Rendang memang antara menu wajib setiap kali tibanya raya. Memandangkan tahun ni beraya di rumah sendiri, kenalah buat rendang sendiri untuk dimakan dengan ketupat dan lemang nanti. Jangan risau, walaupun tak pernah masak rendang sendiri di rumah, boleh cuba buat ikut resipi mudah, ringkas dan sedap yang dikongsikan ini. Dijamin terasa keaslian Rendang Ayam warisan zaman berzaman macam mak-mak dan nenek-nenek kita buat dulu.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini sebagai rujukan;
“Saya nak kongsikan resepi Rendang Ayam mudah dan ringkas.Walaupun ringkas, memang sedap dan rasa keaslian rendang warisan zaman berzaman.Makan bersama ketupat atau lemang memang terasa nikmat kesedapan bagai meletup- letup kemeriahan di dalam mulut. Hahaha..”
Mudah. Orang yang tak pernah memasak seumur hidup pun boleh cuba buat ikut resepi ni..
Resepi Rendang Ayam
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 asam keping
1 helai daun kunyit diracik halus
3 helai daun limau purut di hiris kasar
Minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa
Ads
Bahan-bahan (Dikisar) :
20 biji cili kering
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas
Cara Membuat:
1.Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.
Ads
3.Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.
4.Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
Rupanya nak buat Putu Mayam mudah, boleh guna acuan maruku. Kukus dalam 2 hingga minit, siap masak. Memang senang. Bukan apa, kuih putu mayam ni jarang dah nak jumpa orang jual. Buat sendiri puas hati makan, lebih jimat berbaloi malah terjamin kebersihannya.
Boleh cuba buat sendiri Putu Mayam Pandan seperti Nor Fatihah Nawiini di rumah.
Sekolah anak cuti peristiwa hari ni. Sekali di ajaknya buat putu mayam pandan. Adeh.. dia ingat mumy dia pandai buat ni. Tak pe la demi anak mumy cuba. Google je la resepi. Setiap kali nak masak apa, resepi saya google try and error je. Alhamdulillah menjadi akhirnya putu mayam pandan #dapurmumynor
Saya sertakan resepi yang saya google;
RESEPI PUTU MAYAM:
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar)
Gula merah @ gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam
Cara Membuat:
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.
Menyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Cara Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Dan Ruang Sejuk Beku:
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.
Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan menu ‘Murtabak’ bagaikan satu kemestian di bazar Ramadan. Jika selalu, murtabak menggunakan adunan tepung yang perlu dicanai terlebih dahulu sebelum diletakkan inti dan dimasak garing.Namun ada cara yang lebih mudah, mak-mak boleh buat ‘murtabak mini’ guna kulit popia je. Tak perlu uli tepung. Rasanya sedap dan garing. Sesui dihidangkan waktu berbuka nanti.
“Saya nak share resepi “MINI MURTABAK” versi saya”
Bahan-Bahan:
Kulit popia secukupnya
3 biji ubi kentang ( potong dadu)
2 biji bawang besar ( saya guna bawang holland)
1 ulas bawang putih ( didadu)
3 sudu makan rempah kari ikan
Daun sup atau bawang
Isi ayam atau daging dicincang
2 biji Telur ayam
Cara Membuat:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan merah, masukkn rempah dan tuang sedikit air (jangan banyak). Lepas rempah pecah minyak masukkn isi ayam dan kentang, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa gaul sebati dan masak sampai kering (dengan api sederhana).
2.Pecahkan telur masukkan sedikit garam dan pukul sebati kemudian.
3.Masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam telur gaul sebati.Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.
4. Kemudian, letakkan diatas kulit popia.Lipat seperti bentuk murtabak.
5. Begini hasil setelah dilipat.
6. Goreng dalam periuk ajaib atau pan yang tak melekat dengan minyak yang sedikit.Jika mahu garing atau sebaliknya terpulang pada anda. Balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak siap untuk dihidangkan.
MW: Mudah je rupanya nak buat ‘Murtabak Mini’ di rumah. Boleh guna kulit popiah je. Senang dan cepat disediakan. Yang penting sedap dan boleh buat untuk berbuka nanti.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...