Ada caranya untuk pastikan pokok kacang botol yang ditanam meriah merimbun hasilnya. Medium tanaman sebaiknya gunakan cocopeat terpakai supaya hasilnya lebih bagus. Kacang botol ni selalunya sedap dijadikan ulam, kerabu, urap mahupun ditumis begitu sahaja.Memang puas hati bila tanam sendiri, lebih jimat, malah bebas daripada sebarang racun serangga.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Izam Ijamini sebagai panduan;
Sedikit tips tanaman kacang botol @ cipir @ kacang kelisa. Gunakan polibeg besar saiz 20×22 atau 20×20 pun boleh.
Cara-Caranya:
1.Isi cocopeat penuh dan padatkan.Gunakan cocopeat terpakai lagi bagus.
2.Semai dulu benih kacang botol dalam tray semaian.
3.Basahkan sabut dengan air baja kemudian tanam anak benih 2 pokok satu polibeg.
4.Siram baja ab BME plus yang cukup unsurnya 2.0 ec 3-4 hari sekali sehingga basah. Hari lain gunakan air kosong sahaja.
Ads
Jika terlampau gemuk kurangkan sedikit bajanya
Kawal serangga terutama ulat dengan kawalan organik propester.
Jika usia pokok sudah mencapai 6 bulan ..semai 2 biji lagi kacang botol di dalam polibeg sebelah pangkal pokok.
Musim hujan-hujan ni memang perut selalu lapar dan minta diisi. Jika nak buat sarapan atau minum petang yang mudah, mak-mak boleh cuba resipi Roti Telur Sardin viral yang sedap ni. Hanya guna 6 bahan utama je dan cukup mudah disediakan dan pastinya sedap terutamanya bila makan panas-panas.
Berikut perkongsian resipi oleh Nur Aisya sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
Sardin
3 biji telur
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Daun sup
Bawang merah (hiris)
Cili merah (hiris)
Telur
Roti Potong
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2.Celup roti dalam bancuhan telur, kemudian goreng dengan sedikit minyak.Goreng sehingga kekuningan.
Siap!
Info Ekstra!
Sardin tu, nak goreng dulu baru hancurkan pun boleh. Terus masukkan mentah pun boleh.
Makan dengan mayonis dan sos cili lebih sedap!
Semoga bermanfaat!
Mak-mak boleh lah cuba buat resipi roti sardin telur ini sendiri di rumah iya. Cukup mudah nak disediakan, anak-anak pun mesti suka!
Tidur sejam lebih daripada biasa, boleh kurangkan berat badan wanita! Wah dalam banyak-banyak jenis amalan diet dan senaman untuk turunkan berat badan, kaedah ini paling min suka.
Iyalah, tak perlu bersusah-payah berdiet teruk, pastikan tidur melebihi lapan jam, berat badan akan turun menurut kajian yang dilakukan di Chicago ini.
Tidur Sejam Lebih Daripada Biasa
Satu kajian mendapati bahawa waktu tidur yang melebihi sejam daripada kebiasaan dapat mengurangkan berat badan seseorang, lapor akhbar Metro UK semalam.
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Chicago itu mendedahkan sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.
Menerusi kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka. Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.
Boleh Kurangkan Berat Badan Wanita!
Tanpa mengubah diet atau tabiat pemakanan, mereka tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur.
Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung. Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.
“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik. – AGENSI
Mingguan Wanita : Bila waktu tidur sempurna, seseorang itu dapat berfikiran dengan tenang dan dapat melakukan rutin harian dengan baik bukan saja dapat menurunkan berat badan semata-mata.
Selalunya, orang dulu-dulu memang banyak tanah dan kebanyakannya pemilik tanah ramai. Sementelah kalau ada tanah pertanian, sawah padi atau kebun getah, masing-masing ada bahagiannya.
Bila pemilik tanah ramai, dah tentulah geran tanah atas semua nama. Bagaimana kalau berlaku persengketaan dan ingin pecah tanah bahagian masing-masing. Kalau semua sepakat setuju, mudah saja caranya. Tapi bagaimana ada yang tdiak setuju? Apakah yang petut di buat.
Inilah yang dikongsikan oleh Salkukhairi Abd Sukor, Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR), tentang cara yang patut dilakukan bila ada salah seorang ingin pecah bahagian tanahnya walaupun ada yang tidak setuju.
Pemilik Tanah Ramai, Ini Cara Pecah Bahagian Tanah
NAK PECAH BAHAGIAN TANAH TAPI PEMILIK BERSAMA TAK SETUJU, MACAM MANA NAK BUAT?
Antara masalah yang biasa timbul apabila seseorang pemilik bersama tanah pertanian geran kongsi ingin membuat pecah bahagian tanah tersebut adalah tiadanya persetujuan daripada kesemua pemilik bersama yang lain.
Sekiranya ini berlaku, apakah yang patut dilakukan?
1. Sebenarnya S.141A Kanun Tanah Negara membenarkan mana-mana pemilik bersama sesuatu tanah pertanian geran kongsi memohon untuk kelulusan pecah bahagian, walaupun pemilik-pemilik bersama yang lain tidak bersetuju untuk buat pecah bahagaian atau terdapat pemilik bersama yang tidak dapat dikesan atau sebagainya.
2. Sebaik sahaja menerima permohonan pecah bahagian tadi, pentadbir tanah akan menghantar notis kepada kesemua pemilik bersama yang lain ke alamat terakhir yang diketahui untuk memaklumkan tentang cadangan pecah bahagian oleh salah seorang pemilik bersama tersebut.
3. Pemilik bersama yang lain dikehendaki mengemukakan apa-apa bantahan secara bertulis dalam tempoh 28 hari daripada tarikh penyampaian notis tersebut sekiranya tidak bersetuju dengan permohonan pecah bahagian salah seorang pemilik bersama tadi.
4. Setelah habis tempoh 28 hari tersebut, sekiranya terdapat bantahan daripada pemilik-pemilik bersama yang lain, Pentadbir Tanah boleh membuat keputusan untuk menolak permohonan pecah bahagian tersebut sekiranya beliau berpuas hati dengan alasan-alsan bantahan yang dikemukakan.
5. Tetapi sekiranya tiada bantahan, Pentadbir Tanah boleh meluluskan permohonan pecah bahagian tersebut.
Kos Ditanggung Oleh Pemohon
6. Sekiranya permohonan tersebut diluluskan, segala kos untuk urusan pecah bahagian hendaklah ditanggung oleh pemohon itu sendiri.
7. Sekiranya pemohon tersebut tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah, mereka boleh memfailkan permohonan di Mahkamah untuk mengarahkan permohonan pecah bahagian tersebut diluluskan.
8. Mahkamah juga boleh mengarahkan bahagian yang tidak dipecah bahagi tersebut di pindah milik kepada pemilik bersama atau mengarahkannya dijual.
9. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah akan mengikat Prntadbir Tanah untuk melaksanakannya di bawah Seksyen 417 Kanun Tanah Negara.
Jadi kesimpulannya, jangan risau sekiranya pemilik bersama yang lain tidak bersetuju untuk buat pecah bahagian kerana anda masih boleh melakukannya walaupun tanpa persetujuan mereka.
Mingguan Wanita : Mungkin ambil masa sedikit untuk turun naik ke pejabat tanah atau mahkamah dalam proses uruskan permohonan.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...