“Tiada kesan pecah rumah, duit masih hilang walaupun disorok! Sudah setahun, empat kampung di Kelantan dibelenggu misteri duit hilang.
Bayangkan kejadian ini bukan pertama kali berlaku sebaliknya telah bertahun-tahun lamanya dan dalam masa setahun kebelakangan ini kejadian ini makin kerap berlaku dan merisaukan penduduk kampung.
Setahun DiBelenggu Misteri Duit Hilang
Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian, Kelantan, bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku sejak setahun lalu.
Kejadian difahamkan sudah berlaku lebih 10 tahun lalu tapi tidak secara berterusan.
Penduduk Kampung Parit Raja, Pulong, Chicha dan Kenali kerap kehilangan wang malah ada berjumlah ribuan ringgit lesap secara misteri.
Tiada Kesan Pecah Rumah
Ada penduduk yang mengaitkan misteri itu dengan toyol berikutan tiada kesan pecah rumah dan wang boleh hilang walaupun disimpan di tempat tersembunyi.
Kejadian terbaru dialami kakitangan kerajaan, Sudarwaty Abdul Rajab, 42, pada petang Jumaat lalu apabila kehilangan RM500 yang disimpan di dalam beg tangannya.
“Petang Khamis lalu saya mengambil wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak RM1,000 sebelum pulang ke kampung di Terengganu untuk berjumpa ibu bapa.
“Keesokan harinya apabila ingin menghulurkan wang kepada ibu bapa, saya terkejut kerana mendapati RM500 yang ingin diberikan itu hilang namun enggan bising kerana ini bukan kali pertama berlaku,” katanya.
Ads
Masih Hilang Walaupun Disorok!
Menurut Sudarwaty yang menetap di Kampung Pulong, kejadian seumpama itu sudah setahun dialami namun tidak diceritakan kepada sesiapa selain sanak saudara.
Namun beberapa hari lalu apabila mengetahui kejadian sama menimpa ramai individu lain menerusi satu kumpulan Whatsapp, dia agak terkejut.
Katanya, pelbagai ikhtiar sudah dibuat selain solat hajat termasuk melakukan beberapa tips yang diketahui iaitu jangan membiarkan wang kertas berkeadaan elok sebaliknya lipat atau biarkan ronyok dan apabila dipraktikkan, langkah itu dilihat menjadi.
“Bagaimanapun apabila terlupa membuat tips itu, memang duit akan hilang termasuk wang tabung anak dan walaupun ‘benda itu’ tidak mengambil semua wang tapi apa yang kami perhatikan, dia hanya ambil not RM20 ke atas,” katanya.
Bingung Dengan Misteri Duit Hilang
Di saat penduduk daripada tiga kampung lain itu masih bingung memikirkan misteri itu, komuniti Kampung Pulau Raja pula sudah lega apabila sudah tiada lagi kejadian seumpama itu sejak awal tahun lalu berikutan kawasan itu sudah ‘dipagar’.
Seorang penduduk kampung yang ingin dikenali sebagai Siti, 41, kejadian duit hilang sudah dialami mereka sejak lebih 10 tahun lalu dan pelbagai ikhtiar sudah dibuat sebelum seorang ustaz dirujuk dan memagari kawasan rumah kira-kira 20 penduduk yang kerap diganggu.
Ads
“Sebelum ini memang kami tidak senang duduk kerana kerap sangat hilang wang namun untuk mengaitkannya dengan perlakuan manusia tidak logik kerana tiada kesan, lebih-lebih lagi wang yang di dalam genggaman pun boleh ghaib tiba-tiba.
“Habis ikhtiar kami lakukan termasuk menyorokkan wang dalam peti ais dan menyelit dalam kitab al-Quran tapi ia tetap hilang dan salah satu tips yang dilihat agak menjadi ialah dengan mengepil dawai kokot di hujung helaian wang dengan alat pengokot (stapler).
“Kami juga banyak membuat ikhtiar lain iaitu solat hajat serta merujuk golongan agamawan dan Alhamdulillah selepas ‘dipagar kawasan’ oleh seorang ustaz awal tahun ini, kejadian itu sudah tiada,” katanya.
Mingguan Wanita : Jika manusia yang melakukan perkara ini mungkin lebih mudah, laporkan kepada polis dan pesalah ditangkap. Namun pabila pesalahnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar ianya menjadi sukar. Semoga misteri yang membelenggu penduduk di empat kampung ini dapat dirungkai secepat mungkin.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Bestnya kalau dapat tanam pokok berpasu dalam rumah dan pokok-pokok itu hidup subur menghijau. Masalah kebanyakan mak-mak ini, asal tanam pokok berpasu dalam rumah je mulalah tiba-tiba dia jadi ‘tangan panas’.
Baru beberapa hari, pokok dah layu. Hidup segan mati tak mahu. Beza sungguh dengan tanaman pokok berpasu dalam rumah Puan Muniyati Mohamad. Boleh buat mak-mak rasa tenang habis dan berangan bilalah nak dapat ‘tangan sejuk’ atau ‘greenfinger’ kata omputihnya.
“Berkenaan dengan indoor plant, ini sedikit perkongsian, cara jaga dan tip yang boleh saya kongsikan. Saya pun beginner lagi.” Ujar Puan Muniyati yang sudah mula menanam pokok dalam rumah sejak 3 tahun yang lalu.
Tambahnya lagi, jumlah tanaman yang ada dalam rumahnya ada lebih 30 jenis pokok berpasu. Ada yang jenis kaktus, succulent, keladi malah lidah buaya. Kehadiran pokok-pokok menghijau inilah buatkan dekorasi dalam rumah nampak wow! Rasa tenang bagaikan berada dalam taman.
Yang mak-mak boleh nikmati di rumah sendiri tanpa perlu keluar rumah. Ia juga memberikan bekalan oksigen yang baik kepada penghuni. Malah pokok-pokok ini kan berzikir, jadi ia mengundang ketenangan hati kepada pemiliknya.
Persediaan Sebelum Tanam Pokok Berpasu Dalam Rumah Untuk Yang Baru Nak Mula
1. Pastikan beli pokok yang murah-murah ja dulu. Tak perlu pokok mahal lagi. Kira kalau mati tak stress sangatkan. 2. Pastikan juga pokok-pokok tu jenis yang low maintenance. Mudah cara jaga dia. Atau yang jenis susah mati. 3. Belajar serba sikit tentang pokok tu. Pencahayaan yang perlu dan cara siraman yang sesuai. (Boleh tanya pada tauke nurseri atau penjual pokok itu. Tanya dalam grup tanaman atau melalui pembacaan).
Cara Dan Tip Yang Saya Amalkan
1. Cara jaga bergantung pada jenis pokok yang kita tanam dan medium yang kita guna (tanah @ air)
2. Cari tapak/tempat yang sesuai untuk kita letak pokok mengikut jenis dan kesesuaian pokok yang kita tanam.
3. Pastikan pasu dari jenis yang sesuai dengan pokok kita tu. Ada pokok yang nak kelembapan tanah. Tapi kalau kaktus dan succulent dia nak tanah yang kering.
4. Kalau ada masa atau rajin boleh la berbual-bual dengan pokok. Ada banyak manfaat sembang dengan pokok ni.
5. Selalu perhatikan pokok kita tanam. Kalau nampak lain macam ja. Boleh la cuba ubah tempat atau cara siraman kita.
6. Kalau guna medium tanah boleh lah letak baja yang sesuai. Kalau guna medium air bolehlah tukar seminggu sekali.
7. Kena selalu perhatikan dia. Kalau ada daun rosak kena cepat buang. Kalau ada jangkitan kena cepat rawat. Takut berjangkit dan boleh mati pokok kita.
Rupanya ada teknik dan ramuan istimewa bagi menghasilkan Ayam Goreng Berempah jadi lebih sedap daripada biasa.Menu ayam goreng berempah ini cukup mudah disediakan, aromanya mampu membuka selera dan memang tak cukup seketul, apatah lagi jika dinikmati waktu panas-panas.
Perkongsian resipi ini daripada Puan Najwa Romli. Beliau berkongsi bahan-bahan yang digunakan serta mengajar cara nakmenghasilkan Ayam Goreng Berempah yang bukan sahaja rangup diluar namun tetap lembut didalam. Menurut beliau lagi, resipi ini juga merupakan ramuan yang sama beliau gunakan untuk berniaga.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Ni kakwa nak share resepi ayam goreng rempah yang kakwa buat berniaga. Resepi ni sangat sesuai untuk mak-mak yang super duper bizi mengalah Ketua JKKKKKK hihihi. Yang best sebab boleh simpan dalam chiller hingga 3-4 hari.Terasa nak makan goreng tak sampai 5 minit. Rangup diluar lembut di dalam…ya ampunn..krupp..krapp..rempah dia tu perghh!
Share dan tag lah semua mak-mak yang super duper bizi tu..nak buat berniaga pun boleh. Moga ada keberkatan di situ.”
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam.
1 labuBawang putih
4 batang Serai
3 inci Halia
3 inci Lengkuas
2 tangkai Daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
Cara Membuat:
1.Hiris segala bahan tersebut kecuali daun kari.
2.Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu.Namun boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan 2 sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4.Sambil menunggu perapan ayam tersebut,susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam didalam loyang kukus dan kukuskan ia dalam 20 minit.Biarkan sejuk.Boleh terus digoreng dalam masa 5 minit.
Jika ingin disimpan didalam simpan chiller masukkan kedalam bekas kedap udara. ia mampu bertahan sehingga 3-4 hari.
Isteri maut dipukul suami gara-gara tak mandi. Seorang lelaki dalam keadaan mabuk telah membunuh isterinya dengan sebatang kayu setelah marah kerana isterinya tidak mandi. Lelaki itu kemudian memindahkan mayat isterinya ke kerusi, mendakwa dia tidak menyedari isterinya sudah meninggal dunia. Polis telah menahannya.
Isteri Maut Dipukul Suami Gara-gara Tak Mandi
Pegawai Penyiasat Leftenan Phayung Kulkhamsaeng dari Balai Polis Mueang Roi Et, melaporkan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.50 malam pada 14 Julai mengenai serangan yang mengakibatkan kematian. Insiden itu berlaku di sebuah rumah di Ban Tab Tao, daerah Mueang, wilayah Roi Et.
Sebaik tiba, polis bersama doktor dari Hospital Roi Et dan petugas kecemasan dari Pertubuhan Pentadbiran Daerah Khon Kaen menemui mangsa, yang dikenali sebagai Praitun, 44 tahun, di dalam bilik air rumah tersebut.
Badan mangsa mengalami kecederaan pada kepala yang konsisten dengan pukulan objek tumpul. Mayat itu kemudian dihantar ke unit forensik Hospital Roi Et untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian.
Pelaku, yang dikenali sebagai Watcharin, 53 tahun, suami Praitun, ditemui bersembunyi di dalam bilik air rumah berdekatan dan segera ditahan oleh pihak polis.
Jiran-jiran memaklumkan kepada polis bahawa pasangan tersebut kerap minum arak bersama dan sering bergaduh ketika mabuk. Pada hari kejadian, pertengkaran tercetus selepas Watcharin menyuruh isterinya mandi.
Semasa disoal siasat, Watcharin mengaku memukul isterinya dengan kayu dalam keadaan mabuk dan marah, tetapi mendakwa dia tidak menyedari isterinya telah meninggal dunia. Dia menjelaskan bahawa dia telah memindahkan isterinya ke kerusi dan cuba membawanya ke bilik air untuk dimandikan.
Menyedari isterinya tidak bertindak balas, dia kemudian meminta bantuan dari jiran-jiran, pada mulanya mendakwa bahawa isterinya tergelincir dan jatuh di dalam bilik air. Namun, setelah disoal siasat lanjut oleh polis, dia mengakui serangan tersebut, menyatakan bahawa dia menggunakan kayu yang diletakkan di luar bilik air untuk memukul kepala isterinya.
Polis telah menahan Watcharin dan mengumpul bukti untuk meneruskan tindakan undang-undang. Polis sedang dalam proses mengumpul keterangan saksi dan dokumentasi lain yang diperlukan untuk memastikan siasatan dan pendakwaan yang teliti, lapor KhaoSod.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas suami Jahidah Nordin yang membelasah isterinya hingga koma. Keputusan ini menjadi peringatan tegas terhadap keganasan rumah tangga.