Pokok Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora memang ada peminatnya yang tersendiri. Ada macam-macam warna dan cantik kiranya tanam ros Jepun sebagai pokok hiasan di halaman rumah. Uniknya bunga Ros Jepun ni akan kembang penuh pada waktu pagi dan menguncup selepas pukul 10 pagi.
Pokok ini mudah dibiakkan dengan kaedah keratan batang, namun kena ikut cara yang betul.Barulah pokoknya berbunga meriah dan cantik merimbun. Mak-mak yang berminat nak tanam pokok Ros Jepun di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini. Barulah pokoknya subur berbunga meriah!
Keratan pendek diperlukan untuk merangsang pokok tumbuh dengan cepat. Tunasnya akan membesar dengan cepat. Pokok akan bercabang banyak. Lagi banyak cabang. Lagi cepat pokok menutupi pasu. Keratan pendek akan menghasil kan pokok yang tumbuh secara menegak.
Apa jadi kalau saya tak kerat pendek, cucuk je ke tanah?
Ads
Tak salah. Pokok tumbuh macam biasa. Tapi tak akan cantik atau naik secantik tanam pendek-pendek.
Pokok juga lambat besar kerana akar yang tumbuh terpaksa menyerap nutrisi untuk bunga yang masih ada pada keratan yang ditanam. Kalau anda kerat, nutrisi itu digunakan untuk membesarkan tunas/pucuk baru disisi keratan pokok.(rujuk gambar). Saya buang semua bunga pada keratan.
2. Tanam Jarak-Jarak
Kenapa perlu tanam jarak-jarak dalam pasu ?
Supaya pokok tidak bersaing ( berebut ) baja dalam tanah. Bila pokok tiada persaingan maka tumbuh dengan sihat.
Ads
3. Perlukan Tempat Panas Matahari
Rumah tak kena panas pagi dan terlindung, lupakan niat untuk tanam rose jepun. Rose jepun 100% nak panas. Baja dan panas akan menghasilkan pokok berbunga banyak. Pastikan tempat anda tanam Rose Jepun kena panas. Jangan tanam bawah pokok atau tepi rumah yang redup. Matahari dan Rose jepun berpisah tiada.
Nak tanam boleh, tak ada masalah. Tapi tak de lah secantik kena panas pagi.
4. Letak Tempat Panas Selepas 4 Hari
Lepas tanam apa saya perlu buat ?
Siram keratan batang yang telah dicucuk ke tanah dan letak tempat redup. Letak tempat panas hanya selepas 4 hari. Masa ni pokok dah tumbuh akar dan kuat. Namun, lepas tanam nak letak tengah panas terus pun boleh.
Ads
*Siram tiap-tiap pagi kecuali hujan.
*Baja 1 kali setiap seminggu. Paling lewat 1 kali setiap 2 minggu.
Pada peminat ros jepun. Cuba lah Insha Allah menjadi.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak peminat pokok bunga Ros Jepun boleh cuba tanam di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah pokoknya subur, bunga cantik merimbun.
Satu keperluan di setiap rumah, kena ada minyak urut. Ini untuk ahli keluarga gunakan bila ada sakit urat atau sakit sendi atau sebagainya. Tak kisah minyak apa sekalipun, sekurangnya inilah yang boleh digunakan apabila berlaku kemalangan kecil di rumah.
Namun, ada sesetengah mak-mak yang lebih suka minyak urut yang memang dah biasa digunakan. Selain wangi dan ada minyak yang agak panas. Semuanya bergantung pada citaras dan kesesuaian. Minyak cap kuda, minyak panas atau ada yang memilih untuk membuat sendiri.
Tapi, bagaimana cara nak buat minyak urut sendiri. Nampak macam remeh dan bimbang tak menjadi. Sedangkan kalau kita tahu caranya, senang sangat nak membuatnya.
Perkongsian daripada Ida Shahida ini boleh membantu mak-mak untuk membuat sendiri minyak angin. Hanya guna 2 bahan saja. Sangat mujarab dan paling penting jimat duit serta wangi lagi.
Minyak ini bagus untuk menyembuhkan atau meringankan sakit urat saraf, lenguh-lenguh, sakit sendi, gatal-gatal, angin badan, gigitan serangga, kemerahan kulit dan luka-luka kecil sebab mengandungi anti septic pembunuh kuman.
Baik buat sendiri boleh simpan di rumah bila-bila perlu.
Bahan bahannya:
2 biji lemon (kulitnya sahaja) Minyak olive oil ATAU Minyak kelapa dara
Caranya:
1. Hiris semua kulit lemon. 2. Ambil kulitnya masukkan ke dalam botol/balang. 3. Tuangkan minyak olive oil ke dalam balang sehingga melepasi paras kulit lemon. 4. Tutup rapat balang. 5. Biarkan selama 2 minggu terendam.
