Terkini, buat bakal jemaah yang mahu melakasanakan ibadah umrah di tanah suci, perlu menanggung kos tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) susulan bayaran itu diperkenalkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi semalam.

Caj Tambahan Visa

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata yuran visa Kerajaan Saudi itu bukan hanya untuk jemaah Malaysia sebaliknya melibatkan jemaah seluruh dunia.

Menurutnya, berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lalu menunjukkan Malaysia adalah negara kelapan teramai mengerjakan umrah membabitkan 274,066 jemaah jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini.

Sehubungan itu, PAPUH yang mempunyai 500 syarikat pelancongan Bumiputera yang menceburi sektor umrah dan haji mahu memperjelaskan kepada jemaah mengenai perkara ini bagi mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham.

“Caj bagi visa ini adalah RM350 bersamaan SAR300 dan patut dibiayai jemaah sendiri kerana ia tidak termasuk dalam kos pakej sedia ada.

“Mana-mana jemaah yang telah membuat tempahan penginapan dan pengangkutan untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum 10 September (semalam) untuk pergi selepas tarikh itu, mereka juga dikenakan caj tambahan visa berkenaan.

Terkini, Bakal Jemaah Umrah Akan Dikenakan Caj Tambahan Visa RM350
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Sri Razali Mohd Sham ketika sesi sidang media mengenai kenaikan harga pakej Umrah 1441 Hijrah di PAPUH, Shah Alam.

Platform E-Visa

Razali berkata, kadar bayaran visa itu diyakini tidak membebankan jemaah berbanding harga visa mengunjungi negara lain yang lebih mahal.

Susulan keputusan terbaru Kerajaan Arab Saudi itu, mereka juga menyediakan platform khas untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik atau ‘e-visa’ yang mampu siap dalam tempoh kurang 30 minit bagi memudahkan urusan bakal jemaah umrah.

“Jemaah sendiri boleh menyemak kelulusan visa umrah masing-masing di laman web berkenaan. Jumlah jemaah Malaysia yang mengerjakan umrah juga meningkat setiap tahun.

“Bayaran visa ini tidak akan memberi kesan terhadap harga pakej umrah musim akan datang kerana ada penurunan harga tiket kapal terbang.

“Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah umrah secara berulang setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini,” katanya pada sidang media.

Turut hadir, Naib Presiden Industri PAPUH, Datuk Helmi Daud dan Setiausaha Kehormatnya, Datuk Jefri Sulaiman.

MW: Jadi buat bakal jemaah yang mahu menunaikan umrah, mohon ambil perhatian dengan penambahan kos ini yang perlu dibiayai jemaah sendiri kerana ia tidak termasuk dalam kos pakej sedia ada.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI