Kalau kita tengok mana-mana majlis perkahwinan, boleh dikatakan perancangan yang dilakukan mengambil masa setahun untuk memastikan hari berlangsung yang cuma sehari itu berjalan dengan lancar. Bukan sahaja berjalan lancar tetapi segala jenis baik hantaran, pelamin, katering, cenderahati dan sebagainya hebat dan mampu dikenang oleh tetamu yang datang.

Bayangkan untuk menjayakan majlis sehari itu, perkara yang perlu ada adalah duit. Dengan adanya duit, majlis kahwin lancar dan meriah. Dari situ, berapa banyak yang pengantin baru berhabisan. Kesudahannya, bantuan ibu bapa diperlukan dan tidak kurang juga pasangan sanggup berhutang untuk majlisnya itu.

Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi membincangkan topik tentang ‘Raja Sehari – Hamba Bank’. Antara tetamu jemputan ialah Afiqah Aisyah Saiful Bahar, Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nawal Yasmin Mat Noh, Pengurus SomethingborrowedbyNawal.

IKLAN

Menurut Afiqah Aisyah:

* Sebelum mengambil keputusan berkahwin, cubalah rancang dan tahu bajet dalam mempersiapkan majlis perkahwinan.
Dikatakan masalah kewangan adalah punca utama penceraian dan daripada statistik: seramai 156 pasangan bercerai setiap hari pada tahun 2018.
* Apa yang dimaksudkan ini adalah tentang wang. Tidak perlulah pasangan sanggup berhutang demi untuk majlis perkahwinan yang gemilang kerana kita kahwin adalah untuk sepanjang hidup dan tanggungjawab yang perlu dipegang selepas kahwin.

Tak Payah Jadi Hamba Hutang Sebab Nak Majlis Kahwin Gah
.

IKLAN

Menariknya penonton boeh berkongsi pengalaman daripada Wan Fatin Atikah Mohammad yang hanya bermodalkan RM6000 untuk meraikan majlis perkahwinannya. Dengan jumlah ini, dia gunakan untuk:
* Lokasi (tempat peranginan) untuk tiga hari dua malam.
* 200 orang jemputan.
* Barang hantaran.
* Katering
* Pakaian pengantin.

Tak Payah Jadi Hamba Hutang Sebab Nak Majlis Kahwin Gah
.

IKLAN

Walau bagaimanapun, bagi Raja Zariah Raja Yusof:

“Tidak salah untuk anak-anak merancang majlis perkahwinan mereka tetapi jangan ketepikan orang tua seoalah-olah mereka tidak wiujud. Beritahu perancangan mereka dan sebab majlis perlu dilakukan sebegini. Yang penting doakan kebahagiaan mereka dan pastinya bebas hutang untuk majlis perkahwinan itu..”

Tak Payah Jadi Hamba Hutang Sebab Nak Majlis Kahwin Gah
Ikuti siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 8.00 malam nanti di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 yang dihoskan oleh Siti Elizad dan Sherry Al-Hadad.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI