Memang terbaik tindakan pantas dan berani yang dilakukan oleh pemandu grab dan orang ramai dalam menggagalkan cubaan ragut di depan Menara Felda FGV,Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi video Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh pengguna FB Ronel Rekk, kejadian cubaan ragut tersebut dilaporkan berlaku pada Ahad lepas sekitar jam 8.23malam.
Dalam video berdurasi selama 1.13 minit tersebut memaparkan seorang wanita muda berbaju kelawar kuning sedang berjalan di ruang jalan kaki, sebelum berlaku pergelutan dengan dua orang peragut yang sedang menunggang motor.
Orang Ramai Bantu Mangsa Ragut
Namun demikian, tindakan pantas dan berani pemandu grab dengan melanggar motor peragut, disusuli dengan bantuan beberapa orang ramai yang turut membantu mengepung dan menangkap peragut daripada terlepas.Peragut juga berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sikap murni ‘abang grab’ tanpa berfikir panjang akan kerosakan motor yang akan dialami demi membantu mangsa ragut menarik perhatian ramai. Ramai yang bersedia menghulurkan bantuan kewangan untuk menampung kos membaiki kerosakan pada motor tersebut.
Ads
Ads
Tindakan pantas, berani dan prihatin orang ramai ini wajar dijadikan contoh apabila berhadapan dengan kes jenayah sebegini. Peragut juga diserahkan kepada pihak polis, dalam keadaan sempurna tanpa berlaku pergelutan pertumpahan darah.Biar polis sahaja yang menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka.
Berikut antara reaksi orang ramai atas kejadian ini;
Tindakan pengkid pergi umrah malah merakan video dalam pakaian ihram di hadapan Kaabah di Tanah Suci Makkah mengundang kemarahan di kalangan orang ramai.
Gusar dengan keberanian tidak bertempat individu yang dikenali sebagai ‘Mohd Syahid’ atau ‘Ayid’ ini, Dr Azila Mohd Kasim berkongsi pandangan. Betapa tidak mudah untuk seseorang yang mahu menunaikan umrah melepasi pintu masuk ke negara Arab Saudi.
Berdepan dengan pegawai imigresen nya saja boleh buatkan pelancong ketar lutut. Apalah lagi jika tidak pandai berbahasa Arab. Dan dari pengelamannya, dia tahu ianya tidak mudah.
Setiap check point masuk negara Saudi di kawal ketat. Pegawai imigresen semua perempuan Arab dan garang-garang belaka. Tau tau jelah kan kalau pegawai perempuan yang jaga, cerewet kannn. Mereka sangat-sangat teliti periksa passport. Kemudian scan 4 jari tangan tau, bukan ibu jari. Tak lepas..kena ulang lagi. Tak lepas ulang lagi sampai lepas.
Lepas tu scan muka guna kamera, sama ada sama tak dengan gambar passport. Kalau pakai facemask kena buka. Kadang-kadang cermin mata pun kena buka. Panik dan gemuruh hanya Allah yang tahu.
Semasa nak balik juga pemeriksaan sangat ketat. Boleh pula mereka cakap Arab dengan kita. Bila kita tanya semula dalam bahasa English, mereka bantai balas semula cakap Arab.
Dah macam nak luruh jantung, nak terkincit pun ada. Padahal nak balik negara sendiri. Sesungguhnya kalau tiada mutawif yang pandai berbahasa Arab mahu nangis kena tinggal hahaha.
Kes pengkid yang hangat sekarang ni masuk Saudi guna pas pelancong. Kemungkinan besar berpakaian perempuan ketika check point di airport. Dalam beg bagasi sudah ada kain ihram dan pakaian lelaki.
Bila dah selamat check point, beliau cabut jubah dan tudung. Masa ni tiada sesiapa check dah. Berdosa lah..
Kita tak mahu Allah murka. Jika dihukum kita semua akan terima sama hukuman nya. Masih ada lagi manusia tidak belajar kes Covid-19. Ianya suatu teguran kerana pondan pergi umrah pada tahun yang sama ketika itu.
Kasihan..ibadah umrah mereka juga sia-sia kerana tidak mematuhi syarat pantang larang berihram. Hanya dapat penat sahaja.. Astaghfirullah.
Sebab tu nak buat ibadah kena ada ilmu. Kita pergi Mekah pergi Madinah..tanah suci..walaupun guna pass pelancong tetap tidak sama seperti kita bercuti di negara lain. TIDAK SAMA.
Berdoa lah supaya anak-anak dan keturunan kita dijauhi dan dilindungi sifat-sifat yang membawa bala bencana ke atas seluruh umat Islam.
Ini gambar airport Jeddah baru sewaktu kami timbang bagasi mahu pulang ke Malaysia.
Sekian, semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Kejadian tular pengkid pergi umrah dengan pakaian ihram ini perlu ditangani dengan tegas. Semoga tiada lagi kejadian seumpama ini yang berlaku.
Kongsi saat cemas anak dijangkiti Covid-19, sebagai seorang ibu paling merisaukan apabila anak yang disayangi dijangkiti virus bahaya.
Begitu jualah yang dialami oleh pelakon serba boleh Mira Filzah apabila anaknya yang baru berusia tiga bulan, Wan Khair Amir disahkan positif Covid-19 dua minggu lalu.
Lumrah seorang ibu yang melahirkan, Mira seperti mana dilaporkan Harian Metro akui dirinya bagaikan hilang punca dan menangis apabila diberitahu anak sulungnya itu dijangkiti Covid-19.
Pemilik nama sebenar Amirah Filzah Badioezaman itu juga tidak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan.
“Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair.
“Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu.
“Kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif Covid-19. Enggan mengambil risiko saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif.
“Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan.
“Kita yang dewasa pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan,” terang Mira Filzah.
Ralit pula bila tengok video tutorial mekap di media sosial. Nampak macam senang cara nak tenyeh alat mekap kat muka. Ada juga yang mekap tak sampai 10 minit siap.
Video tutorial mekap di medai sosial ini ada baiknya sebab ia mengajar cara solekan yang minimalis dan tak kurang yang tebal. Ada juga macam-macam solekan yang boleh dikatakan agak berlebihan.
Semua video tutorial mekap ini, mungkin juga berkaitan untuk menjual produk mekap masing-masing dengan tunjuk warna pilihan dan kesesuaian dengan kulit wajah.
Rupanya, video tutorial mekap ini boleh jatuh haram sebab ia ditonton oleh beribu-ribu orang, bukan saja perempuan tapi lelaki. Inilah antara ulasan yang dikongsikan oleh Sri A’jilah.
Berat saya nak tulis tentang perkara ni. Ia berkaitan hukum. Tapi, saya rasa saya perlu tulis supaya lebih ramai orang yang tahu. Saya sendiri pun tak arif berkaitan hal ni.
Saya ada hubungi seorang kawan untuk tanya barang mekap yang dijualnya. Memang selalu sangat dia upload tutorial mekap sebagai salah satu cara marketingnya.
Rupa-rupanya, dia dah tak berjual barangan mekap tersebut. Terkejut juga saya. Bertahun dia buat bisnes ni. Takkan semudah itu dia stop kalau tak ada sesuatu yang berlaku.
“Jual makeup tak haram. Yang haramnya bila aku buat tutorial mekap tu untuk tatapan umum.”
Itu jawapan dia pada saya.
Tapi disebabkan dia betul-betul berazam untuk tak buat tutorial mekap lagi, maka dia tinggalkan semua.
Subhanallah, betul-betul dia berjuang untuk lawan nafsu sendiri. Dia berhenti jual segala jenis mekap supaya tak ada lagi keinginan untuk bertutorial tu.
Allahuakbar, saya dihurung sebak.
Bukan senang tau nak melawan nafsu sendiri. Memang kena berjuang habis-habisan. Lagi-lagi untuk sesuatu yang kita suka buat.
“Betul ke haram buat tutorial makeup?” Saya minta penjelasan lebih lanjut daripada dia.
“Ustaz Adnin ada buat analogi. Orang perempuan ni, mesti tak suka kalau dia lalu, ada lelaki yang pandang je dia, kan?
Kita akan rasa tak selesa dan tak suka. Rasa nak korek je mata orang yang tengok tu. Tapi itu di dunia realiti.
Bila upload video tutorial mekap, beratus ribu orang yang tengok, baik lelaki atau perempuan. Sama ada bujang atau bapak orang, baik tua bangka, mahupun lelaki buaya.
Semua tengok. Dalam keadaan kita duk tenyeh muka sana-sini. Bercantik-cantik untuk orang tengok. Padahal bukan tak tahu, cantik tu untuk suami.
Soheh la berdosa!”
Panjang lebar lagi sebenarnya dia terangkan pada saya. Tapi ini antara point penting yang melekat terus dalam kepala saya.
Entah-entah ada orang save pulak video kita duk tenyeh lipstick tu untuk buat benda tak elok. Aduh, seriau weh!
Saya ada juga terbaca tulisan Ustaz Zulbakri berkaitan hal ni.
Katanya, kalau tak sampai tabarruj (berhias secara berlebihan) boleh saja. Nanti saya letak link artikel di ruang komen ye. Kalian boleh baca sendiri. Takut saya yang salah faham.
Tapi, pendapat peribadi saya dan saya ada juga tanya beberapa orang asatizah, mereka semua sepakat bahawa tutorial makeup yang diupload untuk tatapan umum adalah haram.
Manusia zaman sekarang ni, yang tidak-tidak je dalam kepala diorang. Bab macam ni, lebih baik kita ambil langkah selamat daripada cuba berhusnuzon dengan orang yang tengok tu semata-mata nak teruskan apa yang kita suka buat.
Kawan saya kata, ada kawan-kawan dia yang masih jual barangan mekap dan masih buat tutorial tapi dia buat group khas untuk perempuan sahaja.
Insya-Allah bila kita usaha jaga benda ni, Allah tak akan kurangkan pun rezeki kita. Bahkan kita akan rasa cukup sebab ada berkat di dalamnya.
Saya tulis ni tentang makeup ye. Yang memang menarik minat orang untuk tengok dan telek wajah kita. Kalau berkaitan skincare, saya tak pasti. Sebab skincare ni tak ada warna-warna yang menghias muka, kan?
Bab skincare ni, kalian tanyalah orang yang lebih arif. Wallahua’lam.
Kawan-kawan,
Kalau jalan mujahadah inilah yang akan bawa kita ke syurga, semoga kita terus kuat untuk melaluinya. Semoga kita terus kuat melawan kehendak yang berlawan dengan syarak.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi manfaat dan panduan. Boleh saja nak jual alat mekap, cuma tak perlulah nak marketing dengan buat video tenyek produk mekap.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.