Selepas 2 minggu minyak ini boleh jadikan sebagai minyak urutan jika sakit urat dan sakit sendi dan lain lain.
Baunya pun wangi. Jadi tiadalah masalah bau busuk seperti minyak angin kita. Kalau nak pakai pergi pejabat atau jalan jalan pun boleh.
Nak guna siang malam pun boleh.
JIMAT DUIT
BAHAN ALAMI
MUDAH BUAT
MUJARAB
Mingguan Wanita : Boleh buat dan jadikan stok di rumah. Senang dan jimat.
Tiap kali muncul rekaan baru, pasti mak-mak teruja dan buat pengumpul barangan kemas patinya akan berpusu-pusu ke kedai emas. Baginya, tak rugi pun untuk memiliki sebab bukan untuk menunjuk pun tapi ada sebab tertentu.
Walaupun ada pendapat tersendiri yang mengatakan lebih suka kumpul wang tunai dan ada juga yang suka simpan emas. Keduanya-keduanya tak rugi apa pun.
Cuma apa yang boleh dikatakan, kalau wang tunai bimbang akan susut dan sukar untuk konsisten dalam menyimpan. Berlainan dengan simpan emas, harganya ikut harga pasaran. Jika harga mahal, untunglah bila ditunaikan. Inilah untungnya logam berharga.
Kalau ada mak-mak yang masih berkira-kira dan tertanya di mana untungnya simpan emas. Perkongsian daripada Nur Zulaikha ada jawapannya.
1) Apabila kita mula menyimpan emas, bermakna kita miliki emas logam berharga. Emas menjadi simpanan dan rizab diri dan keluarga. Orang yang ada simpanan, dia beruntung kan? Umpama orang yang ada menyimpan bekalan air tatkala bekalan air terganggu.
2) Untungnya simpan emas, tatkala kita sangat memerlukan. Kita tidak tahu ribut yang datang melanda. Jika perlu tunai segera, kita boleh pajak di arrahnu buat modal berniaga, mahupun jual semula emas kita jika sangat-sangat memerlukan. Ada emas bermakna ada duit. Emas mudah dicairkan berbanding rumah dan tanah.
3) Untung di atas kenaikan harga emas. Jangka masa panjang harga emas naik. Umpamanya tahun 2014 harga emas RM130 segram, tahun 2021, harga emas RM260 segram. Orang yang miliki emas sekilo 130k tahun 2014, tahun 2021 emasnya bernilai 260k. Jika diukur dari sudut RM, nilai emasnya sudah meningkat dua kali ganda.
4) Untungnya simpan emas tatkala kita berhasil menukar emas kita kepada aset rumah dan tanah. Emas membantu kita mengumpul bayaran down-payment untuk beli rumah, mahupun membantu kita beli tanah dan buat rumah secara tunai. Ramai sudah melakukannya.
5) Untungnya simpan emas, boleh dijadikan dana pendidikan anak-anak, dana haji, dana persaraan dan aset kekal untuk diwariskan kepada generasi kita.
Emas adalah logam berharga.
Tiada rugi kita memilikinya.
Mingguan Wanita : Kalau ada yang masih lagi berkira-kira, kena faham apa yang dikatakan ini.
Bawang putih goreng selalunya ‘menu wajib’ bagi wanita dalam berpantang, mahupun pembangkit selera dimakan dengan hidangan lain seperti meehoon, bubur dan sebagainya. Namun nak buat bawang putih goreng rangup yang tak pahit dan tak ‘bertempek’ sesama sendiri ada caranya. Jika salah teknik, bawang putih goreng akan mudah lembik, tak tahan lama, melekat antara satu sama lain dan jadi pahit.
Jika nk buat bawang putih goreng yang elok kejadiannya, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Azita Amir ini sebagai panduan.
Selalu orang tanya saya macam mana buat bawang putih goreng sampai dia rangup, goreng tak bertempek sesama sendiri, tak hitam tak pahit. Cara saya biasa je.
Kupas bawang, sagat dan rendam air garam jap.
Selepas tu bilas sampai bersih dan goreng je macam biasa, macam video dekat bawah.
Dah angkat letak dalam bekas yang dah lapik tisu, goyang-goyang je bekas tu. Memang tak bertempek, lerai satu-satu. Rasa pun macam keropok bawang je, memang tak pahit langsung.
Info Ekstra
Lepas bilas bawang tu tos kejap je, sementara tunggu minyak panas nak goreng bawang.
Simpan isi balang siap-siap biasa boleh tahan 3 bulan.
Mingguan Wanita : Nak goreng bawang putih boleh cuba cara yang dikongsikan ini, barulah rangup, tak pahit dan bertempek sesama sendiri. Pastikan lepas sagat, rendam sekejap dengan air garam. Tos baru goreng seperti biasa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.