Tanpa Telefon Suami Isteri Tetap Boleh Kekal Terhubung, Ustazah Kongsi Caranya

Pernah kan dalam satu-satu masa, isteri tak dapat nak hubungi suami. Berkali menelefon, tak juga diangkatnya. Risau.. gundah rasa hati kan. Macam-macam bermain di fikiran tu. Rasa susah jika pasangan tiada ‘handphone’ ini. Jadi sukar nak kekal terhubung antara satu sama lain.

Kongsi Ustazah Hannan Alias ini, ada cara macam mana nak jadikan hubungan hati suami isteri itu kekal terhubung. Ada tiga cara yang boleh suami isteri praktikkan.

Agar Hubungan Hati Suami Isteri Kekal Terhubung

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Subhanallah..
MasyaAllah..
Tabarakallah..
Pagi!!
Hari ini kita suami isteri dihubungkan dengan satu perkara yang dinamakan perhubungan. Contoh.. Suami di ofis. Isteri di rumah. Cara kita berhubung adalah melalui handphone. Call, video call, sms, whatsapp, fb, telegram dan sebagainya.

Itulah antara cara kita berhubung dengan suami atau isteri kita saat ini. Andai kata suatu hari nanti handphone tiada. Media sosial tiada. Apa yang membuatkan suami atau isteri tadi terus berhubung?
Katakanlah..

Kita call pasangan kita. Handphone dia tertinggal dalam kereta. Kita call banyak kali. Pasangan kita tak angkat. Whatsapp tak respon. Apa perasaan kita saat itu? Marah? Bengang? Maka 1001 prasangka yang datang bertandang di hati kita.

Yang diawalnya boleh tenang. Boleh relax. Akhirnya.. tak sabar. Macam-macam duk bermain di hati dan fikiran saat itu.

Sebab tu dalam rumah tangga ni, Allah mencipta suatu hubungan paling istimewa antara suami dan isteri iaitu rasa hati.

Jadi hari ini, saya nak share dengan anda semua tentang rasa hati yang bagaimana dengan 3 cara boleh membuatkan suami dan isteri boleh terhubung hati mereka.

3 Cara Jadikan Rasa Hati Suami Isteri Terhubung

Suami atau isteri, jika nak terhubung rasa hati, mereka mestilah jadi orang yang rajin berkhidmat untuk pasangan. Contoh ; suami ke dapur dan lihat pinggan mangkuk yang kotor penuh sinki, tanpa bersoal banyak, suami terus basuh. Buat tanpa rasa apa-apa. Buat sebab atas dasar nak berkhidmat kepada isteri semata. Nak hiburkan isteri. Allah suka.

IKLAN

Isteri pula bila pergi kedai. Nak beli barang. Beratur nak bayar, tengok suami terbelek-belek beg duit. Duit tinggal seringgit dua je. Isteri tanpa berkira terus keluarkan duitnya dan bayar. Tanpa sebarang komplain. Tapi isteri tadi belajar untuk berkhidmat pada suami.

1. Berkhidmat.

Bila kita saling berkhidmat dalam rumah tangga, maka Allah akan connect hati kita dengan pasangan. Suami isteri takkan buruk sangka dan akan sentiasa merasakan pasangan dia lah yang
terbaik

Ini semua bermula bila suami isteri saling berkhidmat antara keduanya kerana Allah.

2. Memberi.

Nak bina hubungan hati antara keduanya ialah kita kena ada satu sifat iaitu memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Sebagai suami, apa sahaja yang diberi tak harap pun isteri balas. Yang penting Allah suka. Nabi gembira. Allah terima setiap khidmat yang diberi itu.

Begitu juga dengan isteri. Apa sahaja khidmat yang dilakukan kepada suami adalah semata kerana Allah. Bukan sebab supaya suami tak kahwin lain. Atau niat berbuat baik untuk suami hanya setia pada dia.

IKLAN

Contoh ; isteri masak penat-penat. Suami jenis tak pandai nak sweet talker. Lupa nak cakap terima kasih. Bagaimana biasanya isteri itu rasa.. mesti sedih kan.

Tapi isteri yang buat khidmat kerana Allah. Buat semata nak Allah redha. Nak Allah suka. Nak buat Nabi gembira. Maka, Allah sendiri lah yang akan gerakkan hati suami tu untuk menghargai isteri itu.

Allah boleh buat. Allah boleh gerakkan hati suami. Akhirnya suami akan patah balik. Minta maaf dengan isteri dan ucap terima kasih kepada isteri.

Sebelum cari kesalahan isteri, suami tengok dulu diri apa yang kurang.

3. Merasa kebaikan itu dorongan Allah.

Suami isteri yang berkhidmat dan berbuat baik kepada pasangan harus merasakan yang setiap kebaikan yang dibuat itu dorongan dari Allah.

IKLAN

Allah yang gerakkan hati kita. Jangan sekali-kali rasa kebaikan itu dari diri kita. Sebab, bila kita merasakan dari diri kita, maka itulah yang akhirnya membuatkan connection tu tiada.

Ini adalah 3 cara yang kita boleh buat dan usahakan supaya kita dan pasangan boleh merasakan hati saling terhubung antara satu sama lain.

Kita akan kekal terhubung antara suami mahupun isteri walaupun tanpa telefon.
Jelas?

Moga dapat sesuatu.

Nota bergambar : Dia tahu.. setiap kali kupas mangga. Isi untuk dia.. Biji mangga untuk isteri-isterinya.

#BeriTanpaSyarat
#RawatHatiPulihEmosi
#MyJourney165
#HakikatKehidupan

Sumber/Foto : Hannan Alias