“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku” begitulah luahan pelakon yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua, Jasmin Hamid, 47.
Selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini Jasmin telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya.
Malah kegembiraan pelakon senior ini sentiasa mendapat hati di kalangan peminat-peminatnya. Apatah lagi selepas mendirikan mahligai, Jasmin sering berkongsi kisahnya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku”
Terbaru, Jasmin berasa sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir suami selepas bergelar isteri. Malah suaminya juga berasa bertuah tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang suami.
“HAPPY BIRTHDAY Encik Sayang.
“Terima Kasih ALLAH kerana masih pinjamkan suamiku buat ku..
“Ini adalah tahun pertama sambut Birthday sebagai seorang SUAMI katanya..
Ads
“Lain bebenor rasanya,” luah Jasmin.
Bersyukur Rezeki Allah
Menerusi perkongsian tersebut juga Jasmin memanjatkan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki menyambut hari lahir suami walaupun hanya di set penggambaran.
“Apapun keadaan,kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah walaupun hanya mampu sambut di set shooting kerana tanggungjawab..
“Terima kasih pada teman-teman di set #cintaamnesia. Happy Birthday juga pada December Babies,” ungkap Jasmin.
Sebelum ini tular di media sosial tentang penyanyi barat yang cukup popular, Justin Bieber mengalami sindrom Ramsay Hunt. Sekaliguskonsert yang bakal diadakan nanti dibatalkan.
Ramai yang tidak tahu tentang sindrom ramsay hunt ini. Adakah ia sama dengan Bell’s palsy yang dialami oleh sesetengah orang. Sudah tentulah untuk pulih pun ia mengambil masa yang agak lama.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan turut memberi penjelasan tentang sindrom ramsay hunt ini.
Justin Bieber(JB) umumkan dia terpaksa tangguh konsert jelajah dunia yang sedang berlangsung. JB sebenarnya mengalami kelumpuhan di sebelah mukanya, akibat kondisi yang dinamakan sindrom Ramsay Hunt.
Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Paling penting, cepat-cepat dapatkan rawatan untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Walaupun telah berpisah namun mungkin rasa sayang pada bekas suami masih ada. Sikap cemburu buta, amarah dan dendam pada bekas suami yang mempunyai kekasih baru, menyebabkan seorang wanita tergamak hingga sanggup membunuh anak-anak sendiri.
Seorang wanita di Jerman dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh lima anak kandungnya, tahun lalu. Difahamkan, wanita itu tergamak melakukan jenayah tersebut selepas melihat gambar bekas suaminya dengan wanita lain, lapor Daily Mail.
Lemaskan 5 Daripada 6 Anak
Christiane K, 28, didakwa membunuh anak perempuannya, Melina, Leonie dan Sophie masing-masing berusia satu, dua dan tiga tahun, manakala, anak lelakinya Timo dan Luca berusia enam dan lapan tahun.
Lokasi lima mayat kanak-kanak ditemukan maut di pangsapuri di bandar Solingen, barat Jerman, 3 September 2020.
Kejadian berlaku September tahun lalu apabila wanita itu melemaskan lima daripada enam anaknya dalam bilik air dan kemudian meletakkan badan mangsa di atas katil.
Anak sulungnya, Marcel, 11, bagaimanapun terselamat kerana semasa kejadian dia berada di sekolah.
Lompat Landasan Kereta Api
Marcel memberitahu mahkamah, ibunya mengajak dia melompat di landasan kereta api bersama-sama selepas pulang ke rumah.Kanak-kanak itu menolak melakukan perkara tersebut dan menaiki kereta api ke rumah neneknya.
Christiane K,28 dijatuhkan hukuman penjara minimum 15 tahun kerana melemaskan 5 orang anaknya.
Tertuduh akhirnya cuba membunuh dirinya dengan melompat ke laluan kereta api di Dusseldorf, namun terselamat dan ditangkap oleh pihak polis.
Mahkamah di bandar Solingen menjatuhkan hukuman penjara minimum 15 tahun kepada wanita itu.
Mingguan Wanita: Gara-gara cemburu, sanggup buat apa sahaja hingga tergamak bunuh anak-anak sendiri. Mungkin wanita ini masih ada perasaan sayang pada bekas suami dan masih boleh ‘move on’ dengan kehidupan sendiri.
Sebelum ini, Mingguan Wanita memaparkan komitmen Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dalam membantu para usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerusi pembiayaan kewangan.
