Setiap kita mesti ada satu benda yang membuatkan dia geli. Lalu depan mata pun boleh terjerit-jerit, apatah lagi kalau merayap kat badan. Mahunya melompat tak cukup tanah.

Begitulah, geli dengan satu-satu benda ini sampai kita boleh menjerit atau lebih teruk pengsan bukanlah sebab mengada-ngada. Tapi itu sudah semulajadi. Janganlah kawan atau sesiapa cuba nak main-main atau takutkan dengan benda ini.

Kita tak tahu, kerana geli atau takut pada satu-satu benda ini, boleh mengakibatkan seseorang itu hilang kawalan diri sampai boleh membawa maut. Itulah yang paling dikesalkan.

Dalam perkongsian daripada Farizal Radzali ini ada benarnya. Jangan pandang ringan kalau ada seseorang yang takut dan geli dengan sesuatu benda. Jangan dibuat main-main, boleh membawa padah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Fobia Takut LIPAS, 18 Kali Pindah Rumah Suami Buat Permohonan Cerai!

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

IKLAN

Geli Bukan Sebab Mengada

Ada setengah orang, dia takut pada sesuatu yang pada orang lain benda tu tak ada apa. Jangan pandang remeh perkara ini dan jangan anggap dia mengada-ngada. Usah buat bodoh.

Kisahnya…
Ada seorang wanita, dia memang penakut pada katak. Satu hari dia nampak seekor katak kat tepi bakul anaknya yang nak dihantar kepada pengasuh. Menjerit terlolonglah kawan tu minta tolong kat suaminya. Bila suami datang, cari katak tu tak jumpa. Suami pun sedang rushing nak pergi kerja. Lalu dicarinya ala kadar je, katanya katak tu dah tak ada padahal dia tak cari sungguh-sungguh pun katak tu.
Bila isterinya tanya betul ke katak tu dah tak ada? Dia marah isterinya, katak je pun. Tak boleh bawa mati. Mungkin rimas dengan perkara kecil itu. Atau mungkin anggap si isteri mengada-ngada.
Dalam perjalanan ke rumah pengasuh, katak tersebut melompat keluar dari bakul. Wanita itu terkejut, kereta hilang kawalan lalu rempuh pembahagi jalan.
Meninggal dunia di tempat kejadian bersama dua anaknya. Anak yg sulung terselamat, dia ceritakan bagaimana ibunya menjerit bila lihat katak tu.
Kisah 2:
Satu lagi kisah rumah bujang lelaki. Seorang kawan itu memang takutkan cicak. Selalu dah kena ejek dengan kawan-kawan, nama je lelaki tapi cicak pun takut. Satu hari, kawan-kawannya sengaja nak usik. Dimasukkan cicak dalam poket seluar dia. Sebaik dia terpegang cicak tu, dia menjerit melompat tak tahu nak kata apa. Duduk rumah flat tingkat 10. Dia lari keluar, kawan tak sempat tahan sebab sibuk nak gelak. Dia terus lompat. Meninggal di tempat kejadian.

Nak menyesal? Tak ada guna dah. Adakah nak bagi alasan tak sangka jadi macam tu? Itu alasan bodoh. Nak kata dah ajal dia macam tu?

Memanglah ajal tu tak cepat tak lambat, tapi cara mati tu, kalau kena kat kita atau famili kita, mampu ke nak sehusnuzon begitu?

Ambil Serius

Ada orang takut kucing yang comel tu, takut kat arnab, ayam dan ada orang takut kat benda-benda yang kebanyakan orang suka. Macam saya, takut kat maskot tu walau saya tahu kat dalam tu ada orang.

Jangan mengusik dengan benda yang seseorang itu takut. Menggigil satu badan, otak tak berfungsi, akal dah tak terkawal masa tu.

IKLAN

Saya takut pacat. Serius saya takut. Pernah sepupu kejar saya dengan pacat di tangannya, saya berlari sampai ke tengah jalan, nyaris tak kena langgar. Mujur mak sempat kejar. Lepas tu demam seminggu kot.

Tolonglah, jangan buat main dengan ketakutan seseorang pada satu-satu benda. Tolong. Ini perkara serius.

Mingguan Wanita : Betul sangat, kadang-kadang kita sendiri tak sangka ada juga yang takut pada kucing, sampai melompat-lompat bila kucing itu ada kat kaki.

Sumber: Farizal Radzali

IKLAN

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi
wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI