Memang agak pelik bila lihat tanaman susah berbunga dan ada juga pokok yang tak berbuah. Walhal, tanaman ini sudah lama membesar, tapi ia tetap sama dan tak mengeluarkan hasil.
Jenuh jugalah mak-mak letak baja dan aneka campuran bahan untuk pokok mmbesar, berbunga atau berbuah. Hasilnya agak hampa.
Jadi, ada cara yang boleh mak-mak cuba untuk pastikan tanaman dan pokok berbunga serta berbuah. Melalui perkongsian Remy Soid, dia menggunakan teknik ‘sunat’ pokok agar ia membuahkan hasil.
Boleh cuba cara dia lakukan. Moga ia memberi manfaat dan membantu mak-mak di luar sana.
Semenjak kerajaan membenarkan aktiviti riadah dan rekreasi, ramai yang bertumpu di kawasan pantai, sungai, taman mahupun air terjun untuk berkelah bersama keluarga tersayang. Namun memang risau bila pergi berkhemah atau ‘camping’ di kawasan air terjun mahupun anak sungai.
Bukan apa memandangkan sekarang musim hujan kejadian ‘kepala air’ mungkin boleh berlaku. Sebenarnya kita perlu ambil tahu dan kenalpasti ada 3 jenis ‘kepala air’ bagi mengelakkan tragedi meragut nyawa dan kejadian yang tidak diingini terjadi. Sekaligus lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan memilih lokasi perkelahan.
Ramai yang risau nak camping di kawasan air terjun kerana takut dengan kejadian kepala air terutama kaum perempuan la.Jadi kat sini nak share sikit ilmu tak seberapa ni.Saya pernah merasai pengalaman ini sendiri sewaktu berkelah di Batu Hampar, Yan.
Kepala air terbahagi kepada 3 jenis.
Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat.Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa.Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai, mandi air hujan jek sudah le.
Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun, cerah saja tapi sebenarnya di kawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat. Antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni:
a-Akan datang buih putih.
b-Selepas buih datang daun-daun pokok.
c-Kemudian datang ranting kayu
d-Lepas tu air jadi amat keruh
e-Akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah.
Pengalaman ini saya rasai di Batu Hampar Yan. Kami baru saja turun untuk mandi, kemudian datang tanda-tanda kat atas. Ada adik yang baru sekolah menengah tak mau naik pasal baru saja turun.Tak puas mandi la katakan, lepas kena marah kaw-kaw baru terhegeh-hegeh nak naik. Sekali datang kepala air baru dia pucat lesi. Kalau dia tak dengar cakap kompom mati pasal dia bukan tahu berenang pun.
Benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara. Air mula bertakung dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba. Tapi benda ni jarang sangat nak jadi.
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara untuk kenalpasti ‘Kepala Air’. Jadi jika ada perancangan untuk pergi berkelah atau berkhemah di air terjun mahupun anak sungai, lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dengan perhatikan tanda-tanda ini iya. Semoga dapat mengelakkan dari berlakunya tragedi yang tidak diingini.
Biasanya bila banyak gajet dan peralatan elektrik di rumah, makin banyak lah wayar kabel yang digunakan. Bila dah banyak, memang penuh laci dengan wayar berselirat. Nak ambil kabel mana nak gunakan pun susah, kena cari dan pilih satu persatu.
Menerusi perkongsian #kemasrumahwithhani: Pengurusan Kabel oleh Dr Hani Mynis ada cara mudah untuk pengurusan kabel ini. Bila kemas kabel macam ni senang nak ambil, lebih tersusun dan tak makan masa yang lama pun. 15 minit dah siap.
Dah lama tak kongsi #tutorialhani kan? So dalam post ini hani kongsi kan langkah demi langkah projek kemas rumah mini hani. Kiranya dalam projek mini macam ni 15 minit boleh siap. Simple-simple sahaja tapi beri impak yang besar dalam pengurusan rumah kita.
Siapa yang di rumah dia ada laci keadaan macam dalam gambar pertama ni. Gigih sangat hani menyepahkan ruang untuk buat tutorial ni taw haha siapa bersalah ada laci penuh dengan wayar macam ni baik ngaku. Hahaha rasa nya masalah ni common kot kat kebanyakan rumah. Satu laci penuh dengan wayar segala jenis kabel, charger, usb cord, plug, ear phone, power bank.
Bila nak guna mula lah stress bila wayar-wayar tu berselirat melekat antara satu sama lain. Benda nak cepat jadi lambat. Kalau hani memang kurang kesabaran kalau jadi macam ni kalau time nak cepat. Hehe so penyelesaian paling bagus : kita organise benda alah tu. Nak ambil nanti senang je.
Jom tengok langkah demi langkah pada setiap gambar. Langkah demi langkah ni secara umumnya sama sahaja bila kita nak kemas sesuatu ruang. Ulang langkah yang sama.
Hani kongsikan sekali barang yang hani guna untuk penstoran kabel-kabel untuk rujukan. Feel free to ask anything ya.
Semoga bermanfaat.
SEBELUM
Siapa bersalah ada laci serupa gini kat rumah dia hehe jangan risau ni memang normal. Kita tak peruntukan masa untuk uruskan dia mmg jadi gini hehe hani buat ni 15 minit je. 15 minit of hardwork, seumur hidup bahagia bila dah ada sistem.
SELEPAS
Nak amik mudah, tak perlu mencari cari. Tak perlu betulkan wayar berselirat time tu jugak nak guna. Kalau seisi keluarga nak cari pun senang. Tak payah kita buka kaunter pertanyaan. Ada berlabel siap hehe
Keluarkan semua harta karun. Kosongkan laci. Mesti kena keluarkan semua. Longgokan kat satu tempat. Dalam langkah pertama ni selalunya ada dua cara iaitu
1. Keluarkan semua dulu. Longgok satu tempat. (Hani guna cara ini).
2. Keluarkan satu-satu. Sambil keluarkan sambil sorting (asingkan). Ini selalu hani guna kalau kemas baju , buku, peralatan dapur. Lebih praktikal cara ini. Lagi cepat.
Untuk uruskan kabel-kabel wayar ni hani guna cara 1 sebab lebih praktikal. Lambat nak keluarkan satu satu dengan wayar berselirat bagai haha
Baru sorting ikut kategori. Longgokan besar tadi kita pecahkan kepada longgokan kecil mengikut kategori. Kita deal ikut kategori.
Contoh hani buat kategori pertama dulu iaitu EARPHONE. Masa ni hani buat proses sisihan iaitu hani asingkan mana yang masih elok mana yang sudah rosak. Kena test satu-satu earphone.
Dah berjaya asingkan yang rosak dan yang masih elok. Yang rosak boleh terus buang.
Sekarang kita uruskan wayar2 kabel2 yang kita dah leraikan satu-satu tadi supaya dia tak berselirat balik antara satu sama lain. Hani guna Velcro tape ni je. Hani suka yang ni sebab panjang nya kita boleh adjust. Just potong ikut keperluan. Ada hani kongsi screenshot shopee. Scroll smpi habis post ya.
Potong lah kepada beberapa keping.
Ha kan kemas tu.
Sekarang hani nak buat proses SUSUN ATUR pula. Bagi hani langkah ni paling tricky. Pemilihan bekas penstoran sangat penting. Dari segi saiz, bentuk, warna, praktikaliti. Kalau style hani memang hani ukur sebelum beli. Hani guna teknik template surat khabar yang hani dah pernah share dulu. Supaya dapat bekas yang ngam ngam dengan ruang. Hani guna bekas untuk simpan cabel dari Shopee. Hani ada kongsi screenshot juga dalam post ni. Scroll sampai habis ya. Yang bekas ala2 akrilik tu beli di ECO sahaja. RM2.10.
Masuk kan kabel yang kita dah ikat kemas dalam bekas yang kita dah pilih tadi. Hani suka bekas ni sebab penutupnya attach dengan bekas. So kes nak hilang penutup jadi kurang hahaha
Micro charger
Masih dalam proses susun atur iaitu melabel. Melabel ni langkah paling akhir dan paling penting dalam proses susun atur. Kalau tak label boleh dikatakan proses susun atur yang kita buat dari awal tadi sia-sia. So pastikan label ya. Kalau tak label mcm kita sediakan rumah tapi tak ada alamat. Susah nak maintain sistem susun atur yg kita dah buat.
Hani guna label maker niimbot model B21. Ni baby baru hani. Hahaha untuk label addict macam hani disarankan beli. Sticker saiz 50×15.
Sekarang kita nak susun balik bekas penstoran dalam rumahnya kan? Tadi kita dah keluarkan semua barang dalam laci ni. So mesti ada habuk-habuk yang tinggal. Kena bersih laci. Ini Step pembersihan.
Nak membersih hani buat wet cleaning atau lap basah dulu. Untuk hilangkan kotoran dan tarik habuk2 dalam laci. Guna furniture wipes dari Eco je. Kalau perabot jenis melamine board, keberangkalian ada kulat sangat tinggi. Tips hani titiskan sikit minyak (essential oil/zaiton/baby oil/minyak masak). Dan lap permukaan. Buat lepas dah bersihkan secara wet cleaning.
Lepas buat lap basah mesti kena lap kering. Step ni ramai yang terlepas pandang. Untuk elakkan habuk senang berkumpul semula selepas kita dah lap. Permukaan basah lagi senang tarik habuk dari permukaan kering. Lagi satu untuk elakkan cepat tumbuh kulat pada permukaan perabot. Hani guna microfiber cloth untuk lap kering. Dah siap baru susun semula bekas penstoran dalam laci ni.
Close up label untuk kabel-kabel sebagai rujukan.
Usb charger empat jenis kategori kat rumah hani
Micro
ios
Type C
ios-type c
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada masalah wayar kabel berselirat penuh dalam laci tu, boleh ikut cara pengurusan kabel yang dikongsikan ini. 15 minit siap, lebih tersusun dan mudah nak ambil.
Rasanya rata-rata daripada kita suka sidai baju dalam rumah. Lebih-lebih lagi, bila basuh pada waktu malam dan tak kurang juga yang memang suka jemur di dalam rumah atas sebab-sebab tertentu.
Biasanya kalau sidai baju dalam rumah disebabkan oleh tiada ampaian, tinggal di apartment dan mungkin juga yang sudah terbiasa jemur di dalam rumah. Ada juga yang memberi alasana kerana takut hujan dan tiada orang di rumah. Jalan selamat, jemur saja dalam rumah.
Ada sesetengah alasan mungkin boleh diterima bila sidai baju dalam rumah. Tapi, sebenarnya ia tidak elok untuk kesihatan diri dan keluarga yang kita tak nampak.
Ini antara sebab tidak elok sidai baju di dalam rumah dan kesannya yang perlu kita tahu.
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan Sistem Ketahanan Badan
Boleh melemahkan sistem ketahanan tu buh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin dise rang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangkutt, cuci kering lagi selamat.
Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, kita ingat benda ‘simple’ ini ok saja. Tapi, kita tak tahu apa akan berlaku nanti. Kalau boleh, elak dan jangan biasakan.
Sumber: PetuaIbu
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan