Nak bahagiakan hati anak isteri itu ada banyak caranya. Selain bawa jalan-jalan, ada cara lain yang lebih mudah dan ringkas tapi berkesan untuk gembirakan mereka.
Yang penting, tak perlu keluar rumah pun.
Asalkan kreatif, satu keluarga boleh nikmati ‘quality time’ yang paling ‘superb’. Syaratnya kena ada talian internet yang laju. unifi lah antara pelayar terbaik yang mak ayah boleh pilih.
Walau dalam rumah ada banyak ruang, dapur.. ruang tamu malah bilik tetap masing-masing boleh berkumpul satu keluarga dengan cara hebat ini.
Kredit foto : foodengineeringmag.com
Menu Special Untuk Anak-anak
Hujung minggu, anak-anak pasti teringin nikmati hidangan istimewa dari air tangan ibu. Update terkini resepi dari grup makan-makan di facebook mungkin boleh ibu praktikkan untuk anak-anak.
Jika selama ini, ibu dan ayah belanja anak di luar, kali ini biar ibu cuba masak sendiri. Ikut saja resepi yang rakan media sosial kongsikan. Mana tahu hasilnya buat anak seronok makan.
Ads
Untuk memudahkan kerja ibu, boleh rujuk pelbagai video cara memasak yang dikongsikan. Pasti lebih mudah nak faham cara memasaknya.
Bayangkan, kalau kelajuan internet pun tak seperti diharapkan. Tak dapatlah nak ikuti resepi memasak dengan betul. Rasa frust pun ada.
Sebenarnya, nak dapatkan kelajuan internet yang terbaik untuk layari media sosial, mak-mak cuma perlukan 2.4GH saja, tak perlu laju tapi stabil.
Kredit foto : blue-star.com.au
Ads
Layan Drama Sama-sama
Sesekali berkumpul dengan anak-anak depan TV pun seronok juga. Sekarang ini ada macam-macam jenis TV Box yang tawarkan pelbagai saluran drama, filem mahupun rancangan variasi untuk seisi keluarga.
Sambil-sambil lipat baju tu, mak-mak boleh saja sama-sama tonton TV dengan anak-anak. Tak sedar nanti anak-anak pun boleh teremosi sama.
Sayangnya, bila anak-anak seronok nak tonton tapi rancangan TV pula tersangkut-sangkut. Spoil betul lah!
Rupanya untuk pengguna Wi-Fi, sebaiknya letakkan router di tempat yang tiada halangan. Siapa sangka dinding pun boleh menyebabkan kelajuan internet jadi perlahan.
Begitu juga elakkan ia dekat dengan ketuhar mikro gelombang, akuarium, cermin dan apa saja dekorasi bersinar. Sebab kesemua ini boleh menjejaskan fungsi router Wi-Fi di rumah.
Ads
Kredit foto : mybeautifuladventures.com
Cipta ‘eSport’ Di Rumah Sendiri
Idea sebegini buatkan mak ayah dapat lihat anak-anak depan mata. Tak perlu lagi susah hati fikir, ‘anak buat apa’, sebab mak ayah boleh lihat jenis permainan ‘video game’ yang anak-anak pilih depan mata.
Tak salah pun untuk mak ayah layan bermain sama. Nanti, anak-anak akan lebih menghargai waktu yang diluangkan dengan familinya.
Untuk memastikan kelancaran permainan video game, pilih kelajuan yang betul iaitu 5.0GH sudah tentu unifi tawarkan perkhidmatan ini.
Nampak kan.. tak perlu pun keluar rumah. Dalam rumah saja pun, boleh bahagiakan seisi keluarga. Kalau pun tak dapat buat hari-hari, ambillah waktu hujung minggu untuk mengeratkan lagi rasa sayang satu famili.
Untuk lebih tips & teknik meningkatkan pengalaman Wi-Fi anda, layari unifi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum kahwin, dok tanya bilakah aku nak kahwin. Macam-macamlah berangannya. Tapi bila masa dah berdua, harungi pahit manis ditambah pula bila ada anak-anak, timbul rasa mengeluh dengan kehidupan ini.Jangan sesekali menyesal dengan aturan yang Allah berikan ini. Semuanya telah ditentukan. Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat hari ini dan lalui dengan penuh keseronokan.
Malah, setiap kita yang normal ingin menikmati keseronokan dalam hidup berkeluarga. Keseronokan ini berhubung dengan soal hati, perasaan dan pengalaman hidup seharian dalam kalangan pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga.
Dengan adanya suasana keseronokan hidup berkeluarga, seseorang itu akan sentiasa bermotivasi untuk pulang ke rumah, berehat di dalam rumah, beriadah di rumah, menghiasi rumah. Namun timbul persoalan iaitu “banyak yang ingin seronok hidup berkeluarga namun tidak bersikap menyeronokkan ahli keluarganya. Ini yang dikupaskan oleh Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga.
Kenapa Tidak Seronok?
Kata pepatah orang Inggeris ada menyebutkan being happy doesn’t mean that everything is perfect. Sebagai manusia biasa, kita bukan maksum (terjamin bebas daripada lakukan salah dan dosa). Justeru, kita semua mesti bersikap baik hati, empati dan sabar dengan kelemahan orang lain khususnya oleh pasangan hidup dan juga kalangan anak-anak kita.
Terdapat beberapa punca wujud gejala rasa tidak seronok hidup berkeluarga adalah disebabkan oleh soal hati, pemikiran dan tingkah laku. Di antara perkara berkaitannya yang menyebabkan timbul gejala tidak seronok hidup berkeluarga ialah;
Niat tidak betul (Iradiyyah) – Misalnya berkahwin dengan niat untuk merampas, mencuri atau merompak harta bakal suami atau isteri.
Ilmu tidak cukup – Di antara ilmu penting sebelum mendirikan rumah tangga ialah ilmu munakahat, kepimpinan keibubapaan, psikologi lelaki dan wanita, personaliti dinamik suami isteri mithali dan kesantunan berbahasa dalam hidup berkeluarga.
Konsep kendiri lemah – Konsep kendiri lemah misalnya tidak miliki jiwa beragama, tidak menghayati sunnah Nabi s.a.w, hidup bermatlamatkan hiburan, wang, kepuasan nafsu dan kecantikan semata-mata.
Hati busuk – Ia akan menyerlahkan imej seorang yang pendengki, pengadu domba, prejudis akan bakat dan rezeki orang lain, menangguhkan kerja, penuh muslihat, kesumat dan menjadikan diri sendiri dan orang lain yang mendampinginya rasa tidak seronok dan tidak bahagia.
Sikap individualistik – Orang begini hidupnya mementingkan keutamaan diri, kepuasan diri dan keuntungan dirinya sendiri sahaja. Lawan sikap individualistik ialah sikap yang prihatin yang menimbulkan nilai empati, bertanggungjawab dan penyayang.
Bukan mudah untuk membasmi gejala tidak seronok hidup berkeluarga ini kerana ia melibatkan soal hati, perasaan, kepercayaan dan budaya hidup seseorang setiap hari. Apabila bersikap baik, ia memberi impak positif kepada perwujudan keseronokan hidup berkeluarga buat beliau seisi keluarga.
Seronoknya Hidup Berkeluarga
Bila kita rasa seronok dengan keluarga dan kehidupan kita, secara tidak langsung:
Badan sihat yang menjadikan seseorang itu kekal berdisiplin memelihara solat dan ibadah lain dalam bentuk berjemaah.
Adanya sokongan daripada setiap ahli dalam institusi keluarga yang akrab, saling tolong menolong dan hormat menghormati di antara satu dengan yang lain.
Adanya ketua keluarga yang miliki sahsiah terpuji, personaliti yang mampan dalam aspek membina dan membawa hala tuju setiap ahli keluarga ke mana sahaja.
Memiliki minda dan akal fikiran yang normal dan sihat
Jiwa yang bersih, sihat dan berfokus kepada membina daya usaha yang gigih untuk mencapai impian yang telah dibina.
Tenteram & Bahagia
Dari segi psikologi, mereka yang alami ketidakseronokan dalam hidup berkeluarga khususnya alami krisis dengan pasangan masing-masing akan melakukan “represi” iaitu sengaja melupakan kepahitan hidup yang sedang dialaminya. Mereka yang melakukan “represi” akan cenderung untuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang menguntungkan diri misalnya melukis, berniaga, bersukan, berkebun dan seumpamanya.
Menurut Prof Dr. Syed Muhammad Naquib al Attas (1995) pula menyatakan bahawa keseronokan hidup seseorang yang akan menyumbang ke arah keluarga yang bahagia itu terdiri daripada tiga perkara iaitu:
Aspek diri (Nafsiyyah ) – Memiliki tubuh badan yang sihat dan sempurna, bebas daripada penyakit berbahaya.
Aspek badan (badaniyyah) – Memiliki imej diri yang baik, wajah yang menarik, keterampilan yang berkarisma dan berwibawa.
Aspek luar diri manusia (Kharijiyyah) – Memiliki harta benda yang mencukupi dan membantu diri seseorang itu menikmati kelangsungan hidup dengan sempurna dan bahagia.
KESIMPULAN
Perasaan seronok dalam menikmati hidup berkeluarga setiap hari amat penting. Ia boleh menjana kesihatan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keseronokan lawannya kesedihan. Kesedihan hidup yang berpanjangan mengundang masalah kendiri dari segi kesihatan mental, emosi dan batin.
Jika tidak dirawat dan dicegah, ia boleh mengundang krisis psikososial yang lebih besar misalnya isu peningkatan kadar perceraian dalam kalangan masyarakat, keganasan dalam rumah tangga dan adanya isteri atau suami yang rasa tidak selamat hidup dalam rumah sendiri.
Realitinya, keseronokan hidup berkeluarga juga boleh dirancang sama ada sebelum mahupun selepas berkahwin. Ia banyak bermula daripada niat dan tindakan yang ikhlas dan betul. Dalam banyak perkara, golongan lelaki selaku suami mesti memainkan peranan penting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia Suami yang baik bukan sahaja hebat memimpin ummah malah sepatutnya hebat memimpin setiap ahli dalam rumahnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zaman sekarang ini, milk booster untuk banyakkan susu badan pun berlambak-lambak di kedai malah siap ada yang fungsinya boleh putihkan kulit wajah. Biasalah kaum perempuan ini jenis suka puaskan nafsu membeli macam-macam tanpa ambil tahu kesannya pada tubuh badan.
Tetapi yang jadi isunya, betul ke milk booster itu boleh banyakkan susu badan? Berbaloi ke beli? Ok untuk kesedaran bersama, jom baca kupasan daripada Dr Erna Nadia ini..
Untuk membanyakkan susu badan, tak perlu pun milk booster.
Cukuplah dengan:
1. Minum air masak banyak banyak 2. Kawal stress anda (tekanan tinggi, susu kurang) 3. Minum susu 4. Makan makanan yang boleh lebatkan susu seperti lobak putih, sawi, horlicks, kurma merah. 5. Rajin pam susu 6. Jangan beli susu formula (sebab bila ada susu formula kat rumah, kita akan fikir ouh tak apalah tak cukup susu badan, nanti boleh topup) 7. Belajar teknik yang betul untuk menyusu dan pam.
Ingat, demand and supply.
Makin kerap susu badan, makin lebatlah susu badan insha Allah.
Kalau kita malas, memang semua benda tak boleh aje.
Kata kata itu doa, kalau asyik kata tak boleh atau tak ada,memang itulah yang kita dapat.
Ada yang kata, dalam milk booster ada kurma la cokelat la yadayadayada.
Saya kata, baik makan yang natural sahaja. Kan sama jugak?
Makan yang fresh kan lebih bagus.
Kalau dah berubah bentuk tu, takkanlah tak ada bahan lain kan?
Paling senang la nak ikut logik akal adalah :
Kalau ada tarikh luput tu, ada bahan lain lah tu.
Sebab kalau makanan fresh, boleh tahan sekejap aje.
Suka sangat membazir awak ni semua ya.
Milk booster Energy booster Slimming booster Whitening booster Semua nak booster.
Mati tak nak?
Hurm. Dari bazir beratus beli pelik pelik, baik beli makanan fresh. Jimat dapat, khasiat pun dapat, sedap lagi berlipat ganda.
Pesanan kali ke sejuta, tak perlu milk booster.
Nota Kaki :
Kalau orang lain boleh, kenapa anda banyak alasan?
(Lain lah jika anda ada masalah kesihatan yang doktor sendiri kata tak boleh susu badan)
Dr. Erna Nadia
Semua orang nak yang terbaik untuk anak anak mereka dan yang terbaik adalah susu badan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Berkat menjual jeruk bersamaAmmar Ahyan dapat beli sebuah private jet”. Terbaru Datuk Sri Aliff Syukri berkongsi sebuah video di akaun Instagramnya keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam.
Usahawan berjaya serta pempengaruh hebat ini mendakwa berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
“Berkat Menjual Jeruk Bersama Ammar Ahyan”
Pada bahagian kapsyen Aliff bersyukur kerana hasratnya sudah tertunai. Serta memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.
“Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulis Aliff.
Lawatan Ringkas Sambil Tunjuk Kemudahan Dalam Pesawat Mewah
Pada video tersebut Aliff turut membawa Ammar Ahyan ke dalam jet peribadi tersebut dan melakukan lawatan ringkas sambil menunjukkan kemudahan mewah dalam pesawat mewah tersebut.
“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” luahnya.
Tahniah Datuk Teruk Jadi Sumber Inspirasi Orang Ramai
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...