Duhai wanita, janganlah bersedih jika jodoh kalian belum tiba. Jangan sesekali bersedih sebaliknya pilihlah untuk menjalani hidup seperti biasa. Tidak dinafikan rata-rata wanita gentar setiap kali berdepan dengan tanggapan dan stigma masyarakat yang wanita belum berkahwin adalah di kalangan terlalu memilih dan terlalu mengejar kebendaan hingga mengabaikan kehidupan berpasangan.

Sebagai manusia biasa, tentu setiap wanita apatah lagi setelah meningkat usia bimbang jika masih belum bertemu jodoh. Perlu diingat setiap kali dilanda rasa bimbang berbaliklah pada agama, soal jodoh di tangan Tuhan, bukanlah di tangan manusia.

Menurut Pakar Motivasi & Pendakwah Bebas, Syamsul Debat, penyebab jodoh lambat antaranya adalah disebabkan factor kewangan, memilih jodoh, selasa dengan apa yang ada dan kedudukan yang tinggi dalam karier.

“Satu lagi faktor yang orang tak perasan adalah tanggungjawab seseorang wanita kepada ibu bapanya. Bimbang jika berkahwin kelak, tiada siapa yang akan menjaga keluarga dan khuatir suami tidak mampu menerima kedua ibu dan bapa seadanya.

“Mengikut statistik, setiap peringkat umur memainkan peranan penting dalam mencari jodoh. Tetapi statistik hanyalah perancangan manusia, tetapi perlu diingat perancangan Allah adalah yang terbaik.

“Kita lihat situasi orang dulu-dulu, mereka bertemu jodoh tidak mengikut perancangan pun dan tidak mengikut statistik. Malah, mereka kebanyakannya dulu-dulu, percintaan bermula di hari mereka bernikah dan kadang-kadang wajah pasangan pun belum kenal sepenuhnya. Akhirnya mereka bahagia sampai sekarang,” ujarnya ketika menjadi panel jemputan MWTV hari ini.

Tanggungjawab Kepada Keluarga & Terlalu Memilih, Lambat Jodoh Bukan Kehendak Kita

Pokok Utama Dalam Jodoh

Tambah Syamsul Debat lagi, menurut Islam, selagi belum bernikah, kita sememangnya tidak dapat mengenali pasangan sepenuhnya. Perkara utama dalam perkahwinan adalah sama sekali, jangan bandingkan pasangan kita dengan orang lain.

Tanamkan di dalam hati, setiap orang melalui jambatan yang berbeza, ada segelintirnya panjang jambatannya, begitu juga sebaliknya. Masing-masing mempunyai rahsia atau cerita jodoh yang berbeza.

Oleh itu, berusaha dan berikhitiarlah dalam mencari jodoh. Selalu mengigati bahawa sebagai hamba Allah wajib yakin dan percaya dengan Allah. Percaya bahawa Allah akan kurniakan jodoh sama ada lambat atau cepat.

Bagi yang ketinggalan menonton MWTalkshow tengahari tadi dengan tajuk “Mengapa Jodoh Saya Lambat?”, jangan lupa ikuti siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8 malam nanti.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI