteri dimarahi guna duit dekat pakaian dan keperluan lain. Duit barang dapur habis beli barang dapur pun dipersoalkan kenapa habiskan.

Isteri buat bisnes kecil-kecilan. Duit keuntungan yang sedikit tu pun selagi tak habis, dia akan minta sedikit demi sedikit. Apabila duit berkurangan, isteri dipersalahkan. Salah isteri kerana tak pandai menyimpan.

Penjagaan diri isteri semakin terabai. Beli barang-barang kecantikan, dikatakan membazir.
Isteri pergi kelas bisnes untuk tambah ilmu dan terpaksa hantar anak-anak ke rumah mak kerana suami sibuk bermain game, tak boleh diharapkan untuk jaga. Ini pula dikatakan lebih mementingkan bisnes dari anak-anak. Anak-anak terabai katanya.

IKLAN

Tiada Peluk Cium, Katanya Zaman Itu Dah Berlalu

Game sudah menguasai diri. Balik kerja game. Masa dengan isteri, masa dengan anak dah tiada. Tidur lewat, bangun lewat. Merungut tekanan tempat kerja.

Bila isteri tidak sihat pun dimarahi kerana tiada siapa yang nak uruskan anak dan buat kerja rumah.

Masa bagi isteri sentiasa tidak cukup. Rumah, anak-anak, bisnes untuk tambah pendapatan keluarga.

Isteri rindu nak peluk suami macam dulu. Nak berbual-bual dan bermanja. Tiada langsung masa berbicara, berbincang. Suami cakap zaman tu dah berlalu.

IKLAN

Isteri tertekan. Emosi tidak terjaga dan tidak dipedulikan. Kadang-kadang terlepas kemarahan kepada anak dan menangis menyesal selepas anak dimarahi dan dipukul.

Suaminya harapkan isteri yang kemas teratur bila dia balik kerja. Anak-anak makan elok-elok tak main-main, tak sepahkan barang. Rumah perlu sentiasa kemas tiada kotor satu pon bila dia balik. Isteri tak boleh sakit kalau boleh. Malah, isteri tak boleh mengadu penat.

Isteri Jadi Orang Gaji Selepas Berkahwin

Serabut? Ini realiti para isteri sekarang. Jangan cakap benda sebegini tak berlaku. Saya banyak terima pm macam ni.

Kesimpulannya. Isteri ditukar menjadi orang gaji selepas berkahwin.

IKLAN

Suami : Cari rezeki, main game, rehat. Emosi isteri kena jaga. Masa perlu dihormati.
Isteri : Cari rezeki, uruskan rumah, uruskan suami, uruskan anak. Emosi tak perlu jaga. Itu semua memang tanggungjawab seorang isteri. Masa isteri perlu dihabiskan untuk keluarga.

Berubahlah. Jangan aniaya isteri sendiri. Jangan tukar orang yang anda cintai menjadi orang gaji. Sekurang-kurangnya orang gaji pun akan dapat gaji. Tapi isteri jadi lebih teruk dari itu.

Fikir semula anda nak kahwin untuk apa? Untuk ada teman seumur hidup atau untuk ada orang gaji seumur hidup?

Kepada isteri yang di dalam keadaan sebegini. Anda perlu lebih tegas. Suami perlu tahu apa yang bakal dia hadapi dan hilang jika anda tiada lagi. Kadang-kadang orang tidak sedar sampailah masa bila dia kehilangan segala-galanya.

Jangan terasa jika anda bukan begini. Ini saya tunjukkan apa yang dilalui isteri yang di dalam perhubungan toksik begini. Saya tidak pukul rata. Harap faham. Perkongsian ini untuk dijadikan sempadan.

MW : Suami yang membahagiakan hati isteri, dirinya akan bahagia sama. Inilah sifir rumah tangga paling lejen dan terbukti kebenarannya.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir, saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. http://t.me/broohsemfans BroOhsem

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI