Siapa sangka tabiat buruk seperti malas mandi juga boleh menjadi punca perceraian. Mungkin ada segelintir diantara kita yang bersikap sambil lewa dan ambil ringan bab kebersihan diri. Namun ia sebenarnya boleh menimbulkan konflik dalam perkahwinan, lebih-lebih lagi jika pasangan ada seorang yang sangat mementingkan kebersihan.
Nekad Cerai Isteri Talak 3
Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.
Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Enggan Diceraikan
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
Ads
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.
Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.
Mingguan Wanita: Hati-hati iya, jangan ambil mudah dengan sesuatu sikap buruk yang menjadi tabiat pasangan adakalanya boleh mengundang pergaduhan dan menyebabkan perceraian. Siapa sangka sikap ambil mudah bab kebersihan diri, malas mandi juga boleh menyebabkan rumahtangga porak peranda.
Bagi ibu-ibu hamil, jangkitan covid-19 sangat merisikokan diri hingga boleh meragut nyawa. Perjuangan untuk terus bertahan hidup selepas melahirkan anak setelah dijangkiti virus berbahaya ini kebiasaannya sangatlah tipis. Anak yang selamat dilahirkan ibarat ‘hadiah terakhir’ buat suami dan anak-anak lain.Meskipun ramai yang prihatin untuk mengambil sebagai anak angkat, pastinya ia kenangan dari isteri tersayang.
“Ramai yang minta nak jaga anak bongsu saya, namun biarlah saya dan anak-anak lain yang menjaganya kerana inilah ‘hadiah’ terakhir daripada isteri,” kata peniaga, Mohd Shahril Hakimi Hamdan, 41.
Isterinya, Hasmira Hussain, 38, meninggal dunia 20 Ogos lalu kerana komplikasi akibat Covid-19, selepas melahirkan anak bongsunya yang juga anak ketujuh itu secara pembedahan ketika kandungan berusia 32 minggu.
Mohd Shahril berkata, selepas dimaklumkan mereka sekeluarga dijangkiti virus itu, hanya isteri dan anak sulungnya, Nurhasmieda, 20, dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 4 Ogos untuk rawatan lanjut.
Sementara dia dan empat anak lain, Nurhasmieka, 18, Nurhasmiefa, 14, Nuruh Huda Diyana Husna, 10 dan Ajad Aqil Arfa, dikuarantin di rumah. Katanya, hanya anak ketiga, Nurhasmieza, 17, yang negatif wabak itu.
“Pada mulanya saya ingatkan keadaan isteri tidak serius, tetapi pada 7 Ogos doktor memaklumkan isteri terpaksa ditidurkan, manakala anak yang dikandung terpaksa dilahirkan secara pembedahan sehari selepas itu.
“Saya langsung tidak fikirkan perkara buruk akan berlaku sehinggalah pihak hospital memaklumkan isteri disahkan meninggal dunia pada 7.26 petang, 20 Ogos lalu.
“Ketika itu, doktor mengesahkan isteri sudah bebas daripada Covid-19, dan kami sangat bersyukur kerana dapat menguruskan jenazah isteri seperti biasa dan anak-anak dapat mencium ibu mereka,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Rumah Rakyat Nilai, di sini.
Mohd Shahril mengakui mereka sekeluarga masih dalam sedih dengan kehilangan isteri, dan belum kuat menerima hakikat berkenaan.
“Anak bongsu kami yang dinamakan Nurhasmeyra sudah dibawa pulang 1 September lalu, namun tidak banyak keperluannya sempat dibeli kerana kami dikuarantinkan,” katanya.
Menurutnya, arwah isterinya sempat membuat panggilan video untuk kali terakhir sebelum ditidurkan dan dia berpesan supaya menjaga anak-anak terutama lelaki tunggal yang sangat manja dengannya.
“Dia ada cakap, ada rasa takut jika berlaku macam arwah Siti Sarah dan itulah kenyataan yang perlu kami terima. Arwah pergi tanpa sempat melihat anak bongsu kami,” katanya.
Menurutnya, Allahyarhamah isterinya telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos dan kemudian ditidurkan pada 7 Ogos. Sebelum ditidurkan, katanya, dia dan anak-anak sempat membuat panggilan video dengan Allahyarham yang berpesan supaya menjaga anak lelaki tunggal mereka baik-baik.
“Saya pun memang tak boleh buat apa kerana sedang kuarantin di rumah. Hanya mampu berdoa dari jauh saja. Keesokannya, anak kami selamat dilahirkan secara pembedahan, tapi arwah isteri masih tidak sedarkan diri,” katanya yang berniaga kuetiau goreng sebagai pendapatan.
Meskipun begitu, Kimi sentiasa cuba berfikiran positif yang isterinya akan kembali sedar, namun ALLAH lebih menyayangi Allahyarhamah yang menghembuskan nafas terakhir pada 20 Ogos.
Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana berkesempatan menguruskan jenazah isterinya yang bebas daripada Covid-19.
Mengakui pada awal menerima perkhabaran itu, dia seperti hilang punca lebih-lebih lagi memikirkan kehadiran cahaya mata baharu dalam keluarganya.
“Selama 21 tahun saya hidup dengan arwah, dia yang menguruskan semua hal anak-anak. Bila dah jadi macam ini, saya betul-betul jadi kekok nak menguruskan anak sendirian. Mujurlah anak-anak saya rajin membantu, “ katanya.
Sementara itu, Kimi berkata, lebih 10 orang yang sudah menyatakan hasrat mahu mengambil anaknya yang baru dilahirkan itu sebagai anak angkat.Namun, katanya, walau susah macam mana sekalipun dia tidak akan menyerahkan anaknya kepada orang lain.
“Saya akui mula-mula keadaan akan jadi susah buat saya, tapi biarlah kesemua anak saya membesar di depan mata saya. Buat masa ini saya menumpang di rumah ibu selepas buat keputusan berpindah keluar dari rumah sewa sejak seminggu lalu.
“Tamat saja tempoh 14 hari selesai suntik vaksin dos kedua, saya akan mula berniaga semula dan memulakan hidup baharu bersama anak-anak,” katanya.
Bercerita mengenai anak bongsunya, kata Kimi, walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, namun dia berada dalam keadaan sihat.
“Tapi saya masih dalam proses nak pilih susu mana yang sesuai untuknya. Saya juga menamakan anak kami dengan nama Nurhasmeyra sempena nama arwah isteri Hasmira,” katanya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Vie Shantie laksana badal umrah buat arwah Siti Sarah, pemilik jenama fesyen Muslimah dan juga personaliti media sosial Vie Shantie Khan yang kini berada di Mekah berasa sangat bersyukur dapat menunaikan badal umrah buat Allahyarham Siti Sarah yang telah kembali ke ramahtullah sebulan lalu.
Bekas isteri kepada pelakon Eizlan Yusof itu menjelaskan bahawa meskipun tidak mengenali arwah Siti Sarah secara dekat, namun dia sering mengikuti perkembangan Allahyarhamah dan telah berniat untuk melakukan umrah setelah diberi kesempatan kelak.
Menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Vie Shantie bersyukur dengan keizinan dari Allah SWT dia dapat melaksanakan niat murnianya itu.
“Umrah Badal
“Syukur Alhamdulillah, saya pun seperti kalian. Saya dan Arwah @sitisarahraissuddin @shuibsepahtu hanya mengenali each other cuma dari sosial media dan sebagai rakan celebrity.
“Tapi di akhir-akhir sebelum Allah SWT menjemputnya pulang, setiap hari saya akan mengikuti status perkembangan beliau disosial media.
“Hari-hari saya mendoakan dia disetiap waktu solat saya dengan penuh perasaan dan setulus ikhlas dari hati yang terdalam agar Allah SWT memberikan dia kesembuhan. Tapi ternyata Allah SWT lebih sayangkan dia melebihi kita semua.
“Hari ini, Allah SWT rezekikan kepada insan hebat ini ‘Badal Umrah’ melalui saya.
“Saya percaya tidaklah akan jatuh, walau sehelai rambutpun jika tidak dengan izin Allah. Walaupun sudah sebulan dia pergi meningalkan kita, tapi hari ini air mata mengalir deras mendoakan dia setulus ikhlas agar Allah menempatkan dia disyurga firdaus-Nya inshaa Allah.
“Disini juga, saya berbesar hati ingin melakukan sendiri UMRAH BADAL kepada 2-3 orang followers saya sebagi hadiah buat keluarga kalian yang telah pergi ke Rahmatullah. Tapi, SYARAT saya hanya satu.
“Kalian harus sertakan nama penuh ‘Arwah’ dan kenapa kalian nak saya buat Umrah mewakili kalian. Inshaa Allah. Sesiapapun kalian, apapun status kalian dan walaupun kita tidak saling mengenal tapi inshaa Allah saya akan memilih kalian dengan seadilnya.
“Saya percaya sesiapapun yang terpilih nanti, pasti itulah ketentuan yang sudah Allah SWT tetapkan. Please jangan DM saya ya, saya hanya buka diruang comment ini KHASNYA buat kalian, inshaa Allah. Semoga amal ibadah kita dirahmati Allah SWT sentiasa,” luah Vie Shanti yang cukup ikhlas.
Menerusi ruangan komen pada hantaran yang sama, suami kepada arwah Siti Sarah, Shuib berterima kasih kerana Vie Shantie sudi melakukan badal umrah buat isterinya.
“MasyaAllah,Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar,,Ya Allah terima kasih diatas badal umrahnya,Doa-doanya.Semoga Allah membalas segala kebaikan ini,semoga Allah merahmati @vieshantiekhan sekeluarga dunia dan akhirat Amin ya rabbal alamin,” tulis Shuib.
Vie Shantie terus membalas, “Saya hanya tergerak hati sebab ini sudah ketentuan dari Allah SWT but Arwah Sarah. Rezeki ke atas dirinya. Semoga Allah SWT menerima umrah ini dan mengangkat darjat Sarah disisi-NYA. Inshaa Allah”.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Vie Shantie
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon dan pengacara program Melodi, Nabila Huda terharu terharu di atas pencapaian anak sulungnya, Keisha Laila. Kongsinya, anak perempuannya itu bakal menyelesaikan bacaan Iqra dan akan memulakan bacaan Al-Quran pula.
Sebagaimana, ramai yang sedia maklum Nabila dan keluarganya semakin mendalami pengajian agama sejak berada dalam pandemik Covid-19. Akuinya sebelum ini, kehidupannya berubah ke arah kebaikan.
Malah, ibu ini juga mengambil keputusan menyediakan ‘homeschooling’ untuk Keisha. Tidak meneruskan persekolahan dan meneruskan pendidikan di rumah. Di rumah, Keisha juga belajar subjek asas berkaitan Matematik, Sains dan English.
Begitu juga pembelajaran bahasa Mandarin Keisha diakuinya sudah mencapai ke tahap yang lebih baik. Tentunya, ibu ini lebih bersyukur apabila Keisha bakal memulakan bacaan Al-Quran dalam kelas agamanya nanti.
Itulah berita kemenangan yang paling bermakna dalam hidupnya.
“Abil pernah share before this pasal MCO, dalam kite tak nampak, lifestyle kite berubah. Korang ingat kan my post before this? Abil sentiasa positive dan tak pernah merungut. Everyday abil sentiasa senyum dan sentiasa rasa bersyukur. Abil selalu share benda yang boleh buat korang inspired.
So today lagi skali i nak share berita yang paling menang dari semua berita dalam hidup abil. Keisha lagi 4 page Iqra, dah nak masuk Al-Quran guys!!!
Dalam pada tak pergi sekolah, hilang semua skills belajar, selain dari mandarin dah pergi next level, she dah nak masuk quran! Yang abil happy, kite start journey ni together few months back dan masih bertahan sampai skarang..Alhamdulillah! Rasa nak cry cry la..Good job @lilkupukupu ! @ibadahroyale”
Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Sebelumnya, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani dan berpisah pada 2011. Keisha merupakan cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya itu.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.