Kali ini, kita bersama Puan Nilammasri Ja’afar, Ketua Pembangunan Bumiputera & Pengurusan Jualan CGC. Beliau akan menjelaskan pendekatan pembiayaan dan khidmat nasihat pembangunan yang ditawarkan oleh CGC, dan kesan positif kepada perniagaan usahawan wanita, khususnya.
“CGC telah melancarkan BizWanita-i pada Oktober 2015 khusus untuk usahawan wanita. Ini adalah selaras dengan misi untuk membantu PMKS dengan menyediakan produk dan perkhidmatan kompetitif untuk usahawan wanita,” jelas Puan Nilammasri.
Sehingga kini sejak pelancaran BizWanita-i, CGC telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 1,100 usahawan wanita berjumlah lebih RM78 juta. Skim pembiayaan melalui dana dari Bank Negara Malaysia ini, adalah khusus untuk usahawan wanita yang mengusahakan perniagaannya kurang dari 4 tahun. Dana ini menyediakan akses pembiayaan bagi modal kerja dan/atau perolehan aset kepada semua PMKS dari pelbagai sektor perniagaan yang berdaya maju.
Menurut Puan Nilammasri, secara tidak langsung, sokongan pembiayaan serta khidmat nasihat pembangunan dan kewangan kepada usahawan PMKS wanita ini dapat membuka peluang kepada mereka untuk terus berdaya maju.
Malah, strategi kerjasama yang rapat di antara CGC dan persatuan-persatuan usahawan wanita mampu mewujudkan sokongan yang berterusan untuk usahawan wanita di negara ini menjadi lebih cemerlang.
Dengan adanya sokongan dalam bentuk kewangan ini, usahawan wanita dapat mengukuhkan kedudukan perniagaan mereka di dalam pasaran. Malah, mereka juga dapat mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.
Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan satu kisah kejayaan seorang usahawan wanita yang mendapat sokongan dalam bentuk pembiayaan dan juga khidmat nasihat pembangunan dari CGC, iaitu Puan Nooraihan Binti Che Li, pemilik syarikat BNG System Entreprise.
Puan Nooraihan merupakan seorang usahawan dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU), telah mengikuti Program Pembangunan OKU CGC bagi meningkatkan pengetahuannya dalam menguruskan perniagaan dan seterusnya telah berjaya mendapat pembiayaan BizWanita-i dari CGC.
Usahawan ini yang menggunakan platform e-Dagang untuk memasarkan barang-barang keperluan rumah secara kecil-kecilan telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan sokongan dana yang diperolehi dari BizWanita-i ini.
Beliau kini berjaya membuka kedai yang lebih besar, menambah lebih banyak stok dan melakukan aktiviti promosi dan pemasaran yang lebih strategik. Dalam tempoh masa yang singkat, Puan Nooraihan dapat meningkatkan hasil jualannya sehingga mencapai penarafan ‘Penjual Pilihan” atau ‘Preferred Seller’ bertaraf 5 bintang di platform e-Dagang tersebut.
Puan Nilammasri mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam institusi kewangan, mempunyai pelbagai kepakaran terutamanya dalam pembangunan PMKS.
Pandemik Covid-19 juga menjejaskan pulangan pembiayaan kewangan sedia ada dikalangan usahawan. Ini membuatkan mereka berdepan dengan bebanan hutang yang tertangguh.
Bagi usahawan PMKS yang terjejas, CGC ada menyediakan perkhidmatan berikut:
i. Jaminan melalui Bank-Bank Komersial : Skim BizJamin SRF & BizJamin-i SRF dan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) khusus untuk PMKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan perlaksanaan semula langkah-langkah pembendungan Covid-19 sejak Jun 2020.
ii. Untuk Pelanggan CGC Sedia Ada : BizBina-i ialah skim pembiayaan terus yang disediakan khas untuk pelanggan CGC yang terjejas akibat bencana alam atau pandemik Covid-19 dan penstrukturan semula Bantuan Bayaran Balik Pinjaman melalui Program PEMULIH bermula Julai 2021.
iii. Untuk Pelanggan Baru : Pembiayaan perniagaan diberikan kepada permohonan yang layak melalui Skim BizWanita-i atau BizMula-i
iv. Bantuan Khidmat Nasihat Pembiayaan : Bagi PMKS yang memerlukan bantuan khidmat nasihat, boleh berurusan dengan mana – mana cawangan CGC seluruh Malaysia ataupun melalui MyKNP @CGC.
Menurut Puan Nilammasri lagi, skim pembiayaan BizWanita-i juga menyediakan kemudahan pembiayaan untuk modal kerja, dan/atau pembelian aset.
Tentunya pembiayaan ini dapat membantu PMKS wanita menjana pendapatan yang lebih baik samada menambahkan stok perniagaan, mahupun meningkatkan pengeluaran produk melalui pembelian aset bagi perniagaan mereka.
Selain bantuan dana, program pembangunan CGC Developmental Programme™ pula dapat memberi khidmat nasihat merangkumi aspek kewangan, maklumat pasaran, dan peluang perniagaan yang boleh diterokai oleh para usahawan.
CGC berperanan dalam merealisasikan misi perniagaan PMKS wanita, terutamanya memastikan mereka mendapat akses kepada pembiayaan.
Ini adalah kerana kebanyakan usahawan menghadapai cabaran untuk mendapatkan pembiayaan disebabkan oleh beberapa kekangan seperti tidak mempunyai rekod pembiayaan yang baik, tidak mempunyai dokumen yang lengkap seperti penyata kewangan syarikat, penyata bank yang tidak aktif, syarikat yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak mempunyai perancangan yang baik berkaitan halatuju perniagaan.
Untuk itu, CGC Developmental Programme™ menyediakan khidmat nasihat sebagai sokongan kepada golongan usahawan PMKS ini dalam memacu perniagaan mereka. Program ini juga membolehkan PMKS wanita mendapatkan sokongan pembiayaan samada dari CGC mahupun daripada mana – mana institusi kewangan di Malaysia melalui platform imSME.
imSME adalah platform rujukan pembiayaan / pinjaman PMKS yang pertama di Malaysia. imSME memadankan keperluan kewangan perniagaan usahawan dengan produk pembiayaan/pinjaman bersesuaian yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat.
Jika tiada padanan pinjaman/pembiayaan yang bersesuaian, PMKS berkenaan akan dirujuk kepada Penasihat Kewangan imSME yang akan membimbing PMKS ini membina kapasiti perniagaaan supaya layak menerima pinjaman/pembiayaan untuk membangunkan perniagaan mereka.
Para PMKS dijemput melayari www.imSME.com.my bagi mendaftar dan membuka peluang untuk memperolehi pembiayaan/pinjaman perniagaan.
Tip Agar Usahawan PMKS Wanita Kekal Relevan
Kesan negatif pandemik Covid-19 dirasai oleh hampir semua sektor terutamanya sektor pelancongan, perhotelan dan juga syarikat penerbangan. Perniagaan runcit juga merupakan antara sektor yang turut terjejas teruk. Justeru, para PMKS harus menitikberatkan beberapa perkara untuk kekal dalam dunia perniagaan antaranya:
a. Mencapai jualan amat penting
Usahawan yang baru menceburi dunia perniagaan harus ingat bahawa pemasaran, pengiklanan, atau aktiviti promosi tidak mempunyai nilai, sehingga adanya jualan. Oleh itu, mereka perlu memastikan strategi yang berkesan bagi mencapai jualan yang tinggi agar menperoleh keuntungan di dalam perniagaan.
Para usahawan harus bertindak lebih kreatif dalam memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka dapat meyakinkan orang ramai untuk membeli apa yang dijual.
b. Pengurusan wang yang bijak
Nadi sesebuah perniagaan terserlah dari kekuatan aliran tunainya. Sebagai peniaga, aliran tunai yang kukuh penting untuk membeli inventori, membayar perkhidmatan, mempromosi dan memasarkan perniagaan, membaiki dan menggantikan alat dan peralatan, serta menanggung kos operasi supaya perniagaan tersebut boleh kekal di dalam pasaran.
c. Perancangan yang teliti
PMKS harus merancang setiap aspek perniagaan terutamanya ‘startup’ kerana ini adalah tabiat yang perlu ada pada setiap peniaga atau pengusaha.
Perancangan perniagaan penting untuk membolehkan PMKS menganalisa kedudukan, perniagaan, dan seterusnya menentukan halatuju perniagaan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk dan perkhidmatan CGC, PMKS boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di nombor 03-7880 0088 atau mengunjungi mana-mana Cawangan kami serata Malaysia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...