Menjelang 8.8, platform e-dagang Shopee menawarkan jualan bagi kategori fesyen dan kecantikan yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen dan produk kecantikan untuk golongan wanita! Tawaran eksklusif yang akan berlangsung mulai 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024ย yang pastinya akan menjanjikan pengalaman yang lancar kepada pengguna kerana segalanya hanya di hujung jari.
Lebih menarik, Shopee akan memberikan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari agar pengguna boleh mendapatkan trend Fesyen terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan.
Tidak cukup dengan itu, kempen ini juga menawarkan baucar setiap hari pada jam 12 tengahari untuk pelbagai pilihan fesyen yang terkini, anggun dan moden. Selain itu pelbagai produk kecantikan yang pasti akan menyerlahkan kejelitaan wanita turut boleh didapati.
Pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat ini setiap hari pada jam 12 tengah hari!
Jangan Lepaskan Peluang!
Golongan wanita yang gemar kepada fesyen dan produk kecantikan anda boleh menjimatkan wang bila membeli belah barangan kesayangan dan pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan keuntungan padu kempen 8.8 ini!
Paling istimewa anda boleh menikmati penghantaran percuma untuk semua produk fesyen dan kecantikan kegemaran, jangan lupa untuk menuntut dan menggunakan baucar anda pada pukul 12 tengah hari setiap hari!
Ads
Tanpa Perbelanjaan Minimum!
Paling seronok Shopee mengadakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum untuk barangan fesyen dan kecantikan. Baucar ini akan dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari setiap hari. Nantikan tawaran masa terhad dan baucar tambahan diskaun 50% untuk direbut!
Tawaran Masa Terhad
Bagi anda yang mementing gaya dan penampilan yang menarik, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Ads
Malah bagi meningkatkan lonjakan kategori fesyen dan produk kecantikan Baucar Penghantaran Percuma (FSV) akan diperbaharui pada pukul 12 tengah hari setiap hari, berakhir pada pukul 11:59 pagi keesokan harinya.
Paling menggembirakan pelanggan Shopee akan mendapat diskaun sehingga 70% daripada jenama fesyen dan kecantikan terkemuka serta baucar tambahan diskaun 50% untuk produk jualan terbaik.
Menampilkan pelbagai pilihan fesyen trendy pada tawaran yang tidak dapat ditandingi, Shopee adalah destinasi utama rakyat Malaysia untuk pembelian barangan fesyen berbaloi tanpa risau.
Bukan itu sahaja, sempena musim sukan ini, Shopee kini memperkenalkan Shopee Games 8 malam! Pastikan anda bermain “Putar & Menang Jongkong Emas 999 10g” (bernilai RM 4,000 seketul) setiap 8 malam dari 8 Ogos hingga 11 Ogos! Selama 4 hari, setiap hari akan ada seorang pemenang; jadi setiap 8pm spin, mungkin orang yang bertuah itu adalah anda!
Jangan lepaskan peluang beli-belah tanpa risau sempena 8.8 di Shopee! Untuk maklumat lanjut layari 8.8 Festival Shopee Live dan nikmati pelbagai tawaran hebat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pekerja wanita ditikam dalam rompakan kedai, berjaya halaang suspek dipercayai warga asing larikan wang tunai. Tular di media sosial rakaman video melibatkan rompakan sebuah kedai francais jualan aiskrim popular Mixue di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Dalam kejadian semalam dari sumber awal, kelihatan dari video dikongsi di media sosial, kedai minuman popular ini dimasuki seorang lelaki yang memakai pelitup muka. Dapat dilihat lelaki ini terus mengambil sebilah pisau dan kemudian mengejar pekerja tersebut sebelum menikamnya sebanyak 8 kali seperti dilaporkan sebuah portal.
Melalui paparan data rakaman kamera litar tertutup (CCTV), difahamkan kejadian tersebutย berlaku kira-kira pukul 11.25 pagi. Melalui klip berdurasi dua minit lebih itu, premis ini kelihatan lengang dan mangsa berada di bahagian dapur.
Suspek dipercayai warga asing pada mulanya berada di hadapan kaunter sebelum menuju ke arah mangsa dan terus mengejar dan menyerang mangsa sebelum menikamnya bertubi-tubi.
Mangsa dilihat cuba melawan dan melarikan diri namun suspek terus mengejar mangsa.
Rompakan kedai mixue dekat Taman Sri Muda..anak AZMAN SANIโฆadik izmah yang wahida tu..
ย Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, semakan rakaman CCTV berjaya mendapatkan wajah sebenar suspek.
Katanya, usaha sedang giat dijalankan oleh pihak polis untuk kesan dan tangkap suspek pada kadar yang segera.
Jelas beliau lagi, ketika kejadian mangsa yang berusia 21 tahun seorang diri di tempat kejadian dan polis menerima laporan daripada abang kepada mangsa pada pukul 11.40 pagi hari kejadian (Selasa).
โHasil siasatan mendapati kejadian lebih kurang pukul 11.30 pagi, semasa mangsa bekerja seorang diri di kedai tersebut sementara menunggu pekerja-pekerja lain untuk masuk bertugas.
โSuspek merupakan seorang lelaki memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau pemotong kertas cuba melakukan samun ke atas mangsa namun berjaya dihalang oleh mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam oleh suspek,โ katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Mohd Iqbal, mangsa yang dirawat di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang pada pukul 1.00 pagi Selasa. Setakat ini jelas beliau, tiada sebarang kerugian dialami oleh mangsa mahupun pihak syarikat mangsa.
โSiasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
โMana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid di talian 0136544996,โ katanya.
Beruntungnya Hannah Delisha, kehadirannya sentiasa pukau orang ramai. Mana tidaknya figura yang juga anak kelahiran Kota Singa ini cukup beruntung kerana memiliki raut wajah yang jelita.
Kulitnya yang mulus menarik perhatian ramai hingga ada desas desus yang menyatakan dirinya sebagai pelaris pada jenawa produk kecantikan.
Bergelar penyanyi dan pelakon juga sebagai ikon fesyen dan personaliti media sosial bukanlah satu perkara yang mudah.
Wanita yang juga isteri kepada Imam Shah ini sebenarnya mengamalkan gaya hidup sihat disamping sangat mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah.
Selain daripada bakat dalam nyanyian dan lakonan, Hannah Delisha juga mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta. Malah pengaruh Hannah dalam industri hiburan tempatan menjadikannya pilihan untuk pelbagai jenama dan kempen, menambah lagi kepada kredibilitinya sebagai seorang artis serba boleh.
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
โAlhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo.
โSaya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,โ kongsi Hanna yang terkenal dengan sikapnya yang merendah diri.
Menurut Hannah, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.
โSaya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan,โ katanya.
Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.
โAlhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif. Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak.
โConboo adalah untuk semua orang. Sama ada anda seorang selebriti, usahawan, suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang bermimpi untuk menjalani kehidupan yang yakin dengan mempromosikan gaya hidup sihat, produk ini direka khas untuk anda.
โPaling penting produk ini melangkah masuk dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar. Ramuan premium semula jadi terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.
โDengan jadual yang padat sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional, Beau3 Milk by Conboo sememangnya bantuan yang besar ke arah gaya hidup sihat saya,โ kongsi Hannah yang semakin terserlah kejelitaannya.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
ย
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sempena sambutan ulang tahun kelima WonderLab dan WonderDewi, acara Pop-Up sementara diadakan di The Starhill Bukit Bintang selama empat hari bermula hari ini dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 1hb September 2024.
Pastinya acara ini menjanjikan satu keajiban di mana melangkah saja masuk ke pop-up WonderLab dan WonderDewi anda akan terpukau dengan tawaran menarik yang disediakan. Jadi beramai-ramailah hadir dunia di mana produk kecantikan boleh dibeli seakan barangan runcit di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up, direka untuk memukau, menginspirasi, dan memperkasakan pengunjung untuk โBe Iconicโ.
Membeli belah berlatar belakangkan pemandangan di tengah ibu kota Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang, pengalaman pasar runcit yang memikat, dan bertenaga ini direka khas untuk menyambut ulang tahun ke-5 WonderLab dan WonderDewi.
ย
Sempena sambutan ulang tahun mereka yang kelima, WonderLab dan WonderDewi telah memperbaharui siri penjagaan kulit mereka dengan memperkenalkan dua barisan produk wajah baru dan rumusan yang diperhalusi.
Dirumus khas untuk rakyat Malaysia dan cuaca Malaysia, WonderLab dengan siri WonderLab Ageless Pre-Ageing, menawarkan produk pra-penuaan terkini untuk kulit yang tampak lebih muda dan tegang, manakala WonderDewi pula dengan siri WonderDewi Cica, memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baru dengan produk yang melegakan, mencerahkan, dan menghidrasi kulit.
Sewaktu pelancaran tengahari tadi, Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab | WonderDewi, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe) dirinya begitu teruja dengan hadirnya siri terbaru WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica.
โSempena sambutan ulang tahun kelima ini, kami teruja berkongsi siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui ini.
โKedua-dua barisan produk yang baru dilancar kini sedia untuk merancakkan pasaran dengan rumusan terbaru yang mustahil tanpa teknologi paling terkini, sekali gus menyampaikan solusi kecantikan dan kesejahteraan yang transformatif kepada rakyat Malaysia.
โPelancaran hari ini juga menggariskan komitmen kami yang berterusan untuk meluaskan lagi kebolehan inovasi dan kecemerlangan kita. Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi kami untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain dari yang biasa.
โSiri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan yang efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda. Bersama, kedua-dua barisan produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit melalui semua peringkat hidup, dari pengguna yang baru berjinak dengan dunia penjagaan kulit, kepada peminat penjagaan kulit yang lebih arif. Seterusnya, kami sangat bersemangat untuk terus berinovasi dan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dengan tawaran penjagaan kulit yang berprestasi dan senang diterima pakai, supaya mereka akan terinspirasi untuk โBe Iconicโ,โ kongsi Encik Hoe.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing merupakan formulasi terkini pra-penuaan yang menyediakan โTrio Youth Effectโ iaitu ketegangan, keanjalan, dan kecerahan. Walaupun siri ini masih lagi menampilkan formulasi unik Trio Black ComplexTM yang terdiri daripada kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, bahan-bahan tersebut kini dipetik dari Pulau Jeju di mana ia dipupuk di dalam keadaan pulau yang bersih dan tanah gunung berapi yang penuh dengan zat mineral. Siri yang baru dilancarkan ini juga menggunakan sains terkini untuk memanfaatkan kekayaan semula jadi Jeju melalui proses pengekstrakan terbaru yang mesra alam, Hyalsquizโข, yang boleh memetik sel tumbuhan secara terus sambil meningkatkan kesan kelembapan bahan-bahan tersebut.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menampilkan Toner Essence Niacinamide (Niacinamide Toner Essence), yang menawarkan kebaikan toner dan esen 2-dalam-1 untuk memudahkan rutin penjagaan kulit, di mana 91% pengguna mendapati kulit lebih tegang selepas 2 minggu, 100% melihat keanjalan lebih baik dalam 4 minggu, dan 91% mendapati keserian kulit segera dalam masa 3 minggu. Ia juga mengandungi Masker Tidur Black Ginseng (Black Ginseng Sleeping Mask) yang mencergaskan dan memberi tenaga kepada kulit semalaman, meningkatkan peredaran darah dan kolagen, serta memastikan kulit muka segar di pagi hari, bersama Pembersih Muka Grapeseed Oil (Grapeseed Oil Cleansing Balm), Pelembap Muka Resurrection Plant (Resurrection Plant Moisturiser), dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide (Zinc Oxide Tone Up Sunscreen).
Siri WonderDewi Cica pula direka sebagai perkenalan yang praktikal bagi mereka yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit. Set 4-serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baru, menjadikan asas yang kukuh bagi kulit muka yang sihat. Dirumus khas untuk cuaca di Malaysia, siri WonderDewi Cica yang baru dilancarkan ini mengandungi Tecamin-CTM, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi yang ditumbuh dengan teliti menggunakan teknik penanaman terkini. Dengan gabungan khasiat Cica dan Vitamin C, siri ini memberikan hidrasi yang melegakan dan meningkatkan seri muka untuk memenuhi keperluan kulit wajah tempatan. Jelas sekali pilihan praktikal bagi sesiapa yang ingin memulakan rutin penjagaan kulit yang efektif dan mudah.
Siri WonderDewi Cica menampilkan Pelembap Prebiotik (Prebiotic Moisturiser), diperkaya dengan prebiotik dan Tecamin-CTM, yang menyegarkan dan mencergaskan kulit dengan segera, mengimbangi mikrobiom, serta mengawal sebum dan keradangan untuk kulit muka yang lebih cerah. Siri ini juga menampilkan Pembersih Muka Asid Amino (Amino Acid Cleanser), Toner Hyaluronic (Hyaluronic Toner), dan Pelindung Matahari Niacinamide (Niacinamide Sunscreen), yang melengkapkan lagi keperluan asas rutin penjagaan kulit.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica yang diperbaharui akan boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online daripada TikTok, Shopee, dan Lazada.
Paling seronok pada majlis ini juga diumumkan WonderLab dan WonderDewi tidak lama lagi akan dijual di kedai Watsons terpilih seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan strategik untuk mengembangkan saluran pengedaran WonderLab dan WonderDewi.
Jualan terhad pop-up mart ini menawarkan solusi lengkap kecantikan dan kesihatan, termasuk siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui dan dilancarkan pada acara tersebut. Selain pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan, pop-up mart ini juga akan melibatkan pelawat dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang nostalgik, dan analisa kulit percuma.
Mencerminkan semangat sejati belian runcit, pop-up mart ini juga menampilkan pelbagai promosi termasuk tawaran happy hour, diskaun eksklusif 10% seluruh kedai (termasuk promosi lain-lain lagi) berserta hadiah percuma dengan belian, seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399, mengesyorkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan hati.
Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri ke acara ini, mereka masih boleh mendapati tawaran eksklusif melalui strim langsung 48-jam istimewa dalam laman TikTok WonderLab (@wonderlab_my), dari 29 Ogos hingga 1 September, setiap hari dari 10 pagi ke 10 malam.
Akhirnya wanita jerit perkataan 'busuk' dan 'tak mandi' yang dikecam berkait video sekumpulan pelancong dari Malaysia ketika berada di tempat awam di China, tampil membuat permohonan maaf.