Ini sebuah kisah teladan yang boleh dijadikan panduan sangat bagus kepada penghutang. Seorang wanita yang berhutang dengan Cikgu Fadli Salleh dengan nilai RM210.
Dan tetap melunaskan hutangnya sedikit demi sedikit tanpa culas. Sehinggakan wanita ini dipanggil oleh guru ini, penghutang dari syurga.
Sekiranya dia tidak mampu, dia tidak lari dan melupakan hutangnya itu. Sebaliknya, dia hubungi guru yang memberinya hutang tadi. Meminta maaf kerana tidak berkemampuan untuk berbuat demikian.
Berkat konsisten dan komitmennya dengan hutang nya itu, dan guru ini tersentuh dengan kejujurannya. Maka, sebahagian lebih hutang yang ada dihalalkan saja.
Deep kisah pengajarannya.
Penghutang Dari Syurga
Aku memang sangat sukar bagi orang berhutang. Tambah-tambah orang yang aku tak pernah kenal secara nyata.
Hanya kepada sahabat baik yang aku sanggup halalkan jika aku mati dahulu, atau bila mereka mati dahulu.
Tapi akak ni kes special. Aku tak pernah jumpa dan kenal, Allah gerakkan hati nak bantu. May lalu, dia terdesak nak pakai duit RM210.
Satu nilai yang aneh pada aku. Jarang orang berhutang nilai yang spesific, biasanya orang genabkan jumlah. Rm50 ke, rm100 ke, rm200 ke. Akak ni mohon pinjam RM210.
Biasanya memang aku tolak baik-baik setiap orang yang aku tak kenal nak pinjam.
Dengan akak ni, entah macamana aku setuju saja nak bagi pinjam. Syarat aku,
“Akak bayarlah berapa pun sebulan. Asalkan bayar“.
Tu je syarat. Dan akak ni berpegang sungguh pada janji. Setiap bulan dia akan bank in kadang RM10, kadang RM20. Pernah sekali RM50, dan pernah ada bulan tak dapat bagi dia pm aku,
Ads
“Cikgu. Maaf. Bulan ni akak tak mampu bayar. Banyak pakai duit. Bulan depan InsyaAllah cikgu ya“.
Kejujuran Dan Amanah Akak Ni Tidak Ternilai Harganya
Semalam, akak ni bayar RM7. Satu jumlah yang sangat-sangat ganjil orang bayar. Namun rasanya hanya banyak itu yang dia mampu.
Betapa aku rasa terharu dengan kejujuran dan kesungguhan akak ni cuba melunaskan hutang. Walau cuma ada RM7, dia tetap bayar.
Total bayaran setakat ni, RM107. Ada lagi balance RM103. Tak apalah. Yang lebih tu aku halalkan sahaja. Kejujuran dan amanah yang ditunjukkan akak ni tidak ternilai harganya.
Kalian yang pernah berhutang dengan sesiapa, tolong tiru akak ni.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kuarantin diri secara sukarela di rumah selama 14 hari. Keputusan itu dibuat, selepas Dr Mahathir mempunyai kontak rapat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif Covid-19.
Keputusan kuarantin secara sukarela ini dibuat selepas dipercayai ada bergambar dengan Dr Kelvin yang ketika ini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (SGH).
Pada 17 Mac lalu, Dr Kelvin memaklumkan dirinya positif Covid-19 menerusi facebooknya. Yang mana, beliau juga mempunyai kontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu yang positif Covid-19 pada 2 Mac.
Berkuarantin sendiri secara sukarela di rumah, Dr Mahathir berkongsi pengalamannya menerusi wawancara dengan sebuah program berita stesen televisyen swasta.
Alhamdulillah, Tak Begitu Berat Bagi Saya – Tun Dr Mahathir
Akuinya, langkah mengasingkan diri atau kuarantin ini amat penting bagi menangani penyebaran virus Covis-19.
“Saya patuh (kuarantin) kerana amat penting dalam menangani masalah ini, kita berdisiplin. Kita sanggup menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.”
“Kita berbuat demikian, kuranglah kemungkinan penyakit ini merebak kepada orang lain.”
“Sekarang saya di rumah, tak boleh keluar, tak boleh jumpa sesiapa pun. Tak boleh bersalam dengan orang, macam-macamlah.” katanya.
“Tapi, Alhamdulillah tidak begitu berat bagi saya.”
Pesannya lagi, saranan kuarantin diri selama 14 hari ini adalah demi kebaikan semua orang. Bermakna apabila disarankan kuarantin bermakna duduk saja di rumah.
“Bukan balik kampung. Tapi tinggal di tempat di mana sekarang kita tinggal. Kalau balik kampung, seolah-olah bercuti, bermakna kita bawa penyakit ke kampung.”
