Buat penggemar sushi, berhati-hatilah makan hidangan berasal dari negara Jepun ini. Pastikan makan ditempat yang diyakini bersih, selamat dan seeloknya elak makan makanan mentah seperti ikan, daging dan sebagainya kerana ia boleh membahayakan kesihatan.Terutamanya bagi yang menghidap penyakit kronik, sebaiknya elak makan makanan mentah, dikhuatiri mempunyai bakteria dan sukar untuk disembuhkan.
Menerusi laporan Daily Mail,tangan kiri seorang lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan terpaksa dipotong kerana dijangkiti bakteria selepas makan makanan mentah, sushi.
Tapak Tangan Bengkak
Dalam kejadian ini, pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, tapak tangan kirinya mula mengalami kesakitan dan bengkak sebesar bola golf selepas 12 jam memakan sushi ikan mentah.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia mula mengalami demam dan kesakitan yang luar biasa di tangannya dalam tempoh dua hari, dengan tangannya yang juga tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih membuatkan dia terpaksa meminta bantuan dari doktor di sebuah hospital di Jeonju.
Ads
Saiz lepuhan di tangan pesakit berukuran 3.5 cm ke 4.5 cm, anggaran saiz sebiji boleh golf. Jangkitan itu turut menjejaskan bahagian belakang tapak tangan dan lengannya.
Ads
Pihak perubatan kemudian mengeluarkan air dalam lepuhan di tapak tangannya dan membuang tisu-tisu yang telah terjejas, serta mangsa diberi ubat antibiotik. Malangnya, rawatan itu tidak berjaya dan keadaan tangan pesakit menjadi semakin teruk dan akhirnya terpaksa dipotong.
Hidap Penyakit Kronik
Menurut sumber, pesakit juga menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang yang memerlukan dia menjalani rawatan dialisis.
Ads
Berdasarkan pemeriksaan doktor, pesakit mengalami masalah kesihatan itu kerana sistem keimunan badannya lemah kerana dia menghidap penyakit buah pinggang yang meletakkanya pesakit itu lebih berisiko untuk dijangkiti. Sedangkan orang yang normal boleh sembuh hanya dalam beberapa hari apabila terkena jangkitan bakteria.
Selepas menjalani pembedahan memotong tangan tersebut, keadaan lelaki ini semakin baik dan dia dibenarkan pulang ke rumah.
Semoga bermanfaat! Kongsikan buat penggemar sushi agar mereka lebih berhati-hati.
Memang senang rupanya nak buat kek coklat 4 sudu yang kian viral ini. Kukus dalam 20 minit sahaja dah boleh hasilkan kek yang gebu. Bukan apa, ada masa memang tekak teringin nak makan kek coklat, tapi nak buat sebiji kek besar sayang takut tak habis atau tak jadi. Jadi sebagai alternatifnya mak-mak bolehlah cuba resipi dengan sukatan adunan yang kecil ini. Rasanya sedap, nak makan pun senang, sekali ngap je!
Berikut perkongsian resipi Kek Coklat 4 Sudu oleh Puteri Shahidah yang dikongsikan didalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN):
“Terima kasih kepada yang kongsi resepi Kek 4 sudu ni.Memang power, gebu gebass.Rasa pun elok je.Kalau nak lagi sedap boleh gabungkan dengan topping coklat diatasnya. Topping tu saya main agak je bahan-bahannya, Tapi Alhamdulillah rasa ngam dengan kek.”
Bahan-Bahan:
1 biji telur
4 sudu gula
4 sudu tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
2 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan minyak masak
Cara Membuat:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.(guna garfu sahaja)
2. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat).
3.Campurkan adunan tepung tersebut ke dalam adunan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi.
4.Kemudian, masukkan pula minyak masak dan kacau sebati.
5.Kukus dalam 20 minit, siap!
Topping
4 sudu serbuk koko
50ml air @ susu cair
250 susu pekat(Ikut rasa manis masing-masing)
3 sudu Minyak masak
2 sudu besar Tepung jagung (nk bg pekat sedikit)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk, kemudian masak atas api perlahan sehingga berkilat.
