susu

Bila badan sakit-sakit, kerap sendawa biasanya dalam badan ada ‘angin’. Selain berurut ada petua mudah buang angin dalam badan yang mak-mak boleh cuba guna 3 barang dapur je, iaitu serai, susu tepung dan halia.

Jemput baca perkongsian petua daripada Fadzilah Mahmud ini;

“Seminggu dua ni kan badan Dila banyak angin. Nak berurut tak sempat balik keje pun dah lewat kan. Alhamdulillah syukur Dila dah jumpa petua MUDAH buang angin guna bahan di dapur je. Senang kan boleh terus buat”

Bahan-Bahan:

3 batang Serai
Halia
2 inchi Susu tepung
3 gelas air

Cara Membuat:

1. Ketuk serai, halia kemudian panaskan periuk masakkan 3 gelas air sekali. Rebus sampai jadi segelas untuk diminum.

2. Masukkan susu tepung apa jenama pun boleh Dila guna EVERYDAY. Hehe sedap rasanya.

3. Kacau dan biar mendidih sekejap tutup api. Minum suam-suaam waktu pagi perut kosong tau.

4. Boleh amalkan seminggu 2x kali. Insyaallah angin akan berlumba-lumba keluar.

Boleh #syerkan untuk orang yang banyak angin. Mujarab tau petua Dila ni. Cubalah. Semoga bermanfaat.

MW: Jadi bila badan sakit-sakit dan ada angin tu, boleh lah cuba petua mudah yang dikongsikan ini.

Sumber:Fadzilah Mahmud

Jangan Lupa Komen

komen