Dalam mendidik anak ini terlalu banyak seninya dan setiap anak berlainan sekali seninya. Anak sulung tak semestinya sama dengan anak bongsu, begitulah jua sebaliknya biarpun kitalah mak,ayah yang sama.
Kadang-kadang dalam mengejar gelaran mak, ayah mithali kita terlepas beberapa perkara. Sebenarnya tak salah mak, ayah hendak bahagiakan anak tapi jangan sampai tersalah mengajar anak hingga merasuah.
Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi ini dan fahami mesej yang cuba disampaikan:
Pujuk, Atau Ajar Anak Rasuah?
Biasa memang gini kan tuan, puan. Dengan mak macam-macam pantang larang. Tiba-tiba dengan bapak semua dapat! Hahaha!
Tak payah terasa ya. Saya dengan suami pun pernah bertekak benda yang sama.
Saya faham. Ramai ibu bapa mithali di luar sana nak bahagiakan hati anak-anak. Tapi hati-hati. Tanpa kita sedar, kita mengajar mereka terima rasuah. Yezz.. Seramkan?
Tak Salah Nak Bahagiakan Anak
Iya, apabila kita memberi sesuatu kepada anak untuk hentikan rajuk dan tangis, kita sebenarnya merasuah mereka. Di hari lain, apabila mereka nakkan sesuatu dari kita, mereka akan gunakan rajuk dan tangis ni sebagai senjata.
Ads
Sebab apa? Sebab dia tahu itulah senjata yang paling berkesan untuk dia dapat apa yang dimahukan. Atau untuk dia elak buat benda yang dia tak mahu buat.
Tindakan ini dinamakan tantrum. Lagi ayah tunjuk saspen, lagi mak tunjuk muka takut, lagi galak dia tantrum.
Langkah yang perlu dilakukan ketika menghadapi anak tantrum :
1. Kekal tenang dan bagi muka ‘hati kering’ pada anak.
Ads
2. Bertegas dan mengesahkan perasaan anak, “Ayah tau awak nak kereta tu dan awak kecewa. Tapi kita sudah bincang dah sebelum keluar tadi, kita tak akan beli mainan lagi.”
3. Beri pilihan. “Along boleh menangis, tapi kita terpaksa balik. Tapi kalau Along boleh berhenti, kita akan terus jalan-jalan dalam mall ni.”
4. Jangan beri perhatian sehingga anak berhenti mengamuk/ merajuk.
5. Bila anak berhenti mengamuk/ merajuk, peluk dirinya dan beri pujian. “Terima kasih Along kerana bekerjasama dengan ayah. Ayah sayang kalau Along selalu macam ni.”
6. Nasihat Kalau masih ada marah yang berbaki, beri dia masa sehingga dia reda. Sekiranya sudah ok, boleh ingatkan semula tentang peraturan yang sudah dibuat.
Ads
Nota kaki: 1. Tantrum berlainan dengan meltdown. Meltdown biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah. Atau kanak-kanak istimewa (seperti autism) yang tak dapat mengawal emosi dan ransangan sensori yang mereka terima. Ibu ayah perlu lebih berlembut untuk mententeramkan anak ini.
2. Rasuah berbeza dengan ganjaran. Rasuah adalah ‘hadiah’ yang diberi kepada anak sebelum anak buat sesuatu yang kita minta. Ganjaran diberi selepas anak berjaya melakukan sesuatu yang diminta.
MW: Sebagai mak,ayah sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Namun berpada-padanya kerana lama-kelamaan buruk kesannya pada perkembangan anak jika tidak kena caranya.
Barang kesayangan tak sengaja dipecahkan anak-anak atau pun suami. Faham sayang barang tu, tapi tak perlu marah-marah. Rasa nak marah.. tapi kena sabar. Dan tak usahlah mencari punca ‘salah siapa’.
Sayangkan barang biarlah berpada-pada. Ini pesanan yang dikongsikan Ummu Naufal. Tak dinafikan, nak mencari duit dan mengumpul barang kesayangan ini tak mudah. Tetapi ingatlah, barang itu tak bernyawa.
Anak-anak dan suami lebih berharga sebenarnya. Kerana, pada mereka punya jiwa yang perlu disayangi dan diambil peduli.
Tak Perlu Mencari Punca..
Sayang barang
Tercari-cari penutup periuk kecil Vision. Periuk ini, khusus untuk masak makanan Haneen. Setiap hari digunakan. Dibeli di Miami dan dibawa ke Yanbu bila pindah ke sini. Pastilah sayang. Jauh dibawa, banyak kenangannya.
Bila tong sampah dibuka, ternampak cebisan kaca di dalam.
“Laaaa, pecah rupanya!”
Mesti lewat malam semalam berlaku kejadian.
“Siapalah yang pecahkan? Boleh jadi anak, boleh jadi juga Abinya.”
“Macam manalah boleh pecah? Dah berbelas tahun guna, tak pecah pun.”
