Langsir jenis ring yang menggunakan batang rod kayu biasanya lebih nampak kemas, moden dan cantik berbanding langsir guna dawai. Namun nak guna rod kayu tu agak mahal dan bajet besar. Bagi mak-mak yang nak pakai langsir jenis ring tapi dengan bajet terhad boleh cuba DIY batang langsir menggunakan Paip PVC ni.
“Yang mana teringin nak pakai langsir ring macam ni. Tapi tak dak modai nak beli kayu tu, boleh buat guna paip modai tak mahai sangat.Guna paip saiz 20mm, besi L tu boleh dapatkan di kedai eco. Yang lain-lain tu kedai hardware. Langsir saya beli kat d.i.y je”
“Boleh guna besi L yang agak kuat sikit.Terpulang masing-masing nak guna macam mana yang agak selamat.Yang ni percubaan pertama saya buat.”
“Saya cuma buat untuk satu bilik. Paip pun pakai yang dah ada saja, untuk langsir panjang 140cmx250cm. Kalau nak kira anggaran untuk 1 tingkap yang dua daun tu dalam RM5 macam tu saja.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Paip PVC saiz 20mm (tebal) lebih kurang panjang 59 inci.
Besi L
Penutup hujung paip
Mesin drill
Skru dan nat secukupnya (untuk ikat besi L dan U plastik)
Cable tie
Ads
Cara Membuat:
1.Pasang Besi L dan U plastik serta skru sebegini.
2. Kemudian pasang/ tebuk pada dinding ikut kesukaan tuan rumah nak letak tinggi mana. Ukuran saiz panjang tingkap lebih kurang 54 inci.
3.Selepas itu, letakkan paip pvc dan pasang penutup paip kiri dan kanan.
Ads
4. Kemudian ikat dengan cable tie pada bahagian skru. Fungsinya untuk mengikat kedua-dua skru tersebut supaya lebih kukuh lagi.Risiko bahaya pada kanak-kanak, Insyaa allah selamat… Jika kain langsir yang berat perlu tambah kan besi L pada tengah tingkap supaya paip pvc tidak melentur.
Siap!
Penambahbaikan:
1. Boleh tukar Besi L lebih tebal dan U plastik tu boleh tukar kepada besi ikut pada saiz paip.
2.Gantikan U plastik tu dengan U besi. Penutup paip bahagian hujung tu pakai U paip yang lekat dekat dinding. Ataupun U plastik tu letak dua-dua telinga tu atas besi L tu. Ia lebih kukuh.
Ads
3. Besi L bergantung saiz tingkap.Kalau tingkap panjang kita perlu tambah supaya takut melentur. Besi L saya pasang tu hanya dua sahaja sebab kain nipis.Kalau kain tu berat baru pasang 3.Cari yang besi punya kalau untuk kain yang tebal.Satu tingkap lekat besi L tu sekurang-kurangnya 3.
4.Boleh pasang selak untuk tujuan keselamatan jika risau anak-anak tarik nanti.
Info Ekstra!
Dekat hardware ada jual batang besi yang bulat untuk sidai towel, boleh juga tukar kepada tu lebih nampak kemas. Jimat juga sebatang 6 kaki x RM2 = 12 + endcap RM3.50 kiri kanan.Dah ok boleh pakai langsir ring. Besi ni ada 2 jenis, nipis dan tebal, elok amik yang tebal kalau langsir berat sikit boleh lah tampung.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak guna langsir jenis ring, boleh cuba buat sendiri rod langsir guna batang PVC paip ni. Lebih jimat kos.
Mudah sebenarnya mak-mak nak masak pulut sendiri di rumah walaupun tiada periuk pengukus, hanya gunakan periuk nasi je. Bukan apa, jika masak atas dapur, kalau tak pandai buat pulutnya jadi keras, hangit, jelantah atau lembik. Menerusi perkongsian oleh Puan Ya Norma, cara masak pulut gunakan periuk nasi atau rice cooker lebih ringkas dan mudah, 15 minit je dah siap!
Berikut antara tunjuk ajar perkongsian beliau;
“Ni untuk orang yang tak ada periuk pengukus dekat rumah boleh la cuba,pulut memang lembut elok.Ambil masa 15 minit saja.Memang mudah dan pantas..zap zap zap siap..”
Boleh tengok video dan gambar yang saya post kan sekali tu ya.
Bahan-Bahan:
2 cawan beras pulut
1 cawan air panas *
1 cawan santan *
1 sudu besar minyak masak *
1 sudu kecil garam *
Cara Membuat:
1. Basuhkan beras pulut.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam periuk nasi dan tekan tombol untuk memasak.
3. Bila nampak wap panas keluar, buka penutup rice cooker dan kacau pulut. Ini untuk mengelakkan pulut jadi berketul.
4. Kemudian biarkan sehingga pulut betul-betul masak dan siap dihidangkan.
Siap,mudah dan ringkas.
Pulut boleh dimakan bersama durian, mengenangkan sekarang durian murah..hehe Boleh juga dimakan degan ikan masin,lagi sedap.
Siap Selamat Mencuba!
Mudah je kan, boleh lah mak-mak buat sendiri cuba masak pulut di rumah.
Percayalah… rezeki tak disangka itu adalah nikmat dari Ilahi buat seseorang yang sudah ikhlas memberi. Betapa besarnya nikmat sedekah asalkan kita benar-benar ikhlas. Pengalaman yang pernah saya alami dulu mungkin ramai yang pernah lalui situasi yang sama.
Sepanjang bulan Syawal, rumah terbuka diadakan di sana sini. Macam berlumba-lumba pula. Bagi yang manpu memang akan buat dengan ‘grand’. Pasang kanopi tiga empat buah. Hidangan pula usah cakap. Sebut saja, semua ada. Termasuk kambing golek yang pasti jadi tumpuan ramai.
Itu bagi yang mampu. Bagaimana yang bajet ala-ala cukup makan. Yang terpaksa ikat perut sementara tunggu gaji seterusnya.
Nak buat rumah terbuka memang jauh sekali. Tapi kalau ada kawan-kawan dan saudara mara nak datang ke rumah macam mana? Takkan nak tolak. Pernah satu ketika saya dan suami memang tengah ‘ketat bajet’. Ada kawan call nak datang beraya. Termenung fikir apa nak buat. Takkan nak bagi makan kuih raya dan kopi O saja kan? Yang nak datang bukan satu keluarga, bahkan tiga empat keluarga.
Tapi Allah Maha Mendengar. Dalam kami pening fikir soal bajet, tiba-tiba kami dapat rezeki bila suami dapat payment yang tertunggak. Legaaa! Dapatlah kami merancang menu yang lebih meriah untuk tetamu-tetamu nanti.
Malah pada hari kejadian, meja makan meriah dengan pelbagai juadah apabila tanpa diduga rakan-rakan juga bawa juadah untuk dikongsi bersama.
Jadi, jangan pandang rendah pada tetamu yang nak datang bertandang ke rumah kita. Mereka datang bawa rezeki.
Lagi satu, bila memasak untuk tetamu ketahui kesukaan mereka atau apa yang mereka tak makan. Kalau mereka tak makan kambing janganlah hidangkan kari kambing. Atau sekurangnya sediakan hidangan lain juga sebagai pilihan. Ingat, Kita nak meraikan tetamu. Jadi janganlah masak ikut selera kita saja. Pedas melantun sedangkan tetamu itu tak makan pedas langsung!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika nak buat bubur kacang hijau, biasanya biji kacang hijau perlu direndam semalaman berjam-jam malah tempoh merebus juga memakan masa yang lama agar benar-benar kembang dan empuk. Apatah lagi jika tiada ‘pressure cooker’ memang boleh menghabiskan gas di dapur.
Sebenarnya ada cara yang mudah untuk melembutkan kacang hijau ni. Malah tak sampai 20 minit, ia dah masak elok lembut dan kembang jadi bubur.Rupanya kena rendam dalam air dan bekukan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum masak.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Seri Ramlan ini sebagai panduan;
Suka makan bubur kacang? Ni saya bagi tip lembutkan kacang dengan cepat, tak payah rendam berjam-jam, tak payah rebus lama-lama dan confirm cepat masak dan jimat gas. Boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang.
Tip ni tak perlu untuk yang ada periuk ‘Pressure Cooker’ ye.
Caranya:
1.Basuh bersih-bersih kacang hijau, selepas itu bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.
2.Kemudian frozenkan. Bila-bila nak masak, tak payah nyah beku dan boleh terus masuk dalam periuk.
3.Selepas itu tambahkan air dan terus rebus seperti biasa.
4. Tak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa.
Mingguan Wanita:Begini rupanya cara mudah dan cepat nak buat bubur kacang hijau. Kena rendam air dan bekukan dahulu dalam peti sejuk. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...