2.Biarkan sejuk sedikit, tapiskan jika ada sisa ketulan. Siap!
3.Bolehlah curahkan diatas kek coklat tadi.
Maafkan Abiy, nanti kita bermain di syurga”, bapa kongsi trauma temui anak kebiruan dalam kolam renang. Setiap perjalanan hidup manusia, perjalanan takdirnya telah tertulis. Sekuat mana pun menolaknya, semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi.
Sebagai ibu bapa, kita pasti gembira dan tidak sabar-sabar menanti setiap perkembangan anak. Bermula dari kelahirannya, pembesarannya, saat dirinya merangkak hinggalah dapat kaki berjalan, semua itu pasti terakam indah dalam memori ibu bapa.
Maafkan Abiy, Nanti Kita Bermain Di Syurga
Namun manusia itu hanya mampu redha dengan ujian Allah. Berkongsi pengalaman yang teramat pahit ditelan, setelah dua bulan berlalu kejadian yang merobek hatinya, seorang bapa baru mempunyai kekuatan untuk berkongsi kisah buah hatinya, Nur Raisya yang ditemui kebiruan dalam kolam renang ketika percutian keluarga di sebuah homestay.
Dikongsi di akaun Tik Toknya, @mohd iskandar96, memaklumkan sejak kejadian 27 November 2022, jiwanya kosong sementelah masanya dan isteri banyak dihabiskan di hospital menjaga anaknya yang terlantar tanpa mampu memberikan sebarang respon.
@encikiskandar96 Selepas 2 bulan lebih dari hari kejadian baru ada kekuatan untuk luahkan perasaan. Pada 27/11/2022 iaitu hari paling mimpi ngeri depan mata sy adik raisya terapung dlm kolam kt Homestay private pool area Gong Badak K.Teganu. Rumah tu besar ugk la mcm Banglo Style Villa gitu ada 4 bilik,bilik jauh2. Asal nya raisya ada ja sbelah ambo tgh isap susu botol. Lps pd tu dia pegi main sorang2 kacau bilik tu bilik ni. 15 minit kemudian umh tu sunyi. Raso xsedap hati sy cari laa raisya. Semua bilik xdok,last skali tgok dapur napok pintu dapur terbuka sikit,yela bkn nk tuduh sapo2 yg bukak pintu tu,cuma nk jadikan cerita Allah aturkan. Kemudian tu sy berjalan laju pegi ruang tamu bukak pintu utama tgok2 Raisya dah terapung dlm kolam. Sy terus lompat angkat raisya tgok muka abis biru(wktu ni sy nk pengsan x sangka anak sndiri dlm kolam). Homestay tu kawasan dia byk pokok2 dan hutan tebal blakang umh bagi sy tempat tu keras sikit. Sy xnak sebut homestay nama apa dan kmpung apa. X salah kn owner pn. Salah diri sendiri. Mungkin ni dlm cerita kami Allah aturkan kehidupan kami. Saya Redha Maafkan abiy adik. Nnti kita bermain di syurga nanti😔 #AnaksyurgaAbiy♬ Rapuh_ – Zali
“Selepas 2 bulan lebih dari hari kejadian baru ada kekuatan untuk luahkan perasaan. Pada 27/11/2022 iaitu hari paling mimpi ngeri depan mata saya anak ditemui terapung dalam kolam kat Homestay private pool area Gong Badak, KualaTerengganu.
Jelasnya, rumah yang mereka sewa untuk bersama keluarga, agak besar seperti sebuah banglo style villa. Mempunyai empat bilik yang mana setiap satu biliknya agak jauh-jauh.
“Asalnya anak (Raisya” ada saja di sebelahnya tengah hisap botol susu. Namun tidak lama, anak saya pergi bermain seorang dari satu bilik ke bilik lain.