Duhai hati yang cintakan dunia,
Lepaskan!
Bebaskan hati kita!
Tak perlu dicari siapa puncanya.
Dan tak perlu tahu macam mana berlakunya.
Tak perlu sesal,
kerana sudah berakhir hayat barang itu berkhidmat untuk kamu di dunia.
Ia cuma barang!
Peguam syarie kongsi ‘vitamin’ atau cara hadapi perceraian buat isteri yang diceraikan ketika hamil, kuatkan semangat terus hidup. Perceraian adalah sebuah pengalaman yang mencabar, apatah lagi apabila ia berlaku semasa isteri sedang hamil.
Peguam Syarie Kongsi ‘Vitamin’ Buat Isteri Yang Diceraikan Ketika Hamil
Dalam situasi seperti ini, isteri bukan sahaja perlu menghadapi cabaran emosi dan psikologi, tetapi juga tanggungjawab untuk menjaga kandungan serta menghadapi perubahan dalam hidup yang signifikan.
Berikut perkongsian daripada Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.
Kuatkan Semangat Terus Hidup
Saya nak bagi nasihat ‘vitamin’ kepada nasib isteri-isteri yang mungkin alami situasi diceraikan ketika hamil. Harap-harap, ‘vitamin’ ni dapat kuatkan semangat untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.
1. Move On dan fokus pada anak-anak
Hidup ni orang kata macam roda, kadang kita diatas, kadang di bawah. Pada saya, hidup ni hanya persinggahan sementara yang masing-masing ada jalan cerita sendiri. Mungkin liku kehidupan ni cuma ujian kecil pada kita.
Sekurangnya, kita tahu, bagaimana sifat Imam yang kita pernah sanjung sebelum nikah dahulu. Dan, percayalah, ramai dikalangan wanita yang pernah diceraikan ketika ini, sudah Move On. Bahkan, ada yang kehidupannya lebih bahagia bersama anak-anak atau bersama orang yang masih menyayangi iaitu ibu, bapa dan saudara mara.
Jangan resah atau takut bergelar janda. Ramai masyarakat di Malaysia yang berada dibelakang mereka yang teraniaya sebab ini lumrah keadilan. Jadi, Move On! dan fokus pada nak bantu orang lain supaya hidup kita yang sementara ni dapat memberi manfaat pada insan lain.
2. Jangan bimbang tentang anak
Walaupun bergelar ibu tunggal, tapi anak-anak masih mempunyai bapanya. Jangan risau, hak jagaan anak memang akan dapat pada ibu selagi layak disisi Syarak dan Undang-undang. Tak ada siapa-siapa boleh rampas anak tersebut daripada anda.
Ada orang cakap, ibu tak layak dapat jaga anak sebab suri rumah, tak ada duit nak beli kelengkapan. Pesan kat orang itu, sila jangan tidur masa kursus kahwin. Inilah peluang terbaik untuk anda dapat luangkan lebih masa untuk anak. Nafkah anak juga akan perlu ditanggung sepenuhnya oleh si bapa.
3. Anda berhak terima saguhati yang besar
Pernah dengar tentang Mutaah? Ia adalah saguhati selepas perceraian. Wanita yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah, layak terima Mutaah dengan sewajarnya. Pengorbanan kita sebagai isteri dan malunya keadaan kita selepas perceraian diambil kira.
Islam ada bagi hak ini pada wanita. Ini sebagai medium untuk seseorang wanita tersebut dapat Move On hidup dengan lebih baik. Pada saya, wanita yang dicerai di luar Mahkamah, sewaktu bersalin memang patut dan layak untuk terima habuan yang paling setimpal.
4. Kekal positif
Mungkin nak set mind positif ni bukan mudah. Tapi, pelan-pelan ia mungkin tercapai. Saya pernah terbaca artikel, untuk bangun daripada kegagalan dalam rumahtangga bagi seorang wanita, ia mungkin ambil masa. Tapi, sekali dah tinggal luka, tak mungkin luka tu dapat dipadam.
Cuma, luka luaran tu hanya tanda sahaja sebagai peringatan. Tapi, hati wanita dan minda mereka akan mampu untuk positif kalau sentiasa ada family dan kawan yang positif. So, jangan sedih lama-lama. Cuba banyakkan selawat, ibadah dan luahkan kepada kawan-kawan yang sentiasa positif dan bagi support. Insya allah, mesti boleh punya lah.
5. Sentiasa percaya dengan keadilan mahkamah Allah
Ingatlah, walaupun mungkin tak ada orang yang nampak dan alami macam mana kehidupan kamu semasa di dalam rumahtangga, dan sememangnya payah nak diceritakan pada orang lain selagi tidak ada bukti, tapi, itulah tujuannya Mahkamah Allah wujud. Ketika itu, tak ada lagi senyuman manis seorang suami yang menafikan di dunia terlepas di akhirat.
Akidah ini jangan sesekali terpadam. Mungkin betul takdir telah ditetapkan bahawa kita hanya bersama pasangan sementara sahaja, tapi tak mustahil takdir juga untuk Allah pertemukan dengan insan yang lebih 19 kali baik daripada sebelumnya.
Ramai ibu-ibu tunggal lain diluar sana, yang pernah alami nasib yang lebih teruk. Percayalah, banyak ibu tunggal yang diceraikan oleh suaminya dalam keadaan mengandung, mampu bangkit dengan lebih baik.
Bahkan, mereka tak rasa rugi diceraikan sebaliknya bahagia dengan kehidupan baru. Dan ada juga yang menjadi usahawan berjaya disamping berjaya membesarkan anak-anak tanpa perlu pun bantuan si lelaki.
Ini kuasa wanita, ini kuasa ibu tunggal yang cekal setelah ditolak. Saya doakan dipermudahkan untuk bersalin buat wanita yang diceraikan semasa mengandung.
Setiap wanita berhak untuk bahagia.
Wanita yang diceraikan ketika hamil menghadapi cabaran berganda dari segi emosi, agama, dan sosial. Bagaimanapun, dengan sokongan daripada keluarga, komuniti, dan pihak berwajib, mereka dapat mengharungi ujian ini dengan lebih tabah.
Adalah penting untuk setiap pihak, terutama suami, memahami tanggungjawab mereka bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga dari sudut moral dan agama.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebaiknya suami.. hibahkan harta untuk isteri dan anak-anak siap-siap sementara hayat masih ada. Sebabnya, semasa suami masih bernyawa, indah saja sekelilingnya. Adik beradik baik segala, sebaik suami menutup mata hubungan jadi keruh.
Isteri tak lagi menjadi ipar yang disayangi, kerana harta suami yang menjadi tuntutan sama adik-beradik suami. Sudahnya, isteri yang cuma seorang suri rumah berpendapatan kecil inilah terkontang-kanting sendirian mempertahankan haknya.
Sebaknya, membaca kisah benar yang dikongsikan ibu tunggal ini. Bila mana suami meninggal dunia, adik-beradik suami mula menuntut haknya. Tinggallah isteri, sendirian berjuang akan haknya. Yang mana, semua itu tak perlu pun terjadi kalau suami dah siap-siap sediakan untuk ahli keluarganya.
Pesanan yang disampaikan Puan Marliya Ramliini banyak benarnya. Janganlah biar isteri derita selama-lamanya. Semoga boleh ambil ikhtibar dari perjalanan hidup yang memilukan ini.
DERITA SELAMA-LAMA
1 – Tuan-tuan ambillah sedikit masa. Semak bersama-sama… Berapa jumlah simpanan yang isteri tuan-tuan ada?
2 – Berapa banyak yang isteri tuan-tuan mampu jana pendapatan keluarga? Andai tuan-tuan tiada, isteri mampu urus segala?
3 – Andai Tuan-tuan meninggal dunia, apa yang dihibahkan pada isteri jelita? Berapa banyak jumlah wang dan emas simpanan yang tuan-tuan sedia agihkan?
4 – Anak-anak tuan-tuan akan ada tempat tinggal? Isteri tuan-tuan punya hati kental yang sanggup bertahan? Berapa lama?
5 – Saya 16 tahun bekerjaya sebagai HR ya tuan-tuan… Saya dah tengok abang kakak dan adik beradik yang tuan-tuan sanjung anggap baik segala, merekalah bakal jadi si celaka yang menyusahkan.
Adik-beradik Pun Sama Sibuk Hitung Harta..
6 – Merekalah yang sibuk menghitung harta pusaka dan insuran syarikat yang tuan-tuan tinggalkan. Tuan-tuan masih hidup segalanya baik belaka. Tuan-tuan meninggal esok, anak isteri tuan-tuan merempat tak apa… Yang penting mereka mahu bahagiannya.
7 – Haloba manusia tak kenal sesiapa. Baik ibu bapa tuan-tuan atau saudara mara. Selagi bernafas dan punya nyawa, pandanglah wajah anak isteri tuan-tuan.
8 – Tuan-tuan jangan tunggang agama berserah pada takdir semata-mata. Selagi jasad menghirup udara, ambil lah langkah berjaga-jaga.
9 – Pastikan isteri tuan-tuan punya sebuah rumah namanya. Pastikan isteri tuan-tuan tahu menjana wang untuk anak-anak tercinta.
10 – Jika isteri tuan-tuan surirumah atau berpendapatan kecil saja, segera hibahkan harta. Agar pemergian tuan-tuan tidaklah meninggalkan DERITA SELAMA-LAMA.
Salam sayang dan ya, saya isteri juga.
MW : Sekarang ini dah mudah nak buat urusan hibah ini. Cuma nak dengan tidak saja nak buatnya.
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...