Tiada lagi gurauan daripada suami yang gemar berseloroh apabila mangsa terlibat dalam kemalangan traktor terbalik ke tebing sungai. Traktor tersebut yang dipandunya sendiri terjatuh ke curam tebing sungai.
Sudah tentu isteri dan anak-anak paling merasai kehilangan Mohamad Rizalman Mohamad Nawawi yang gemar bergurau. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkannya di kalangan para solihin. Insyallah.
Tiada Lagi Gurauan Suami
“Tiada lagi gurauan dia yang suka berseloroh dengan saya dan anak-anak, malah malam tadi (semalam) dia banyak berdiam diri,” luah Nur Izyan Suhaila Mohamad, 44.
Dia adalah isteri kepada Mohamad Rizalman Mohamad Nawawi, 42, yang maut selepas parah di kepala apabila traktor dipandunya terjatuh ke curam tebing sungai di Kampung Sakar, Tendong di Pasir Mas pada 11 pagi hari ini.
Nur Izyan berkata, dia mendapat berita kemalangan menimpa suami selepas didatangi rakan mangsa ke tempat dia bekerja di sebuah pasar raya di bandar Pasir Mas, sebelum menghubungi keluarga yang lain.
“Sebaik mendengar berita itu, kaki saya menjadi kaku dan mengambil keputusan untuk tidak ke lokasi kejadian sebaliknya terus dibawa ahli keluarga ke hospital.
“Ketika itu, saya bagaikan bermimpi apabila sudah diberitahu bahawa suami sudah tiada.
“Kali terakhir bersembang dengannya pada awal pagi tadi (hari ini), sekitar jam 7 pagi apabila saya mengejutnya bangun untuk memberitahu mahu menghantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh.
Ads
“Biasanya setiap pagi kami sempat bersarapan bersama tetapi dia tidur semula selepas solat Subuh.
“Saya sangkakan, dia letih kerana memang setiap hari melakukan kerja berat memandangkan dia memang bekerja sebagai pemandu traktor dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Jabatan Forensik Hospital Pasir Mas (HPM).
Nur Izyan yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berusia tiga hingga 14 tahun berkata, suaminya adalah seorang yang sangat peramah malah disayangi anak saudara dan adik-beradik yang lain kerana sikapnya yang suka bergurau dan baik hati.
“Jika diikutkan, dia memang mahir mengendalikan traktor kerana sudah lebih 10 tahun melakukan kerja itu, namun saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah menjadi ketentuan Illahi.
Ads
“Kini, saya hanya mampu berdoa semoga segala urusan pengebumian dapat dijalankan segera selain diberi kekuatan untuk meneruskan hidup.
“Insya-Allah arwah dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Syafie, Kampung Bechah di Tendong sebaik segala urusan bedah siasat selesai,” katanya.
Traktor Terbalik Ke Tebing Sungai
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila mangsa yang membawa traktor dari Kampung Tendong menghala ke Tal Tujuh berhenti untuk memberi laluan kepada sebuah lori tetapi tayar kenderaan itu jatuh ke dalam curam menyebabkan traktor ini terbalik ke tebing sungai.
“Mangsa didapati meninggal dunia di lokasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Aktan Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: Sudah tiba ajalnya, walaupun berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengemudi traktor. MW merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap isteri serta keluarganya tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
‘Classic Butter Cake’ atau Kek Mentega Klasik memang selalunya dikaitkan dengan kek kegemaran yang mak-mak selalu buat dirumah. Kek mentega ini selalu dihidangkan waktu minum petang untuk anak-anak, mahupun diberikan pada saudara mara jika ada buat kenduri. Mungkin kerana bahan-bahannya yang tak banyak, cara nak buat pun senang je membuatkan kek ini selalu menjadi pilihan.
Mengikut perkongsian resipi oleh Puan Nurul Aini Mohamed Ali, Kek Mentega yang beliau buat cuma menggunakan 4 bahan utama je.Tapi hasilnya, tekstur kek tersebut jadi sungguh gebu dan sedap! Mak-mak yang baru-baru belajar nak buat kek pun boleh cuba resepi ini. Mesti puas hati bila kek menjadi nanti!
Berikut antara perkongsian beliau;
“Classic Butter Cake (kek mak-mak). Sambil minum kopi o dalam hujan dipetang hari oh nikmatnya!”
Resepi simple kek mak-mak dijamin gebu.
Bahan-Bahan:
1 cawan butter atau margerin
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanila
Cara Membuat!
1. Putar mentega bersama gula dan esen vanila hingga mentega bertukar warna putih.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bakar suhu 180’c selama 40minit (bergantung pada oven, guna api atas dan bawah).
Demam Denggi ini boleh jadi bahaya kalau tak segera dirawat. Ada saranan kalau dijangkiti demam denggi rawatilah dengan penawar seperti air 100 plus, sup ketam dan air jambu batu merah.
Perkongsian daripada Puan Azrah Haji Sulaiman tentang satu lagi alternatif perawatan yang boleh dipraktikkan dengan tumbuhan yang banyak hidup di sekeliling rumah kita.
Anda pasti tidak menyangka, pokok liar di tepi rumah kita adalah herba kepada penyakit denggi.
Saya tidak tahu nama pokok ini. Baik nama kampung,atau nama saintifiknya, memang saya tidak tahu. Kenal dah lama. Zaman kecik2 dulu, selalu kutip dan buat main masak2.
Rupanya Pokok Ini Mustajab..
Ketika mama diserang denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi.
Tujuannya untuk naikkan platlet pesakit. Kami pun mencuba. Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platlet mama naik, dan esoknya dilepaskan keluar ward.
Ketika suami saya Imran Arif diserang denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yang dikutipnya di tepi-tepi rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.
Di kesempatan ini, saya share ilmu yang kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yang berkuasa untuk memberi kesembuhan, InsyaAllah.
Cara Makan
1. Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan brown sugar.
2. Kemudian tapis, dan minum.
Nota Kemaskini
√ Pokok ini dikenali dengan sawi langit (Vernonia cinerea)
√ Pokok sawi langit ini hampir sama bunganya dengan bayam pereaksi. Jadi sebelum anda merebusnya pastikan anda pilih dan ambil jenis sawi langit dan bukannya pokok bayam pereaksi.
√ Mudah tumbuh meliar di sekeliling rumah kita. Kadangkala kita akan menyangka ianya cuma rumput biasa.
Sebaknya hati, lihat anak kecil seusia 4 tahun dipimpin ayah masuk ke dalam ambulans. Anak itu positif Covid-19, tapi ibu dan ayah negatif. Terpisahlah si kecil itu dari ibu dan ayah selama dirawat dalam bilik isolasi di hospital.
Tidak boleh berjumpa, tidak boleh dicium apatah lagi dipeluk. Jauh terasing dari mak ayah yang selama ini melayan setiap keletahnya. Allahu..
Dan itulah gambaran hakikat yang akan dilalui oleh sesiapa saja yang positif Covid-19. mereka akan diasingkan. Melalui proses rawatan isolasi.. terasing, yang tidak tahu bila kan berakhir.
Sebak sekali membaca catatan Dr Redza Zainol, doktor yang menjadi barisan hadapan berdepan secara langsung dengan pesakit-pesakit Covid-19. Betapa sunyinya mereka, semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yang diuji.
Rayuan Seorang Ibu Di Bilik Isolasi
Dari pagi mata ni asyik berkaca-kaca.
Sekejap-kejap ditelan air liur supaya air mata tu tak tumpah.
Setiap kali kami masuk ke bilik isolasi, mereka akan tanya.
“Saya positif Covid ke doktor?”
Saya jawab belum lagi. Belum tahu lagi.
Sebenarnya, hari ni giliran saya menjaga 2 pesakit PUI (patient under investigation) Covid-19 dengan kawan.
Seorang ibu dan seorang anak.
Dari awal saya masuk ke bilik pesakit, ibu ni dah merayu supaya ayahnya boleh datang untuk melawat anak.
Sekejap merayu, sekejap menangis. Sampaikan kita pun nak ikut sama menangis.
“Tolong doktor. Tolong saya. Sekejap je.”
Merayu macam mana pun, jawapannya tetap sama.
Pesakit Covid-19 Perjalanannya Memang Sunyi
Maafkan saya, pesakit begini perjalanannya memang sunyi. Banyak masa mereka ini seorang diri.
Tidak ada pelawat. Tak ada penjaga.
Di dalam wad isolasi, lepas selesai memeriksa pesakit, memberi perawatan, semua staf akan sama keluar dan pintu ditutup.
Perbualan hanya melalui walkie talkie atau telefon. Ada masa kami berhubung gunakan papan putih dan marker melalui tingkap kaca.
Banyak masa kami masuk cuma 2 kali sehari, ikut keperluan.
Deritanya menjadi mereka ini hanya Allah yang tahu. Dan saya, saya hanya buat apa yang termampu.
Selebihnya, saya serahkan pada Allah.
Dan setiap kali saya solat, saya doakan moga mereka ni sembuh. Moga kalian pun sama-sama doakan.
MW : Wahai rakyat Malaysia.. teruslah berdoa untuk mereka.. untuk diri sendiri juga. Kita tak tahu doa siapa yang Allah dengar dan angkat, maka berdoalah terus demi kesejahteraan bersama.
Sumber/Foto : Redza Zainol, Jika apa yang dibuat ni masih belum cukup, ampuni hambamu ini ya Allah.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...