Tak Perlu Ke Salon, Tip Ini Berkesan Rawat Masalah Rambut Ibu Muda

Masalah rambut ini bukan saja jadi dekat wanita yang berusia 40-an ke atas. Ada wanita baru berusia 30-an tapi dah alami masalah rambut beruban, selepas berpantang lagilah susah hati rambut gugur tak berhenti.

Serabutkan fikir masalah rambut ini. Biarpun, wanita berhijab mereka juga mahukan rambut yang sihat bersinar. Bila disikat, lembut beralun dan mudah urus. Tak lagi alami masalah rambut putus apatah lagi bercabang.

Kenapa mak-mak tak cuba cara mujarab rawat masalah rambut ini. Tak perlu pun keluar modal yang besar. Asalkan mak-mak konsisten mengamalkannya.

Pertama : Betulkan Cara Pemakanan Mak-mak Dahulu

Keguguran rambut pun boleh disebabkan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Pengambilan makanan segera atau ‘junk food’ pun boleh jadi faktor penggalak.

Sebab itulah mak-mak kena betulkan diet harian. Mulakan dengan mengambil ikan, kekacang misalnya soya dan daging sebagai sumber makanan yang tinggi protein. Makanan yang tinggi protein mengandungi B12 yang bagus untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut.

Jangan lupa untuk ambil air putih secukupnya. Iaitu antara 4 ke 8 gelas sehari mengikut keperluan tubuh harian anda.

Kedua : Gunakan Minyak Yang Sesuai Untuk Rambut

Memilih minyak yang betul pun penting untuk dapatkan rambut bersinar, cantik beralun. Disarankan mengambil minyak semulajadi yang diketahui bagus khasiatnya untuk rambut iaitu minyak argan dan minyak kelapa.

Sapu secara menyeluruh di setiap helaian rambut. Tapi janganlah sampai ‘basah’ berminyak. Ambil dengan kadar lima ke enam titis minyak dan sapu pada rambut.

 

Tak Perlu Ke Salon, Tip Ini Berkesan Rawat Masalah Rambut Ibu Muda
Kredit foto : dream.co.id

Ketiga : Hati-hati Dengan Penggunaan Sikat Dan Getah Rambut

Ketika menyikat rambut, sikatlah dengan lembut. Jangan rentap-rentap dengan kasasr. Ia akan buatkan rambut terputus. Kusut sekalipun, dengan sapuan sedikit minyak semulajadi, akan leraikan rambut dengan berkesan.

Pilihan sikat pun kenalah betul. Gunakan sikat yang takkan menyakitkan kulit kepala. Bermata jarang bagus untuk bantu atasi rambut yang alami keguguran.

Mengikat rambut dengan kuat juga tidak digalakkan. Cukup sekadar ikatan yang lembut menggunakan getah rambut dari fabrik baldu. Ikatan yang terlalu kuat boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah.

Keempat : Cucian Rambut Paling Baik Antara 4 Ke 7 Hari

Jangan basuh rambut terlalu kerap, sehari hingga berkali-kali. Sebaiknya selangkan waktu antara 4 ke 7 hari. Dengan cara ini akan memelihara minyak semulajadi yang ada pada rambut kekal pada setiap helaian rambut.

IKLAN

Syampu yang dipilih pun biarlah kena dengan jenis rambut anda. Jika mempunyai masalah kelemumur, pilihlah syampu yang boleh hilangkan masalah itu. Begitu juga sepatutnya untuk rambut jenis berminyak, normal dan sebagainya. Sekarang ini mudah untuk ditemui di pasaran. Anda cuma perlu rajin baca label sebelum membeli.

 

Tak Perlu Ke Salon, Tip Ini Berkesan Rawat Masalah Rambut Ibu Muda

 

Kelima : Pewarna Rambut Halal Alami

Rawatan masalah rambut juga boleh diatasi dengan penggunaan pewarna rambut. Carilah yang halal dari bahan alami yang selamat. Pewarna Garnier Color Naturals kini halal (sila rujuk pada pek untuk logo halal) adalah solusi yang sesuai untuk rawatan rambut, menjadikan rambut kembali berkilau.

Pewarna rambut Garnier Color Naturals ini hadir dalam 2 format iaitu pek kit dan sachet. Pek kit ini diperkaya dengan 3 minyak semulajadi (minyak zaitun, badam dan avokado) yang menjaga ketahanan warna dan rambut terawat selama 8 minggu.

Pek sachet lebih praktikal untuk lelaki berambut pendek. Lagi-lagi yang mahu membuat perawatan akar rambut di rumah sendiri.

Tentunya ia membuatkan rambut anda 5 kali lebih berkilau dari biasa. Jangan bimbang, ianya telus air dan formulasinya tanpa ammonia. Ia juga diperkaya dengan fruit serum dan vitamin.

Manakala pek sachet pula, diperkaya dengan minyak badan dan Serum Extra Shine bagi memastikan rambut anda menjadi 5 kali lebih berkilau dari biasa. Ia juga telus air dan tanpa ammonia.

IKLAN

Cuma 15 minit diperlukan untuk lakukan proses rawatan di rumah sendiri. Tak perlu pun ke salon.

Warnakan rambut ikut pilihan mak-mak. Garnier Color Natural didatangkan dengan 6 warna menarik, antaranya Merah Burgundy, Coklat Caramel dan Merah Berry.

Pembungkusan yang lebih moden dan premium ini tentunya lebih menawan hati mak- mak. Setiap belian pek sachet cuma RM8.40 berbaloi untuk wang anda. Manakala harga pek kit pula RM19.90.

Harganya serendah itu, tetapi begitu bernilai untuk rambut terawat.

Produk ini boleh didapati di farmasi, pasaraya, pasaraya besar dan belian online di Lazada, Shopee, Hermo.

 

Tak Perlu Ke Salon, Tip Ini Berkesan Rawat Masalah Rambut Ibu Muda

IKLAN

 

Buat belian Garnier Color Naturals di sini :

LAZADA

Kit – https://www.lazada.com.my/products/garnier-naturals-cream-hair-color-i349232310-s768510257.html?

Sachet – https://www.lazada.com.my/products/garnier-color-naturals-express-cream-hair-color-i477106312-s786204450.html?

SHOPEE

Kit – https://shopee.com.my/Garnier-Color-Naturals-Cream-Hair-Color-i.55790034.1154960816

Sachet – https://shopee.com.my/Garnier-Color-Naturals-Express-Cream-Hair-Color-i.55790034.2029768897

HERMO

Kit – https://www.hermo.my/mall/39062-garnier-color-naturals-cream-hair-color-6-colors-to-choose/?ucf=-search-page

Sachet – https://www.hermo.my/mall/39971-garnier-colors-naturals-oil-enriched-cream-hair-color-sachet-4-colors-to-choose/?ucf=-search-page

#GarnierMalaysia
#WarnaBerkilauRambutTerawat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI