Gambar hiasan

Tidak dinafikan rezeki yang kita diperolehi datangnya dari pelbagai cabang dan bentuk. Jangan sesekali terlalu berkira dan kedekut dengan keluarga. Ini kerana mungkin ramai suami yang tak sedar bahawa kesenangan dalam kehidupan yang diperolehi disebabkan ‘menumpang’ rezeki isteri dan anak-anak selama ini.

Jemput baca perkongsian pengalaman Firdaus Shakirin yang boleh dijadikan renungan.

Tak ramai suami yang sedar…
Hidup kita jadi senang sebab kita menumpang rezeki isteri dan anak-anak.

Benda ni terjadi kat diri sendiri, kisah benar. Waktu isteri nak bersalin anak sulung, saya skip ansuran kereta sebulan sebab duit tu nak guna untuk bayaran bil hospital, keperluan berpantang, duit orang mengurut dan beli barang untuk anak. Bulan kedua, saya call bank tanya berapa saya perlu bayar sebab saya dah miss 1 bulan punya payment… bank kata, akaun pinjaman saya dah ada advance 3 bulan, dibayar melalui CDM di Selangor.

Saya cakap, saya tak de adik beradik atau kawan yang tinggal di Selangor dan saya tak pulak suruh sesiapa di Selangor bayar. Pegawai tu ckp, dibayar secara deposit ke akaun pinjaman saya, dan dia kata sukar nak trace siapa yang buat pembayaran sebab bayar di mesin.

Saya keluarkan sebulan nilai pinjaman ansuran kereta untuk kegunaan isteri bersalin, berpantang, Allah s.w.t balas 3 kali ganda nilai tu dari unknown hamba-Nya..

IKLAN

Sampai sekarang saya masih tak tahu, siapa yang bankin duit tu dalam akaun pinjaman saya dan tak de orang pun yang datang tuntut kat bank jika dia tersilap bank in.

Itu rezeki isteri…

IKLAN

Manakala rezeki anak-anak pulak, masa anak sulung, dapat tukar keje dengan kenaikan gaji 400… Anak kedua, kenaikan gaji 550 dan anak ketiga, kenaikan gaji 800. Benda yang kita tak sangka, kita cuma usaha dan tawakal, kemudian Allah bagi saya tak cari keje masa tu, tapi keje yang cari saya.

‘Bayar Semula’ Pada Anak Isteri

Satu-satu perkara yang boleh dikatakan ‘ajaib’ terjadi dekat saya. Daripada pening memikirkan macam mana nak hidup dengan gaji yang sama tapi bilangan anak semakin bertambah, namun Allah s.w.t menjawabnya dengan cara yang lain. DIA bagi rezeki kepada saya untuk setiap anak yang dilahirkan.

IKLAN

Bila dah dimurahkan rezeki macam ni, bila dah dipermudahkan urusan macam ni, maka kena pulangkan atau ‘membayar’ semula kepada mereka…Guna apa yang Allah dah bagi kat kita tu, kepada isteri dan anak-anak sebab tanpa mereka, mungkin kita takkan ada apa yang kita dah ada hari ini.

Nota kaki : Mugkin ada jugak kisah-kisah ‘ajaib’ yang lain yang terjadi pada suami-suami diluar sana asbab baik terhadap isteri dan anak-anak.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat para suami semoga tidak kedekut dan berkira dengan isteri dan anak-anak. Mereka merupakan punca rezeki daripada pelbagai cabang dan cara.

Sumber:Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI