Tak Payah Ikut Benda-benda Pelik, Jemur.. Rendam Barang Dengan Air Sabun

Jemur semua barang yang baru dibeli, rendam air sabun sayur-sayuran, buah itu. Rupanya tak perlu sampai nak bersusah-susah macam ini mak ayah. Sebab cara ini, tak terbukti pun dapat bunuh virus Covid-19 itu.

Kenalah hadam betul-betul macam mana virus Covid-19 itu tersebar, terjangkit dari orang lain ke orang lain. Barulah mak ayah boleh bertenang, tak ada panik sepanjang masa.

Dr Ahmad Samhan, jelaskan kenapa tak perlu pun nak buat semua yang di terangkan di atas, semata-mata nak bunuh virus Covid-19

Habis Semua Barang Dapur Direndam Air Sabun!

Janganlah terlalu bimbang dijangkiti virus sampai semua barang dapur kena rendam dengan air sabun. Meh sini saya jelaskan,apa yang sepatutnya kalian buat lepas beli barang dapur. Tak payahlah duk ikut benda pelik-pelik.

Iya,memang virus ini boleh melekat pada permukaan seperti barang dapur tapi risiko jangkitan melalui barang amat rendah jika dibandingkan jangkitan melalui orang.

PERLU TAK NYAHKUMAN SEMUA BARANG DAPUR?

Pakar mikrobiology, Don Schaffner, Professor di bidang ‘food microbiology’ di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences tidak galakkan untuk nyahkuman barang dapur yang dibeli. Ini agak keterlaluan.

IKLAN

PERLU TAK BAHAN MENTAH DI BASUH DENGAN SABUN?

Tidak. Memadai basuh dengan air sebelum masak. Kuman/virus akan mati bila dimasak dalam suhu yang panas. Pastikan dimasak dengan sempurna.

Tak Payah Ikut Benda-benda Pelik, Jemur.. Rendam Barang Dengan Air Sabun

PERLU TAK BASUH BUAH/SAYURAN DENGAN SABUN?

Tidak. Sabun atau bahan nyahkuman bukan dicipta untuk basuh makanan. Menurut pakar pemakanan dari Universiti North Carolina State, Benjamin Chapman, minum atau makan sabun akan menyebabkan seseorang berasa sakit perut dan mual. Sabun dapat merosakkan saluran pencernaan menerusi gejala seperti muntah, cirit birit dan sakit perut.

Bahan kimia yang terdapat pada sabun akan menyerap ke dalam bahan-bahan itu meskipun sudah dibilas dengan air sehingga bersih.

IKLAN

Mencuci buah dan sayuran menggunakan jus lemon atau cuka juga tidak disarankan kerana tiada bukti sahih mengatakan ia mampu membunuh virus.

PERLU TAK JEMUR BARANG DAPUR?

Tak perlu. Ingat,virus boleh melekat di permukaan tapi tak boleh membiak di permukaan. Ia perlu perumah(manusia) untuk terus membiak,jika tidak ia akan mati dengan sendiri. Virus tak bahaya jika berada pada barang tapi bahaya jika ia masuk ke mulut dan hidung.

Virus ini berjangkit :

√   Melalui rembesan cecair badan contohnya semasa bercakap, bersin dan batuk.
√   Melalui tangan yang tercemar dengan virus dan kemudian memegang mata, hidung dan mulut.

IKLAN

Jadi, tak perlu keterlaluan untuk basuh dengan sabun semua barang dapur yang dibeli. Yang paling penting adalah kerap basuh tangan dengan sabun.

Minta tolong kongsikan info ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak tahu dan silap faham.

MW : Yang penting, mak ayah kena terus patuh arahan PKP ini. Duduk rumah dan cuma keluar bila perlu saja. Ingat ya, biarpun sudah ada peningkatan kes pesakit sembuh, kita belum menang lagi sebenarnya. Perjuangan masih perlu diteruskan.

Baca sini : Tak perlu sampai basuh rendam sabun barang dapur baru beli

Sumber/Foto : Ahmad Samhan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI