Tular di media sosial perkongsian wanita muslimah yang memberi tip percutian bajet bersama BF iaitu duduk sebilik, berkongsi tidur sekatil. Katanya, dia tidur bertudung dan berselimut.
Akuinya lagi percutian sedemikian bukan saja jimat duit malah ‘rasa selamat’ bercuti dengan teman lelakinya itu. Bila ditanya, tidak takutkah berzina. Jawabnya, ‘jaga niat’.
Biar apa pun alasan yang wanita ini berikan, lelaki dan wanita tidak boleh berdua-duaan apatah lagi berkongsi satu bilik semacam ini. Kerana, apa yang dilakukan itu menjurus ke arah maksiat.
Hadamkan penjelasan Najmi Farisham ini betapa konsep percutian jimat sebegini mengundang maksiat malah amat membimbangkan sekali.
Berdua-duaan Dengan Bukan Mahram Sebilik
Astaghfirullah!
Ini sebenarnya maksiat. Duk berdua-duaan dengan bukan mahram dalam 1 bilik.
Biarpun yang perempuan tu tidur bertudung, pakai stoking, berpurdah sekalipun. Yang lelaki pula siap berserban contohnya, itu tetap maksiat.
Dah tu pula, tidur sekatil. Eh, boleh pula letak bantal di tengah kononnya nak elakkan sentuhan. Jangan menormalisasikan perkara sebegini weh.
Lelaki dan perempuan tak boleh berdua-duaan sebegini. Nabi SAW dah kata, akan datang yang ketiga iaitu syaitan untuk menghasut itu dan ini.
Dekat sini bolehlah gebang kuat iman. Bila dah sebilik, tak ada iman dah jadinya. Bukan kita tak pernah dengar berita pak imam, pak ustaz, ustazah yang buat hal.
Secara logiknya, mereka lagi kuatlah imannya kan? Tapi percayalah, godaan dan hasutan syaitan ini sangat dahsyat. Hafal al-Quran 60 juzuk sekalipun, kalau dah tergelincir memang parah.
Sebab itu, al-Quran pesan supaya kita menjauhi zina. Zina, bukannya bila melibatkan hubungan s4ks sahaja. Bahkan perkara yang mendorong ke arah itu juga perlu dijauhi.
Tak payah lindunglah benda maksiat sebegini dengan kononnya solat asing-asing. Masa mandi, seorang turun lepak bawah. Heyyy heyyy!
Maksiat tetap maksiat.
Batasan Pergaulan Lelaki Dan Perempuan
Kena fahamkan balik apa itu batasan pergaulan lelaki dan perempuan. Nak berkawan tak salah, tapi sampai tidur sebilik weh, ini sangat salah. Jangan duk buat rileks, tak rasa salah apa-apa.
Peranan dakwah, berada di pundak setiap daripada kita. Sampaikan perkara yang benar dalam agama. Kena banteras perkara sebegini sebelum ia menular lebih parah dalam masyarakat kita.
Ads
Ingatlah, kita ada agama yang menjadi panduan. Kita ada iman yang perlu disemai. Kita ada maruah yang perlu dijaga. Jangan ambil mudah. Bila agama dah larang, itu maksudnya hal tersebut sangat serius.
Sumber/Foto : Najmi Farisham,
Jangan menormalisasikan aktiviti maksiat.
#NF
Mingguan Wanita : Tak semua perkara boleh dibuat ikut logik akal semata. Selagi belum berkahwin, ada batasan yang perlu anda jaga. Maruah diri seorang wanita itu amat mahal harganya.
Remy Ishak akui belum diberi rezeki timang cahaya mata. Begitulah luahan pelakon terkenal Remy Ishak apabila berlegar sebelum ini gosip tentang isterinya, Ezza Yusof dikatakan sudah berbadan dua.
Pemilik nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak juga mendedahkan dirinya dan isteri Ezza belum diberi rezeki menimang cahaya mata.
Remy Ishak Akui Belum Diberi Rezeki
Seperti mana dipetik menerusi BH Online, Remy menerangkan dirinya ada berkongsi dengan pelakon Amyra Rosli tentang hal tersebut.
“Belum ada rezeki lagi.
“Saya sebenarnya ada kongsi rasa takut kepada Amyra Rosli.
“Saya takut hendak membawa watak Zafran dalam drama Jangan Menangis Cinta.
“Semuanya kerana saya takut tiba-tiba isteri saya hamil pada masa saya menghidupkan watak Zafran yang emosi dan tidak sukakan anak cacat.
“Saya jadi fobia. Kemudian, baru-baru ini, tular dakwaan orang ramai nampak ‘baby bump’ isteri saya.
“Saya paling gementar saat itu.. Sudahlah saya sedang membawa watak Zafran,” ungkapnya.
‘Baby Bump’ Kelirukan Penglihatan
Menerang lanjut tentang isu itu, Remy menerangkan isu tersebut mula timbul apabila isterinya menyarung baju besar hingga mengelirukan penglihatan orang.
“Isteri cakap tiada apa-apa, hanya baju yang besar.
“Mungkin orang terlalu teruja dan tersalah pandang.
“Mungkin juga orang berharap. Iyalah, saya sudah bernikah beberapa bulan. Saya pun berharap buat masa ini, sementara saya sedang melakonkan watak Zafran iaitu bapa yang pembenci, kami bertenang dululah,” sambungnya yang turut menjelaskan drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu akan mula disiarkan pada 21 Mac depan di Astro Ria.
Susahnya rasa hati bila tanaman yang mak-mak belai dan sayang tu dihabiskan serangga perosak. Baik belalang mahupun ulat rama-rama tu. Apa kata cuba kaedah jimat campuran nescafe dan yakult ni.
Perkongsian Sara Saad dalam grup Alahaii Ekonomi : Mari Tanam Sayur! ini antara cara jimat kos yang memberi faedah yang maksimum dalam bidang pertanian.
Racun Nescafe Dan Yakult (Susu Masam) Ni Menjadi
Bahan diperlukan
Nescafe (kerana kuat kafeinnya) 2 sudu teh.
Yakult 1 botol kecil.
1/4 cawan air panas.
Caranya
1. Nescafe 2 sudu teh dilarutkan dalam 1/4 cawan air panas. Biar sehingga sejuk. Bila dah sejuk masukkan Yakult (botol warna kuning) dan kacau hingga sebati.
2. Nisbah ini dicampurkan dengan 20 liter air dalam tangki penyemburan (Pastikan tangki ini telah dibasuh bersih-bersih dengan sabun sekiranya telah digunakan).
Wajib Tahu
Ia perlu disembur selepas 4 petang untuk pertumbuhan mikroorganisma.
Masa penyemburan adalah 2 kali, iaitu 10 hari selepas penanaman sayur-sayuran ke batas/polibag dan sekali lagi selepas 25 hari penanaman, jumlah 25 hari ini sayur sudah dapat dituai. (siram pada hari yg ke sepuluh dan hari yang ke 25 selepas penanaman).
Bancuhan penghalau serangga ini untuk tanaman sayur-sayuran membolehkan sayur-sayuran kita segar dan terasa manis.
Mengapa kopi? Kopi dengan Chlorophylic Acid Caffeine merbahaya kepada serangga perosak yang terdapat dalam plot sayur-sayuran.
Cara ini berkesan dan tidak membahayakan tumbuhan dan manusia. Oleh itu, cara ini sangat penting untuk pengeluaran pertanian yang baik dan selamat.
Arma Rahman Tidak Suka Berlebih-Lebihan. Lebih 20 tahun mendirikan jenama fesyen dengan identiti dan ciri tersendiri, Arma Couture terus menjadi pilihan ramai terutamanya menjelang musim perayaan.
Menghargai sokongan diberikan, jenama fesyen yang diusahakan oleh pereka terkenal, Arma Rahman itu tampil melancarkan Luxe Raya Arma Couture 2024 menerusi satu pertunjukan fesyen yang memperagakan 30 rekaan baju raya termasuk koleksi Baju Melayu.
Acara yang berlangsung di The Avenoir, Putrajaya baru-baru ini mendapat sambutan meriah, malah maklum balas positif terhadap koleksi yang hadir dengan pelbagai pilihan, baik tradisional mahupun moden kotemporari.
Arma Rahman Tidak Suka Berlebih-Lebihan
Mengulas tentang koleksi Luxe Raya Arma Couture 2024 secara keseluruhan, Arma yang kali terakhir mengadakan pertunjukan fesyen raya secara solo pada 2015 itu, berkata, ia merupakan koleksi raya eksklusif atau tempahan khas yang direka mengikut permintaan pelanggan.
“Sebelum ini saya ada menyediakan koleksi ‘ready to wear’, tetapi tahun ini kembali kepada konsep asal saya iaitu ‘custome made’. Saya percaya rekaan sebegini mempunyai pengikut tersendiri dan ramai yang masih setia sehingga sekarang.
“Sebagai pereka yang sudah 20 tahun berada dalam industri, saya selalu berpegang kepada praktikaliti, romantik dan sense. Itu ciri-ciri penting rekaan saya kerana tidak suka berlebih-lebihan dengan mencipta sesuatu untuk menarik perhatian, tetapi tidak selasa dipakai.
“Saya hanya mementingkan kualiti, ketelitian jahitan dan seni kombinasi material untuk kesemua rekaan saya. Tidak hanya untuk baju raya, tetapi juga bagi pakaian yang digayakan pada acara-acara lain termasuk perkahwinan,” katanya yang cukup dikenali sebagai pereka yang mempunyai ciri ketelitian jahitan dalam rekaannya.
Baju Melayu ‘See Through’
Namun paling menarik perhatian, tentunya koleksi Baju Melayu ‘see through’ yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan cuba merosakkan nilai-nilai budaya Melayu yang cukup sinonim dengan elemen kesopanan dan kesantunan.
Menurut Arma atau Wan Armatajali Abdul Rahman, sebagai pereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, dia sekadar mahu mencipta kelainan dan memberi lebih pilihan kepada pembeli yang gemar berfesyen.
“Sebenarnya ia terpulang kepada si pemakai. Kalau mahu nampak lebih sopan, boleh sahaja dipakai bersama t-shirt atau singlet di dalam. Saya percaya jenis Baju Melayu ini sebenarnya sesuai dengan keadaan cuaca panas di negara kita.
“Walaupun tampil dengan rekaan sebegitu (see through), saya tidak ‘melucahkan’ baju itu. Cuma membuat kelainan dari segi penggunaan material iaitu inovasi yang dilakukan dengan menggunakan chiffon.
“Hanya baju sahaja yang ‘see through’ tetapi seluar dilengkapkan dengan lining, malah tetap sopan apabila dipadankan dengan sampin,” jelasnya yang ditemui pada majlis pelancaran koleksi tersebut.
Pertunjukan fesyen Luxe Raya Arma Couture 2024 yang turut menampilkan kolaborasi bersama The Avenoir menerusi pelnacaran Bufet Ramadan Sesedap Rasa itu menampilkan Nana Mahzan sebagai hos, selain diserikan persembahan daripada Bob Yusof dan Salma Asis.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...