Fobia tu bukan isu mengada-ada. Ia isu serius yang ada masanya boleh membuatkan ada yang hilang nyawa kerana terlalu takut. Di dunia terlalu banyak kategori fobia yang mungkin jarang kita dengar. Berikut adalah 8 jenis fobia yang wujud dan ada terma spesifiknya tau.

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

  1. Germaphobia – Fobia dengan kuman dan jangkitan penyakit
    Orang yang mengalami obsessive-compulsive disorder (OCD) antara orang yang kerap mengalami fobia Germaphobia. Dalam erti kata lain, mereka ada perasaan takut yang teramat sangat terhadap kuman dan bimbang dijangkiti penyakit berbahaya. Dengan situasi sekarang yang masing-masing bimbangkan jangkitan penyakit berbahaya, pastinya jumlah mereka yang mengalami fobia ini makin bertambah. Mereka lazimnya akan lebih kerap membersihkan tangan berulang kali, mengelakkan sentuhan dengan permukaan yang menjadi tempat berkumpulnya bakteria antaranya seperti tombol pintu, butang nombor lif, pemegang tangga eskalator.

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

2. Katsaridaphobia – Fobia pada lipas
Kerana terlalu takut dengan lipas yang muncul secara tiba-tiba di kamar mandinya, sedang dia menggunakan sabun. Seorang wanita nyaris maut apabila dia berlari dalam keadaan badannya masih bersabun. Akibatnya kakinya yang licin, menyebabkan dia hilang imbangan dan jatuh tersembam. Seorang guru pula berhenti kerja apabila anak muridnya sengaja menjerit dengan kuat perkataan ‘lipas’ ketika dia mengajar di dalam kelas. Guru tersebut kaku dan menggigil serta trauma teramat sangat sebaik mendengar perkataan lipas. Jangan cuba memprovoke mereka yang sememangnya takutkan sesuatu, dengan tujuan sekadar bergurau. Gurauan yang tak kena pada tempatnya boleh mengundang bahaya dan juga maut.

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

3. Chirophobia – fobia sentuhan tangan
Mungkin mereka yang fobia dengan sentuhan tangan orang lain pernah mengalami peristiwa yang menyebabkan mereka trauma. Sebagai contoh mungkin mereka pernah melihat jangkitan kuman serius ataupun fobia dengan kuman menyebabkan mereka tak suka menyentuh tangan orang lain. Mereka juga akan mengelak daripada bersalaman dan juga menyentuh apa juga permukaan kerana bimbang ancaman kuman.

IKLAN

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

4. Globophobia – fobia dengan belon
Belon mungkin cantik dipandang, tetapi ada yang trauma apabila ia meletup. Ada orang sanggup menjauhkan diri dari bahan mudah letup itu kerana takutkan impak letupannya. Oprah Winfrey antara selebriti yang cukup tidak selesa apabila ada acara yang dihadirinya melibatkan belon sebahagian daripada hiasannya.

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

IKLAN

5. Pupaphobia – fobia pada patung boneka
Pupa dalam bahasa Latin merujuk kepada boneka, manakala phobos dalam bahasa Greek pula merujuk kepada fobia. Mungkin mereka pernah mengalami mimpi buruk berkenaan patung, contohnya dikejar patung di dalam mimpi. Ataupun patung kesayangan dirosakkan dan membayangkan patung itu boleh bergerak seperti bernyawa pada waktu malam. Fobia ini menjadikan mereka yang melaluinya akan mengelak dari punya hubungan rapat dengan patung.

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

6. Nomophobia – fobia tanpa telefon pintar
Individu yang mengalami nomophobia lazimnya akan panik apabila telefon pintar mereka tertinggal di rumah ataupun tidak mempunyai bateri. Kelompok sebegini juga cukup bimbang jika tempat yang nak dituju tidak mempunyai akses internet atau liputan yang teruk. Fobia sebegini khabarnya makin menjadi-jadi dikalangan generasi hari ini. Telefon pintar ibaratnya segalanya dan tanpanya mungkin ramai yang jadi tak keruan.

IKLAN

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

7. Coulrophobia – fobia pada badut
Coulrophobia merujuk kepada ketakutan terlampau terhadap badut. Mereka mungkin orang yang tak akan menjejakkan kaki ke sarkas mahupun berdiri dekat dengan badut. Ditambah pula dengan lambakan filem seram menonjolkan sisi seram badut menjadikan mereka takkan menonton filem itu.

Bukan Masalah Mengada-Ngada, 8 Jenis Fobia Yang Ramai Orang Lalui

8. Trypohobia – fobia dengan lubang
Trypophobia adalah perasaan fobia, atau kebencian terhadap perkara yang mempunyai lubang yang banyak. Ini menyebabkan perasaan meremang, geli, jijik dan tak keruan. Terma ini mula popular disebabkan oleh salah seorang peserta forum dalam talian sekitar tahun 2005 membuat pengakuan beliau mempunyai ketakutan terhadap lubang yang banyak amaunnya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI