Insiden tertukar bayi di hospital selepas melahirkan cahayamata umpama mimpi ngeri bagi mak ayah. Meskipun jarang berlaku namun ia pernah terjadi. Akibat kecuaian pihak yang bertanggungjawab, ia mampu merubah untung nasib anak dan bayi tersebut.
Bagaikan kisah dalam drama sinetron, apabila seorang bayi daripada keluarga berada tertukar dengan keluarga miskin. Malah ia kisah benar yang berlaku baru-baru ini.
Tertukar Bayi Keluarga Miskin
Seorang wanita di Arab Saudi menerima pampasan sekurang-kurangnya dua juta riyal (RM2.2 juta) dalam satu kes bayi tertukar di negara itu. Dia yang tidak sengaja ditukar dengan bayi lain selepas dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga miskin selama lebih tiga dekad.
Middle East Monitor melaporkan, wanita berusia 35 tahun itu sebenarnya berasal daripada keluarga yang kaya.
Menurut akhbar tempatan Al-Watan, ketika kejadian berkenaan, dia dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Makkah.Bagaimanapun, seorang jururawat yang memandikan bayi yang baru dilahirkan secara tidak sengaja menyerahkannya kepada ibu yang salah.
Gambar Hiasan
Rasai Perbezaan
Laporan itu menyatakan, wanita itu mula merasakan bahawa dia berbeza daripada keluarganya ketika proses kehidupannya dari masa kecil sehingga meningkat dewasa. Dia dapat merasakan perbezaan dari segi warna, watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup. Itu mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Wanita itu menjalani ujian berkenaan tidak lama selepas dia berkahwin dengan saudara dari keluarga bukan kandungnya dan melahirkan seorang anak lelaki.
Pencarian Rekod Hospital
Selepas mengetahui mempunyai hubungan dengan ayahnya, dia melakukan pencarian rekod hospital. Ia kemudian menunjukkan identiti sebenar saudara kandungnya. Bagaimanapun, ibu wanita itu sudah meninggal sebelum sempat mengetahui kebenaran mengenai pertukaran bayi itu atau berpeluang bertemu dengannya.
Sehubungan itu, sebuah mahkamah di Makkah memutuskan mustahil untuk menilai skala kesakitan dan kekecewaan yang harus ditanggung oleh kedua ibu bapa dan wanita itu. Ia kerana mereka kehilangan peluang untuk menikmati hubungan antara ibu bapa dan anak.
Ads
Wanita lain yang terbabit dalam pertukaran bayi itu juga diberikan pampasan 1.7 juta riyal (RM1.8 juta) oleh mahkamah di Jeddah.
Mingguan Wanita: Sungguh macam dalam drama sinetron. Siapa sangka, akibat tertukar semasa bayi, lebih 3 dekad membesar dengan bukan dengan keluarga sendiri. Meskipun diberikan pampasan, emosi pastinya terjejas seumur hidup dengan keadaan ini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Ads
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Sebetulnya pada hari isterinya pergi, “Sepatutnya kami potong gelang bersama.” Namun suami ini ini terima takdir isteri pergi dulu.
Pemergian isteri tercinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi sang isteri pergi bersama anak yang dikandung. Bukan satu nyawa, tetapi dua nyawa pergi sekaligus.
Suami Terima Takdir Isteri Pergi Dulu
“Permintaan terakhirnya, isteri minta untuk temankanya di hospital dan katanya kalau tidak boleh masuk pun cukuplah saya berada di luar dan dia dapat melihat dari luar.
“Tiga hari ini terakhir ini memang memberi kesan kerana arwah isteri minta benda yang saya tidak boleh tunaikan, walaupun beberapa kali saya cuba terangkan kepadanya,” luah Mohd Firdaus Haron, 36, yang kehilangan isteri Herni Yusnilah Yusof, 29, akibat Covid-19.
Herni yang mengandung enam bulan meninggal dunia selepas 13 hari dirawat di Hospital Melaka.
Menurut Mohd Firdaus, dia tidak menjangka isterinya yang mengandungkan anak kedua mereka akan pergi meninggalkannya selepas sedar daripada ditidurkan.
Dua Kali DiTidurkan
“Kali pertama isteri ditidurkan kira- kira tujuh hari lalu selepas kesihatan dia semakin merosot namun dia menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar walaupun masih bergantung kepada bantuan oksigen.
“Bagaimanapun kesihatan dia kembali merosot dan perlu ditidurkan kembali pada Isnin sebelum disahkan meninggal kira-kira 11.40 malam,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, dia dan isteri amat menantikan kehadiran anak kedua mereka namun Allah SWT lebih menyayangi mereka.
Menurut Mohd Firdaus yang mengusahakan gerai Warong Kopi Manggis Road, sebelum ini arwah isterinya kerap bertanya kepada dirinya sama ada dia boleh menjaga anak perempuan mereka berusia lima tahun dan ibunya sekiranya dia ditakdirkan pergi dahulu.
“Sepatutnya Kami Potong Gelang Bersama.”
“Dia selalu bertanya kalau saya boleh jaga anak dan emaknya seperti dia lakukan. Dia amat rapat dengan ibunya memandangkan dia satu- satunya anak perempuan.
“Sebelum ini kebanyakan keputusan dalam keluarga dia akan putuskan malah merupakan ‘ahli fikir’ untuk kami semua walaupun dia anak bongsu,” katanya.
Ujarnya, dia kini bukan sahaja kehilangan ‘ahli fikir’ malah ‘patah kaki’ untuk menguruskan perniagaannya itu.
“Apa yang terhasil di kedai kami adalah hasil apa yang difikirkannya. Rupanya dia lakukan (usaha) untuk tinggalkan buat anak kami dan emaknya.
“Sepatutnya kami potong gelang bersama kelmarin (ketika artikel ini ditulis), namun takdir dia pergi dahulu. Alhamdulillah ibu mertua yang sebelum ini turut disahkan positif Covid-19 juga sudah sembuh,” katanya.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Perkembangan terkini dilaporkan jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Jasad Dalam Keadaan Baik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Pencarian Remaja Lelaki
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa dan semua yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Baling. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.Alfatihah
“Kita memecat AzlanMan berkuatkuasa hari ini. Selepas ini pusat yang kena maklumkan dan keluarkan surat”
Itulah yang diberitahu oleh Pengerusi BN negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut dihadiri oleh sembilan ADUN BN Perlis yang gagal hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu pagi ini.
Datuk Seri Azlan Man yang baharu sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis tadi telah dipecat sebagai ahli Umno kerana ingkar arahan parti.
Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan tersebut telah dibuat tetapi masih menunggu pengumuman rasmi daripada Umno Pusat.
“Ini disebabkan perlantikan Azlan sebagai Menteri Besar Perlis tidak mendapat sokongan majoriti Adun daripada BN.
“Umno perlis dan BN Perlis memecat Azlan Man. Jadilah menteri besar tanpa parti.”
Sidang media tersebut turut dihadiri sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang tidak bersetuju dengan pelantikan Azlan sebagai Menteri Besar.
Shahidan menganggap pelantikan Azlan itu sebagai tidak adil kerana pelantikannya bukanlah melalui sokongan majoriti.
“Seminggu sebelum raya nanti, semua sembilan Adun BN ini akan menghadap raja untuk lantikan Menteri Besar yang dipilih. Saya juga berharap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masuk campur bagi membetulkan perkara ini.
“Kami berhak tentukan siapa pemimpin kami,” katanya.
Terdahulu, Azlan, 60, yang juga Adun Bintong sah menjadi Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Balai Menghadap, Istana Arau, Arau, hari ini.
Bagaimanapun, sembilan Adun BN tidak hadir pada istiadat mengangkat sumpah berkenaan dan hanya 3 Adun Pakatan Harapan serta 2 Adun PAS yang hadir.
Shahidan sebelum ini menamakan adiknya, Datuk Ismail Kassim sebagai calon Menteri Besar baharu.
Pada PRU14 lalu, BN memperoleh 10 kerusi Dun, Pakatan Harapan (3) dan Pas (2) untuk Perlis.
Raja Perlis Murka
Manakala Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat BN tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah menteri besar Perlis, hari ini.
Baginda kecewa kerana semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu.
“Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tapi tuan-tuan pun tahu siapa. Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir sebab apa (tidak hadir) saya pun tak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.
“Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang… ini berdasarkan laporan yang saya terima,” titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, pagi tadi.
Sumber: Sinar Harian + Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...