“Berselang lima belas minit kemudian, rumah itu terasa sunyi. Rasa tidak sedap hatinya, membuatkan dirinya pergi mencari anak kecilnya itu.
Bapa Kongsi Trauma Temui Anak Kebiruan Dalam Kolam Renang
“Kesemua bilik yang saya pergi, anak tiada cuma ketika itu saya perasan pintu dapur terbuka sedikit. Ya la, bukan nak tuduh sesiapa yang bukakan pintu itu, Cuma hendak dijadikan cerita yang Allah sudah mengaturnya,” katanya sambil menambah, saat menyedari pintu ke arah dapur terbuka sedikit, dirinya kemudian berjalan laju menuju ke ruang tamu sebelum ternampak anaknya sudah terapung di dalam kolam renang.
“Saya nampak Raisya sudah terapung di dalam kolam renang. Saya terus lompat dan saat diangkat, muka Raisya sudah biru (waktu itu saya hendak pengsan dan tak sangka anak sendiri dalam kolam).
Tidak mahu menuding jari atau mengatakan tempat itu mempunyai “penghuni tidak nampak” namun sebagai bapa, dirinya mengakui homestay disewanya itu di sekitar kawasannya terdapat banyak pokok-pokok selain hutan tebal di belakang rumah.
“Bagi saya tempat itu keras sedikit. Saya tak nak sebut homestay nama apa dan kampung apa. Tak salahkan owner pun. Salah diri sendiri.
“Mungkin ini cerita kami yang Allah sudah aturkan dalam kehidupan kami. Saya redha. Maafkan Abiy adik. Nanti kita bermain di syurga nanti #AnaksyurgaAbiy.
Saat memandang wajah anak comelnya itu, Mohd Iskandar akui dia terlalu rindu akan keletah anaknya bahkan mainan anaknya itu. Namun dia harus redha dengan takdir di mana di seluruh tubuh anaknya kini dipenuhi wayar berselirat.
Moga ada keajaiban buat anak kecil ini. Mampu membuka mata, mampu menyebut ummi dan Abiy. Ya Allah, angkat segala kesakitan adik Raisya dan gantikan dengan kesembuhannya. Aamiin.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, bayi kembar sembilan dari Mali yang menggemparkan dunia dan kisah mereka viral pada tahun lalu selamat menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka dalam keadaan sihat baru-baru ini, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.
Menurut bapa bayi-bayi tersebut, Abdelkader Arby, isterinya, Halima Cisse juga berada dalam keadaan baik.
“Bayi-bayi itu sudah boleh merangkak. Ada antara mereka yang boleh duduk dan berjalan sambil berpaut pada sesuatu.
“Ia tidak mudah (untuk membesarkan mereka) dan kadangkala agak meletihkan. Namun, apabila melihatkan keadaan mereka yang sihat, semua kepenatan itu hilang,” katanya.
Bayi kembar sembilan itu memecahkan Guinness World Records bagi bilangan bayi yang paling ramai hidup selepas dilahirkan.
Sejurus melahirkan anak-anaknya pada 4 Mei 2021 menerusi kaedah pembedahan, Halima diterbangkan ke Maghribi oleh kerajaan Mali untuk mendapatkan penjagaan pakar.
Dilahirkan Kandungan 30 Minggu
Sembilan bayi itu yang terdiri daripada lima anak perempuan dan empat lelaki, dilahirkan ketika usia kandungan 30 minggu, demikian menurut Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby.
Berat mereka ketika dilahirkan adalah antara 500 gram hingga 1 kilogram.
Bayi lelaki bernama Mohammed VI, Oumar, Elhadji dan Bah, manakala bayi perempuan diberi nama Kadidia, Fatouma, Hawa, Adama dan Oumou.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, memang meriah dikurniakan anak-anak yang ramai ni. Meskipun penat, paling penting bayi-bayi sihat dan membesar dengan sempurna.
Menu mudah yang sedap. Ramadan semakin mendekati puncaknya. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkahan!Berbuka puasa hari ke-16, mak-mak nak masak menu apa tu? Jom...