Tindakan bersalaman juga menyebabkan virus tersebar dengan lebih cepat. Sebab itulah, larangan keluar rumah itu perlu dan mengasingkan diri dari orang lain.
MW :Jika Tun Dr Mahathir yang berusia 95 tahun ini pun secara sukarela kuarantinkan diri di rumah, anda yang masih sihat sepatutnya diam-diam duduk rumah, keluar apabila terlalu perlu.
Pagi ini Malaysia menangis lagi. Tragedi lemas 6 penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ketika operasi mencari dan menyelamatkan seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana ini yang pertama dalam sejarah menyelamat di negara ini.
Merekalah wira sebenar kita. Bergadai nyawa demi mencari mangsa lemas dalam arus air yang begitu deras di kegelapan malam. Keenam-enam anggota penyelamat ini dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang serta Shah Alam.
Dan Inilah Yang Berlaku Ketika Operasi Menyelamat
Kira-kira 9.15 malam, 6 wira ini bersama pasukannya yang lain sampai ke tempat kejadian. Dimaklumkan, sekitar jam 5 petang, seorang remaja berusia 17 tahun tergelincir lalu jatuh ke dalam lombong ketika memancing.
Dan keenam wira ini memulakan operasi, turun ke dalam lombong mahu mencari remaja lelaki berkenaan. Baru lima minit di dalam air, tiba-tiba pusaran arus menjadi deras.
Hujan lebat menyebabkan arus menjadi kuat dan membentuk pusaran deras.
Membuatkan tali yang dipasang pada setiap anggota badan keenam-enam wira ini terbelit. Dan dipercayai ketika itulah peralatan menyelam yang dipakai tertanggal.
Melihat rakan yang sedang bergelut di dasar air, rakan-rakan pasukan di tebing berusaha menarik tali yang mengikat kesemua wira ini.
Namun, malam itu arus seakan tak mahu memberi kerjasama.
30 Minit Anggota Paramedik Usaha Beri Bantuan Kecemasan
Ia tetap mengalir laju, deras menggila. Dekat 30 minit, rakan-rakan penyelamat bertungkus lumus mahu menarik rakan-rakan naik ke tebing.
Dan akhirnya, seorang wira ini berjaya dinaikkan, diikuti rakan-rakan yang lain.
Sebaik sampai ke permukaan, kesemua wira penyelamat ini tak lagi sedarkan diri. Paramedik yang berada di lokasi segera memberikan rawatan kecemasan, bantuan pernafasan (CPR).
30 minit anggota paramedik ini bergelut berusaha menyelamatkan nyawa keenam wira ini. Namun, Allah lebih menyayangi mereka.
Masing-masing tiada respons. Mereka disahkan meninggal dunia.
Kejadian yang berlaku ini, disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali. Enam mangsa ini kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Enam wira yang terkorban ketika bertugas ini adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Remaja yang lemas dekat lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan La Cottage, Selangor masih belum ditemui. Operasi mencari dilanjutkan pada jam 8 pagi ini bersama bomba dan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang.
Sumber/Foto : Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Intan Ladyana beruntung suami rajin bantu dalam pantang, lelaki muda tapi matang urus rumahtangga. Di sebalik ada kisah rumahtangga yang keluh kesah kerana ketidak matangan suami menguruskan rumahtangga, namun Intan Ladyana beruntung kerana suaminya nampak bertanggungjawab.
Baru saja melahirkan anak pada lelaki “harris junior” pada 26 April lalu, kehadiran bayi lelaki berkenaan melengkapkan keluarga bahagia ini iaitu memiliki sepasang anak, lelaki dan perempuan. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih.
Intan Ladyana Beruntung Suami Rajin Bantu Dalam Pantang
Berbeza usia 17 tahun di mana Intan kini berusia 42 tahun sementara Harris Alif berusia 25 tahun, wajah keduanya nampak seakan sama, sangat serasi.
Baru ini, Intan berkongsi suaminya, Harris banyak membantunya dalam urusan rumahtangga seperti menjaga bayi, mengemas rumah dan lain lagi di mana Harris memaklumkan, itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Muda Tapi Matang Urus Rumahtangga
“Itu tanggungjawab I jaga u dan anak-anak,” ungkap Harris sambil memeluk Intan.Dapat dilihat dalam video berkenaan Harris melakukan tugasan membersihkan rumah, menjaga anak dan lain-lain lagi sekaligus menyerlahkan sisi bahagia mereka suami isteri.
Ternyata, apabila seseorang sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, usia bukanlah halangan untuk memikul tanggungjawab dalam rumahtangga.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...