Royale Chulan Seremban memperkenalkan pakej perkahwinan terbaharu dengan bonus istimewa! Semua pasangan yang menempah pakej perkahwinan berpeluang memenangi tiket penerbangan percuma untuk bulan madu impian ke Maldives!
Untuk melayakkan pasangan pengantin menyertai peraduan ini, mereka perlu membuat tempahan perkahwinan dari 1 Oktober 2024 hingga 30 Disember 2025 dengan deposit minimum RM5,000 yang perlu dibayar antara 1 Oktober 2024 sehingga 30 Mei 2025. Pengumuman pasangan yang menangi pakej percutian tersebut akan dibuat pada 1 Februari 2026.
Raikan Cinta
Memilih meraikan hari bahagia di Royale Chulan Seremban, ballroom megah, Seri Negeri merupakan pilihan terbaik untuk anda. Ia direka bentuk tanpa tiang dan siling tinggi, menawarkan suasana yang sempurna untuk majlis perkahwinan yang mewah.
Reka bentuk unik ballroom ini mampu memuatkan sehingga 1,600 tetamu dengan selesa, dan mempunyai pentas kekal yang luas, ideal untuk pelamin, upacara bersulang, atau persembahan sepanjang majlis resepsi.
Ads
Ruang foyer yang luas dan tangga besar yang elegan menyediakan latar belakang yang sempurna untuk fotografi perkahwinan, manakala pintu masuk yang berasingan memastikan eksklusiviti untuk hari istimewa anda.
Foyer ini juga boleh diubah menjadi ruang resepsi pra-perkahwinan yang bergaya, di mana para tetamu boleh bersosial dan menikmati canapés serta minuman sambil menunggu majlis anda bermula.
Pakej Perkahwinan Pelbagai Keistimewaan
Semua majlis resepsi perkahwinan di Ballroom Seri Negeri ditawarkan pada harga yang menarik bermula dari RM110.00 bersih seorang. Dengan pakej ini, pengantin lelaki dan perempuan akan menikmati pelbagai keistimewaan eksklusif, termasuk suite pengantin yang mewah, diskaun bilik istimewa untuk para tetamu, bakul buah-buahan percuma, hiasan kelopak bunga segar, pelayaran matahari terbenam yang romantis, dan makan malam untuk dua orang di tepi kolam dengan jus berkilauan.
Setiap resepsi disediakan dengan susunan meja dan kerusi yang lengkap, dengan pelayan khas yang bersedia membantu. Pilihan makanan termasuk set dome elegan hingga gaya bufet, dengan sokongan peralatan audio-visual serta persediaan karpet merah yang bergaya. Selain itu, semua pakej perkahwinan di Royale Chulan Seremban termasuk kek 3 tingkat percuma, menambahkan sentuhan elegan kepada majlis istimewa mempelai.
Untuk majlis pra-perkahwinan atau resepsi yang lebih intim, restoran Han Pi Yuen, sebuah tempat mesra Muslim yang terletak di aras Mezzanine Hotel boleh dijadikan pilihan. Ia menawarkan pelbagai menu yang disusun oleh chef berpengalaman.
Bermula dari RM140.00 bersih seorang, anda boleh menganjurkan ROM, Upacara Teh Cina, atau resepsi perkahwinan sambil menikmati hidangan Cina 9 hidangan yang lazat.
Bagi majlis pra-perkahwinan seperti Pertunangan, Akad Nikah, Pendaftaran Perkahwinan (ROM), atau Upacara Teh Cina, Royale Chulan Seremban menawarkan pelbagai ruang acara kecil, termasuk suasana kolam renang yang menarik. Acara ini mampu memuatkan kumpulan dari serendah 15 hingga 100 tetamu, dan boleh disediakan bermula dari RM60.00 bersih seorang.
Tempah Perkahwinan Anda dan Menang Bulan Madu
Jadikan hari perkahwinan anda lebih istimewa dengan Royale Chulan Seremban. Bukan sahaja anda akan menikmati pengalaman perkahwinan yang mewah, tetapi anda juga berpeluang terbang ke Maldives untuk bulan madu impian anda! Untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan kami dan promosi menarik ini, hubungi 06-766 6666 atau emel ke marcom.rcs@royalechulan.com.
Raikan cinta anda di Royale Chulan Seremban! Perkahwinan menjadi memori terindah dan bulan madu ke Maldives mungkin menjadi milik anda!
Selepas lebih tiga bulan ‘hilang’ dari media sosial, pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil dengan buah tangan pertama filem pendek arahannya berjudul Misi Ainaa.
Jelas Hafiz, dia telah membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk menerbitkan filem pendek pertamanya itu.
“Kalau saya libatkan orang luar kos filem ini mungkin mencecah jutaan ringgit, tapi apabila kita buat sendiri menggunakan pasukan sendiri, saya yang tulis skrip dan saya sendiri yang berlakon, kos yang dapat dijimatkan sekitar 50 peratus.
“Saya keluarkan kos untuk filem ini lebih kurang RM500,000,” ujarnya ketika ditemui media baru-baru ini.
Berhabis RM500K
Hafiz yang ditemui pada tayangan perdana filem pendek Misi Ainaa di IOI Putrajaya baru-baru ini memberitahu filem yang dihasilkan itu demi memberikan pengalaman baharu kepada kakitangannya dan tidak melibatkan keuntungan.
“Tidak pernah terlintas untuk menjadi pengarah dan menulis skrip, namun saya bersyukur diberikan ilham dan idea sewaktu menghasilkan Misi Ainaa.
“Semuanya saya lakukan demi abah dan mahu berikan satu pengalaman baru dan realisasikan impian staf saya.
“Apa yang kami buat tiada keuntungan daripada segi duit kerana semuanya ditayangkan di laman sosial, tiada kutipan tiket pun di pawagam.
“Namun mungkin ada peluang lain selepas ini, mungkin sudah ada kepercayaan daripada badan seperti Finas atau terbitan Ainaa Dokumentari di Netflix. Saya suka hasilkan sesuatu berdasarkan kisah benar,” ujarnya.
Menerusi naskhah yang dimuatnaik di platform media sosial, filem bergenre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan.
“Ia bermula dengan angan-angan dan apabila kami cuba risik mereka dan jelaskan pembikinan Misi Aina, Alhamdulillah semua pelakon tersebut berminat dan katakan ia satu naskah di luar kotak.
“Beto sendiri mengatakan nilai yang diterima bukan menjadi ukuran namun jalan cerita yang ditampilkan,” tambahnya.
Keseluruhan jalan cerita dan skrip dinukil sendiri oleh Hafiz dengan mesej yang ingin disampaikan berkisar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isterinya, Syafiqah Aina.
Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.
Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.
Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.
Misi Ainaa bakal ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty mulai 22 Februari 2024.
Bulan Ogos sememangnya amat istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Bulan kemerdekaan sememangnya menjadi salah satu bulan patriotisme rakyat Malaysia dan menjadi inspirasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan.
Atas inisiatif untuk sama-sama menyemarakkan kemerdekaan negara ke 67, Sabihah Gold menganjurkan Promo Ambang Merdeka khusus untuk peminat barangan kemas terutamanya wanita.
Menurut pengasas Sabihah Gold, Puan Sabihah Hashim, promo ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke Sabihah Gold di mana ia menawarkan diskaun dan promosi istimewa sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia, perasaan cinta pada negara sememangnya menjadi aspirasi untuk saling membantu antara satu sama lain. Kami di Sabihah Gold melihat ia sebagai salah satu cara untuk sama-sama membantu rakyat Malaysia mempunyai simpanan melalui pelaburan emas yang sememangnya mempunyai masa depan yang baik sebagai asas pelaburan.
Jadi, kami berharap usaha ini mendapat sambutan yang baik dari rakyat Malaysia yang melihat barangan kemas sebagai aset di masa hadapan,”ujarnya.
Sempena Promo Ambang Merdeka yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Ogos ini, Sabihah Gold mengaturkan beberapa program menarik antaranya termasuklah voucher bernilai RM5 per gram untuk setiap pembelian barangan kemas di Sabihah Gold, peraduan teka & menang serta hadiah-hadiah istimewa lain yang pastinya sukar untuk dilepaskan!
Dengan adanya promo ini, Sabihah Gold berharap dapat meningkatkan jualan barang kemas rekaan dan stok terkini yang sememangnya bakal menarik perhatian si penggemar barangan kemas.
Keistimewaan Sabihah Gold
Ketika ditanya mengenai keistimewaan koleksi emas di Sabihah Gold, Puan Sabihah Hashim mempunyai pandangan tersendiri mengenainya.
“Antara keistimewaan koleksi di Sabihah Gold yang tidak terdapat di tempat lain ialah rekaannya yang eksklusif. Saya amat mementingkan aspek kualiti dan rekaan setiap barangan kemas yang dihasilkan.
Jadi, saya pastikan setiap rekaan barangan kemas mempunyai ciri unik dan eksklusif. Selain itu, ia direka oleh pereka tempatan yang mempunyai kepakaran bertaraf antarabangsa, “ujar Sabihah yang mementingkan aspek kualiti dalam setiap barangan kemas yang dihasilkan.
Selain itu, Sabihah Gold menerapkan aspek khidmat pelanggan yang mesra dan professional untuk memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman pembelian yang memuaskan hati.Tidak cukup dengan itu, Sabihah Gold juga sering mengadakan promosi dan diskaun menarik yang berbeza untuk menarik perhatian pelanggan.
Jadi, hujung minggu ini, jangan lupa berkunjung ke Sabihah Gold yang terletak di 19, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur untuk mendapatkan diskaun menarik dengan setiap pembelian!
Khas untuk semua wanita yang ingin berjinak-jinak menjadikan emas sebagai pelaburan ataupun perhiasan, jangan lupa follow media sosial Sabihah Gold di Facebook dan Instagram @sabihahgoldhq.
Minggu ini Kongsi Kasih Jejak Jalanan Musim Ke-4 melanjutkan perjalanan ke Kg Nako Nambua, Kuala Nerang, Kedah. Menyelusuri kehidupan penuh getir wanita warga emas Tok Saodah yang berusia 90 tahun.
Paling menyayat hati walau sudah berusia namun Tok Saodah gigih menjaga anaknya yang sakit. Anak Tok Saodah, Hamid ketika ini sudah tidak mampu bekerja kerana mengalami masalah kesihatan.
Usia 90 Tok Saodah Masih Gigih Jaga Anak Sakit,
Tinggal bersebelahan dengan seorang lagi anaknya Makcik Biah yang merupakan seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak OKU lembam. Pada masa yang sama Makcik Biah hanya bekerja sebagai pengangkut getah skrap yang turut menanggung kehidupan ibunya Tok Saodah.
Apabila ditanya Tok Saodah menyakan dirinya sering menyuap anaknya Hamid makan. Dan Hamid pula turut menjaga ibunya.
“Mereka saling menjaga antara satu sama lain, anak beranak ini sangat prihatin” terang Haze yang juga merupakan hos rancangan Kongsi Kasih ini.
Pada kunjungan itu, team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise telah hadir menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga kurang bernasib baik itu. Malah Tok Saodah juga sangat terharu dengan bantuan yang dihulurkan.
Santuni Gongan Asnaf, Gelandangan dan Anak-Anak Lorong
Pulang semula ke ibu kota, istimewanya kali ini team Kongsi Kasih kemudiannya ke Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib.
Menyantuni golongan asnaf, gelandangan dan anak-anak lorong. Banyak kisah yang didedahkan ketika bertemu dengan mereka yang tinggal di bawah jambatan berdekatan Sungai di Masjid India.
Bagi kes kedua Haze bersama Abbe Hae dari Pertubuhan Jejak Jalanan, menyentuh hati apabila dapat menghulurkan bantuan dan memberi makanan pada golongan asnaf dan gelandangan di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib.
Kebanyakkan mereka sangat memerlukan bantuan malah krew Kongsi Kasih juga membantu beberapa keluarga gelandangan yang punya anak yang masih kecil. Seorang gelandangan wanita juga dibantu dengan diberikan kerusi roda.
Malah ada yang berkongsi kisah silam yang menyedihkan, keluarga tidak pedulikan sejak remaja. Malah kenangan pernah berkahwin juga sangat menyakitkan hingga wanita gelandangan yang dipanggil Mak Bae sangat sedih.
Malah team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise juga sempat berkunjung dan menghulur sumbangan pada mereka yang tinggal di bawah jambatan.
Pada masa yang sama, team Kongsi Kasih juga sempat membantu seorang wanita gelandangan yang bernama Kak Ila. Malah memberikan penempatan iaitu transit sementara buat Kak Ila.
Pertolongan yang dihulurkan oleh team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise sangatlah berharga! Mereka yang menerima bantuan sangat menghargai apa yang diterima mereka. Kisah mereka sangat memberi iktibar kepada penonton.
Jadi jangan lupa saksikan Kongsi Kasih episod ke-4 pada 7 Februari, jumaat jam 7 malam. Kongsi Kasih Musim ke-4 yang lebih wangi dengan Perfume Paradise.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...